MARDI Seberang Perai

MARDI Seberang Perai - Pembangunan dan penyelidikan varieti padi di Malaysia.
- Pusat khidmat runding berkaitan inovasi padi
- Pusat pengeluaran biji benih asas padi

Government Organization

πŸ“Œ Part 2: Panduan Bijak Pilih Racun Ulat Pengorek Batang Padi πŸŒΎπŸ›Sudah kenal ke ulat pengorek batang padi? Kalau belum, b...
04/05/2026

πŸ“Œ Part 2: Panduan Bijak Pilih Racun Ulat Pengorek Batang Padi πŸŒΎπŸ›

Sudah kenal ke ulat pengorek batang padi? Kalau belum, boleh baca dulu di pautan ini: https://www.facebook.com/share/p/1FUGSdUWAc/

Sekarang, mesti ramai mencari cara kawalan serangga ini kan?

Ramai pesawah guna racun tapi kadang-kadang hasilnya tak seperti diharap… Sebenarnya, pemilihan racun bukan sahaja perlu mengikut bahan aktif yang sesuai sahaja, peringkat hidup ulat dan jenis aktiviti racun juga memainkan peranan pentingπŸ‘‡

βœ… Cara tindakan racun yang penting untuk difahami:
πŸ”Ή Sentuhan – ulat mati bila terkena racun
πŸ”Ή Sistemik – racun diserap pokok, ulat mati bila makan pokok
πŸ”Ή Translaminar – racun meresap melalui permukaan daun/batang
πŸ”Ή Ovicidal – racun yang boleh ganggu atau bunuh telur serangga

πŸ› Padanan racun ikut peringkat hidup:
πŸ₯š Telur β†’ guna racun jenis ovicidal / translaminar
πŸ¦‹ Rama-rama & larva awal (instar 1) β†’ sesuai racun sentuhan / translaminar
🌾 Larva dalam batang (instar 3-6) β†’ perlu racun sistemik sebab ulat dah duduk dalam batang

πŸ’‘ Tips penting: Pastikan racun dibancuh mengikut dos dan kadar per hektar yang mencukupi.

Dah cukup ke info ulat pengorek batang padi? Perlu Part 3 tak? Kalau perlu komen 'Nak Part 3'.

Semoga infografik ini membantu kita buat pilihan racun yang lebih tepat dan jimat kos 😊🌱

Mohon like, share dan follow FB MARDI SEBERANG PERAI🫰



πŸ›πŸŒΎ PART 1: ULAT PENGOREK BATANG PADI (UPB) - Kitar Hidup & Simptom SeranganHurrmmmm. Dengarnya ramai pesawah mengalami s...
30/04/2026

πŸ›πŸŒΎ PART 1: ULAT PENGOREK BATANG PADI (UPB) - Kitar Hidup & Simptom Serangan

Hurrmmmm. Dengarnya ramai pesawah mengalami serangan UPB. Jom sama-sama mengenal UPB. Dah kenal, pasti mudah untuk kawalan yang betul.

Serangan ulat pengorek batang padi boleh menyebabkan dua simptom utama iaitu:
⚠️ Mati Anak (Deadheart)
⚠️ Bulu Ayam / Kepala Putih (Whitehead)

Kesan serangan ini boleh mengurangkan hasil tuaian dengan ketara jika tidak dikawal lebih awal.

βœ… Kita mulakan dengan langkah awal dalam kawalan perosak ini iaitu mengenalpasti perosak dan simptom serangan dengan betul.

πŸ” Pengecaman ulat pengorek batang perlu bermula dari:
πŸ¦‹ Induk dewasa
πŸ₯š Telur
πŸ› Larva (ulat)
🟀 Kepompong (pupa)

Kenapa penting?
Sebab pemilihan racun serangga yang tepat bergantung kepada peringkat hidup perosak tersebut.

πŸ“Œ Tahukah anda?
Di Malaysia, terdapat 4 spesies utama ulat pengorek batang padi, dan setiap spesies mempunyai perbezaan dari segi:
🎨 warna
πŸ“ saiz
🧬 bentuk & corak
♂️♀️ malah berbeza juga mengikut jantina induk dewasa!

πŸ“Œ Stay tuned untuk PART 2: Ulat Pengorek Batang Padi – Panduan Bijak Pilih Racun


🌾πŸ’ͺ

24 April 2026Selamat Bersara En. Abu Bakar bin Sidek atau dikenali sebagai " Pak Abu" yang telah berkhidmat di MARDI Seb...
26/04/2026

24 April 2026

Selamat Bersara En. Abu Bakar bin Sidek atau dikenali sebagai " Pak Abu" yang telah berkhidmat di MARDI Seberang Perai selama 21 tahun.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Kenangan dan sumbanganmu akan sentiasa dikenang.

20 April 2026Sesi Perkongsian Dapatan Audit Dalam MARDI Zon Utara (Kedah, Perlis dan Pulau Pinang) telah diadakan pada 2...
21/04/2026

20 April 2026

Sesi Perkongsian Dapatan Audit Dalam MARDI Zon Utara (Kedah, Perlis dan Pulau Pinang) telah diadakan pada 20 April 2026 bertempat di Dewan Setanjung, MARDI Seberang Perai, Pulau Pinang.

Majlis telah disempurnakan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Cik Marlinawati binti Ishak, Pengarah Pusat Audit Dalam MARDI. Turut hadir memeriahkan sesi ini ialah Dr. NurulNahar bin Esa, Pengarah MARDI Pulau Pinang; Dr. Sharifah Azlina binti Ali, Pengarah MARDI Kedah; serta Encik Noorman Affendi bin Marzukhi, Pengarah MARDI Perlis.

Sesi perkongsian ini bertujuan membentangkan dapatan audit dalam, berkongsi penemuan serta memperkukuh pemahaman berkaitan tadbir urus, pematuhan dan penambahbaikan pengurusan di peringkat zon. Program ini turut menjadi platform perbincangan dan perkongsian amalan terbaik dalam memperkasakan integriti serta kecekapan pengurusan organisasi.

Dalam sesi tersebut, Puan Nor Hafizah binti Hassim, Pengarah Unit Integriti, turut menyampaikan perkongsian berkaitan aspek integriti dan pemantapan tadbir urus sebagai sokongan kepada usaha penambahbaikan berterusan dalam MARDI.

Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh budaya tadbir urus yang baik, meningkatkan pematuhan serta menyokong agenda penambahbaikan berterusan dalam kalangan pusat tanggungjawab MARDI Zon Utara.

17/04/2026
17/04/2026
17/04/2026
16/04/2026

Hiii Ada tak pak tani-pak tani dalam ni?

Min nak tanya varieti- varieti padi MARDI apa yang ditanam sekarang?
Cuba habaq sat 😁

16/04/2026
Jom sertai latihan sangkut pemprosesan Crossiant di MARDI Seberang Perai Tarikh : 22 April 2026 (Rabu)Masa : 8.30 pagi -...
15/04/2026

Jom sertai latihan sangkut pemprosesan Crossiant di MARDI Seberang Perai

Tarikh : 22 April 2026 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 4 petang

Daftar di website: https://elatihansangkut.mardi.gov.my

🧾 Sijil disediakan
🍽️ Makan minum disediakan
πŸ“Œ Yuran kursus : RM100 sahaja

Jangan lepaskan peluang belajar secara "Hands-on" di Testbed MARDI Seberang Perai

14/04/2026

Address

Jalan Paya Keladi/Pinang Tunggal
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045759920

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARDI Seberang Perai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MARDI Seberang Perai:

Share