Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Utara

Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Utara Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Utara, Government Organization, Kepala Batas.

30/05/2026

Keharmonian dan kedamaian hidup adalah asas kepada kebahagiaan kita bersama. Melalui penghayatan tema 'Mendepani Era Digital, Memupuk Kebijaksanaan Bersama', mari kita bawa nilai-nilai murni ini ke tempat kerja untuk membina persekitaran yang positif sekaligus meningkatkan produktiviti yang mampan. 🤝✨

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada semua warga yang beragama Buddha. Semoga sambutan tahun ini membawa keamanan, kasih sayang, dan kesejahteraan dalam hidup kita.

Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Har...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

"Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan
Hari Raya Aidiladha." H.R Imam Ahmad

Ikhlas daripada

Warga MPC Wilayah Utara

20/05/2026
16/05/2026

“Di sebalik setiap kejayaan, tersirat dedikasi dan pengorbanan seorang guru".

Selaras dengan tema Hari Guru 2026, “Guru Bitara Nadi Negara”, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah memupuk nilai produktiviti demi membentuk generasi masa depan.

Terima kasih, cikgu, kerana menjadi inspirasi negara. 😊

Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia

14/05/2026

Kepada pemain industri yang dihormati,

Pandangan anda hari ini dapat membantu membina Malaysia yang lebih produktif pada masa hadapan. Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menjemput semua pemain industri untuk menyertai soal selidik ini dan berkongsi pandangan, cabaran serta cadangan bagi memperkukuh produktiviti dan daya saing negara.

Maklum balas anda amat penting dalam membentuk strategi negara, menangani isu sebenar industri, serta memperkukuh sokongan dasar pada masa hadapan.

Soal selidik ini hanya mengambil masa 10 minit. Semua maklum balas akan dirahsiakan dan digunakan untuk tujuan kajian sahaja.

📌 Lengkapkan soal selidik sebelum 18 Mei 2026
📲 Imbas kod QR atau klik pautan berikut: https://forms.gle/PS6d1XPU95cKLpvj8

Jom sertai kami bersama-sama membangunkan Kerangka dan Pelan Hala Tuju Produktiviti Nasional 2026–2035.

-2035

30 April 2026 | KhamisMPC di Negeri Perlis bagi Sesi Libat Urus Program Peningkatan Produktiviti bersama Industri. Sesi ...
10/05/2026

30 April 2026 | Khamis

MPC di Negeri Perlis bagi Sesi Libat Urus Program Peningkatan Produktiviti bersama Industri. Sesi ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada industri bagi pembangunan Pelan Hala Tuju Produktiviti Nasional 2026-2035.

Selain MPC, sesi juga turut mendapat sokongan daripada HRD Corp Kedah/Perlis dan SME Corp Negeri Perlis dengan berkongsi inisiatif yang ditawarkan kepada industri.

10/05/2026

“Kasih Ibu membentuk insan, memperkukuh nilai dan menyuburkan produktiviti demi masa depan gemilang".
Selamat Hari Ibu daripada Warga MPC ❤️

Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia

7 Mei 2026 | Sesi Libat Urus Program Transformasi Produktiviti Industri Peringkat Negeri Perak diteruskan hari ini di Ip...
07/05/2026

7 Mei 2026 | Sesi Libat Urus Program Transformasi Produktiviti Industri Peringkat Negeri Perak diteruskan hari ini di Ipoh bersama penyertaan wakil industri setempat.

Sesi ini diadakan bagi mendapatkan pandangan dan input industri ke arah pembangunan Pelan Hala Tuju Produktiviti Nasional 2026–2035 serta memperkukuh produktiviti dan daya saing industri di Negeri Perak.

Terima kasih kepada semua rakan industri yang hadir dan memberikan sokongan sepanjang sesi ini😁

28 April 2026 | SelasaMPC bersama pemain industri Pulau Pinang bagi mendapatkan input untuk tujuan pembangunan Pelan Hal...
07/05/2026

28 April 2026 | Selasa

MPC bersama pemain industri Pulau Pinang bagi mendapatkan input untuk tujuan pembangunan Pelan Hala Tuju Produktiviti Nasional 2026 - 2035.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan industri yang hadir dan memberikan sokongan kepada pembangunan pelan ini.

6 Mei 2026 - Sesi Libat Urus Program Transformasi Produktiviti Industri Peringkat Negeri Perak telah diadakan di Manjung...
06/05/2026

6 Mei 2026 - Sesi Libat Urus Program Transformasi Produktiviti Industri Peringkat Negeri Perak telah diadakan di Manjung dan Taiping dengan penyertaan wakil industri setempat.

Sesi ini bertujuan mendapatkan maklum balas berkaitan cabaran, keperluan serta cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh daya saing dan kecekapan operasi industri di Negeri Perak.

Turut dikongsikan inisiatif terkini MPC berkaitan peningkatan produktiviti negara, antaranya:
• Pembentangan Kajian kerangka & Pelan Hala Tuju Produktiviti Nasional 2026–2035
• New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030)
• Pampasan Pekerja (CE)

Semoga usaha ini terus memperkukuh ekosistem industri dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri secara mampan 🙂

Address

Kepala Batas

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045754709

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Utara:

Share