Taman Herba Bertam

Taman Herba Bertam Taman Herba Bertam adalah pusat sehenti bagi pelbagai aktiviti berkait maklumat herba, bahan tanaman

07/09/2026

Watch, follow, and discover more trending content.

🌿 TAMAN HERBA BERTAM DI MAHA 2026 🌿Taman Herba Bertam berkesempatan menyertai pameran di Agrotourism Lounge, Dewan D, MA...
05/09/2026

🌿 TAMAN HERBA BERTAM DI MAHA 2026 🌿

Taman Herba Bertam berkesempatan menyertai pameran di Agrotourism Lounge, Dewan D, MAEPS Serdang, Selangor sempena MAHA 2026 yang berlangsung pada 2 hingga 6 September 2026.

Pelbagai tarikan dibawa khas untuk pengunjung, antaranya 🌱 pokok-pokok herba dari Taman Herba Bertam, pameran produk-produk usahawan, serta hasilan produk Taman Herba Bertam untuk dilihat dengan lebih dekat.

✨ Hari ini merupakan hari terakhir pameran MAHA 2026! ✨

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Agrotourism Lounge, Dewan D, MAEPS Serdang dan singgah ke booth Taman Herba Bertam.

🌿 Kenali tanaman herba dengan lebih dekat
🌿 Lihat pelbagai produk herba
🌿 Sokong produk usahawan tempatan

📍 Jumpa kami di sana!
Taman Herba Bertam — Jom Kenali, Cintai & Manfaatkan Herba 🌿

🌿 Sesi Pembaharuan Penilaian Program Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) 2026Pada 13 Ogos 2026, Taman Herba Berta...
13/08/2026

🌿 Sesi Pembaharuan Penilaian Program Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) 2026

Pada 13 Ogos 2026, Taman Herba Bertam telah menjalani Sesi Pembaharuan Penilaian Program Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) Tahun 2026 bagi kategori Man Made Tourism.

Penilaian ini telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi menilai pematuhan terhadap piawaian kualiti serta pengurusan destinasi pelancongan.

Semoga proses penilaian ini dapat memperkukuh komitmen Taman Herba Bertam dalam menyediakan pengalaman pelancongan yang berkualiti, selamat dan berinformasi kepada para pengunjung.

Terima kasih kepada pihak penilai atas kunjungan dan komitmen sepanjang sesi penilaian berlangsung.

📍 Sesi Temu Bual Bersama Penyelidik UKMPada 22 Julai 2026, Taman Herba Bertam telah menerima kunjungan penyelidik daripa...
13/08/2026

📍 Sesi Temu Bual Bersama Penyelidik UKM

Pada 22 Julai 2026, Taman Herba Bertam telah menerima kunjungan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor bagi menjalankan sesi temu bual berkaitan tanaman serta penjagaan pokok-pokok herba.

Sesi ini bertujuan mendapatkan maklumat dan perkongsian mengenai amalan penanaman, penyelenggaraan serta pengurusan tanaman herba. Diharapkan hasil penyelidikan ini dapat memberi manfaat kepada pembangunan industri herba serta memperkukuh usaha pemeliharaan dan pemuliharaan tanaman herba di Malaysia.

Terima kasih kepada pihak UKM atas kunjungan dan kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan ini terus memberi manfaat kepada semua.



Lawatan daripada PERHEBAT Negeri Pulau Pinang ke Taman Herba Bertam pada 13 Mei 2026.🌿Lawatan bertujuan pendedahan Indus...
15/05/2026

Lawatan daripada PERHEBAT Negeri Pulau Pinang ke Taman Herba Bertam pada 13 Mei 2026.

🌿Lawatan bertujuan pendedahan Industri kepada pelatih PKS Pulau Pinang tahun 2026 dalam bidang agrotani.

Lawatan daripada 2 RAMD Kem Sg Ara ke Taman Herba Bertam pada 15 Mei 2026.🌿Perkongsian ilmu tanaman herba.🌿Mempromosikan...
15/05/2026

Lawatan daripada 2 RAMD Kem Sg Ara ke Taman Herba Bertam pada 15 Mei 2026.

🌿Perkongsian ilmu tanaman herba.
🌿Mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di taman.
🌿Menambahbaik landskap herba di Kem Sg Ara

Taman Herba Bertam menerima kunjungan daripada penyelidik,Program Membaikbiak Tumbuhan, Institut Penyelidikan Perhutanan...
18/03/2026

Taman Herba Bertam menerima kunjungan daripada penyelidik,Program Membaikbiak Tumbuhan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),Kepong Selangor pada 18/3/2026.

Lawatan ini bertujuan pengambilan sampel buah dan anak liar Tongkat Ali untuk kegunaan kajian ujian provenans dan pemeliharaan sumber genetik tongkat ali di Malaysia.

Pihak pengurusan merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama yg terjalin ini.

Lawatan daripada Kem Sg Ara pada 4 Mac 2026 ke Kompleks Pertanian Bumbong Lima dan Taman Herba Bertam.Sesi perkongsian i...
13/03/2026

Lawatan daripada Kem Sg Ara pada 4 Mac 2026 ke Kompleks Pertanian Bumbong Lima dan Taman Herba Bertam.

Sesi perkongsian ilmu :
✅Kelas penanaman dan penjagaan anak pokok durian.
✅Pembenihan cendawan tiram.
✅Lawatan sekitar Taman Herba Bertam

Address

Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir
Kepala Batas
13200

Telephone

+6045751124

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taman Herba Bertam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Taman Herba Bertam:

Shortcuts

Share