Bersatu Bahagian Ketereh

Bersatu Bahagian Ketereh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bersatu Bahagian Ketereh, Political Party, Pekan ketereh, Ketereh.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia, juga disingkatkan sebagai BERSATU atau kadangkala ditulis sebagai PPBM, ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

*Bismillahirrahmanirrahim*Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:_“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diperta...
07/09/2026

*Bismillahirrahmanirrahim*

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

_“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya.”_
*(Riwayat al-Bukhari)*

*AMANAH YANG BERAT DI MASA YANG SUKAR*

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), khususnya YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk memikul amanah sebagai *Ketua Bahagian (Penaja) BERSATU Ketereh.*

Saya menerima amanah ini dengan penuh rasa rendah diri dan kesedaran bahawa tanggungjawab ini bukanlah suatu kedudukan untuk dibanggakan, sebaliknya satu amanah besar yang akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan.

Amanah ini hadir pada saat parti sedang melalui suatu fasa yang getir dan mencabar. Dinamika politik hari ini mungkin tidak sentiasa menyebelahi kita. Ketika perjuangan berada di puncak, ramai yang mahu bersama menikmati manisnya kejayaan. Namun apabila pahitnya perjuangan mula terasa, di situlah kesetiaan, keikhlasan dan keteguhan hati kita benar-benar diuji.

Justeru, saya berdoa semoga Allah SWT terus mengikhlaskan hati kita, menetapkan pendirian kita dan memberikan kekuatan kepada seluruh ahli untuk meneruskan perjuangan ini dengan penuh istiqamah.

*KEBERSAMAAN DAN KEMBALI BERSATU*

Jalan perjuangan di hadapan sememangnya penuh liku. Namun, itu tidak bermakna kita perlu menghadapinya secara bersendirian.

Saya menyeru seluruh pimpinan, ahli, sahabat dan rakan seperjuangan di Ketereh untuk kembali merapatkan saf. Marilah kita ketepikan segala perbezaan yang pernah memisahkan, buangkan prasangka dan membuka lembaran baharu demi membina semula kekuatan BERSATU Ketereh.

Ayuh kita sahut iltizam ini bersama-sama. *Kita bina semula. Kita perkukuhkan saf. Kita kembalikan keyakinan. Dan kita bentuk sebuah naratif baharu untuk BERSATU.*

*POLITIK BAHARU, MENDEPANI MASA HADAPAN*

Insya-Allah, kepada seluruh ahli BERSATU Ketereh, percayalah bahawa landskap politik negara akan terus berubah dan menjadi semakin dinamik.

Kita mungkin akan berhadapan dengan bentuk kerjasama politik dan _electoral pact_ yang berbeza mengikut keperluan serta realiti politik di peringkat negeri dan Persekutuan. Politik masa hadapan menuntut kita supaya lebih matang membaca keadaan, lebih bijaksana menyusun strategi dan lebih terbuka mencari titik persamaan tanpa mengorbankan prinsip perjuangan.

Apa jua percaturan politik yang bakal berlaku, matlamat akhirnya mestilah jelas — membentuk sebuah kerajaan yang stabil, berintegriti dan benar-benar mampu menjaga kepentingan rakyat.

Namun kita juga harus sedar bahawa kekuatan sesebuah parti tidak hanya ditentukan oleh percaturan politik di peringkat atasan. *Kekuatan sebenar bermula di akar umbi.*

Kita mesti kembali mendengar denyut nadi rakyat. Kita mesti hadir ketika rakyat berdepan kesusahan. Kita mesti memahami keresahan anak muda, membela kebajikan keluarga, memperjuangkan peluang ekonomi dan membawa suara masyarakat yang selama ini merasakan mereka tidak didengari.

BERSATU tidak boleh sekadar bercakap tentang rakyat. *BERSATU mesti kembali menjadi parti yang hidup bersama rakyat, mendepani isu rakyat dan menjuarai suara rakyat.*

*MEMBINA KEMBALI BERSATU KETEREH*

Akhir kata, saya sekali lagi menerima amanah ini dengan penuh rasa rendah diri dan tawaduk.

Saya bukan datang dengan anggapan bahawa saya mempunyai segala jawapan. Sebaliknya, saya datang dengan kesediaan untuk mendengar, belajar dan bekerja bersama semua pihak.

Saya amat mengharapkan tunjuk ajar, teguran, pandangan dan nasihat daripada pimpinan terdahulu, sahabat-sahabat seperjuangan, kepimpinan terdahulu, Srikandi, ARMADA serta seluruh ahli BERSATU Ketereh.

Inilah masanya untuk kita membina kembali parti ini dengan semangat baharu. Bukan untuk kepentingan individu, bukan untuk mengejar jawatan dan kedudukan, tetapi untuk mengembalikan keyakinan rakyat bahawa perjuangan ini masih mempunyai nilai, prinsip dan masa hadapan.

Tugas kita bukan mudah. Jalannya mungkin panjang. Ujiannya mungkin lebih besar daripada yang kita jangkakan.

Namun selagi niat kita ikhlas, saf kita kukuh dan rakyat menjadi keutamaan, Insya-Allah setiap kesukaran akan membuka jalan kepada kekuatan yang baharu.

Kepada Allah SWT kita berserah, dan kepada-Nya jua kita memohon petunjuk serta kekuatan.

*Terima kasih.*

*Sdr Afiq Hassan*
*Ketua Bahagian (Penaja)*
*BERSATU Ketereh*

Selamat Hari Lahir Abah….
15/05/2026

Selamat Hari Lahir Abah….

05/05/2026
12/12/2025

Address

Pekan Ketereh
Ketereh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersatu Bahagian Ketereh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share