14/06/2026
SUASANA PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA LA21 KOMUNITI PRIHATIN
13 Jun 2026 | Sabtu
Suasana Program Gotong-Royong Perdana LA21 Komuniti Prihatin di Taman Perumahan dan Taman Permainan Makmur, Kok Lanas berlangsung meriah dan penuh semangat muafakat dengan penyertaan pelbagai agensi, institusi pendidikan, komuniti setempat serta warga kerja Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam.
Program yang mendapat kerjasama daripada AADK Daerah Kota Bharu, Balai Polis Kok Lanas, Politeknik Kota Bharu dan penduduk setempat ini menyaksikan peserta berganding bahu melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan sambil mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi dan masyarakat.
Selain aktiviti gotong-royong, peserta turut mengikuti sesi taklimat kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah yang disampaikan oleh AADK Daerah Kota Bharu. Program ini berjaya mewujudkan suasana komuniti yang prihatin, bersatu padu dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan serta kesejahteraan persekitaran.
“Komuniti Prihatin, Persekitaran Bersih, Kehidupan Sejahtera.”
“Jupo sapoh kutip, jange tohok kokse.” 💚
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
Kempen Kelantanku Bersih
Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia
Aadk Daerah Kota Bharu
AADK Negeri Kelantan
POLITEKNIK KOTA BHARU (RASMI)