ICU JPM Pulau Pinang

ICU JPM Pulau Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ICU JPM Pulau Pinang, Government Organization, Kepala Batas.

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐ˆ๐‡๐’๐€๐ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€28 MEI 2026, NIBONG TEBAL - Ibadah qurban merupakan syiar agung dalam Islam yang men...
28/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐ˆ๐‡๐’๐€๐ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€

28 MEI 2026, NIBONG TEBAL - Ibadah qurban merupakan syiar agung dalam Islam yang menzahirkan ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan umat Islam kepada Allah SWT. Pensyariatan ibadah ini juga menjadi medium untuk memupuk semangat kebersamaan, kasih sayang serta keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan melalui pengagihan daging qurban kepada masyarakat.

Bersempena dengan itu, Program Ibadah Qurban ICU JPM Pulau Pinang dibawah ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข telah berlangsung pada 28 Mei 2026 bersamaan 11 Zulhijjah 1447H bertempat di Masjid Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Program anjuran bersama Kelab Kebajikan & Sukan ICU JPM Pulau Pinang serta PUSPANITA ICU JPM Pulau Pinang ini telah diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor, Pengarah ICU JPM Pulau Pinang berserta isteri Puan Harlina binti Zakaria selaku Pengerusi Puspanita ICU Penang dan Tuan Asuat bin Ahmad, Timbalan Pengarah ICU JPM Pulau Pinang bersama isteri Puan Nazisuhana Bt Mohd Yunus.

Turut hadir ialah Puan Noni Hartika binti Juhari, Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan, Tuan Zakari bin Shafie selaku Pengerusi Masjid, Imam Shahrul Aimir bin Rasyid serta Ustaz Humaidi bin Omar.

Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan dalam program ini sebagai simbol pengorbanan, keikhlasan dan semangat kebersamaan dalam menyantuni masyarakat serta menghayati tuntutan ibadah Aidiladha.

Menariknya, Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor turut turun padang bersama warga kerja dan komuniti setempat dalam aktiviti melapah lembu, sekali gus merasai sendiri pengalaman gotong-royong serta semangat kebersamaan yang menjadi teras dalam pelaksanaan ibadah qurban.

Program ini juga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh nilai ihsan, kesejahteraan, kebersamaan dan semangat perpaduan dalam masyarakat melalui amalan kebajikan serta pengukuhan hubungan silaturahim antara agensi dan komuniti setempat.

Semoga program ini terus mengeratkan ukhuwah dan menyemai nilai kebajikan dalam kalangan warga ICU JPM Pulau Pinang dan komuniti setempat.









Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ ๐ŸŒ™โœจSeluruh warga ICU JPM Pulau Pinang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya A...
27/05/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ ๐ŸŒ™โœจ

Seluruh warga ICU JPM Pulau Pinang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Semoga setiap pengorbanan, keikhlasan dan usaha yang dicurahkan sentiasa diberkati serta dipermudahkan segala urusan. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Salam Aidiladha, Salam Pengorbanan.








Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM

25/05/2026

๐๐ข๐ง๐ ๐ค๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐•๐ข๐๐ž๐จ | ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐๐ซ๐š ๐๐๐Š๐ˆ , ๐’๐Š ๐“๐š๐ง ๐’๐ซ๐ข ๐€๐ฐ๐š๐ง๐  ๐‡๐š๐ ๐’๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ก, ๐๐š๐ฅ๐ข๐ค ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ

Sorotan sekitar Majlis Perasmian Bangunan Baharu Pra PPKI yang disempurnakan di bawah Program Sekolah Angkat MADANI pada 17 Mei 2026, sebagai manifestasi komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh pendidikan inklusif dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selesa serta mesra OKU untuk murid berkeperluan khas.

Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada warga sekolah dan menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan MADANI yang cemerlang.









Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ๐Ÿ“ - ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐Œ๐„๐‘๐Ž๐๐Ž๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐Š๐”๐๐€๐๐† ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†, ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐Œ๐„๐‘๐“๐€๐‰๐€๐Œ, ...
25/05/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ๐Ÿ“ - ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐Œ๐„๐‘๐Ž๐๐Ž๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐Š๐”๐๐€๐๐† ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†, ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐Œ๐„๐‘๐“๐€๐‰๐€๐Œ, ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†

22 MEI 2026 , BUKIT MERTAJAM - Mesyuarat Tapak Bil. 15 bagi Projek Meroboh dan Membina Baharu Bangunan di Klinik Kesihatan Kubang Semang telah diadakan bagi meneliti perkembangan semasa projek serta memastikan setiap pelaksanaan kerja berjalan mengikut perancangan, spesifikasi dan jadual yang ditetapkan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor, Pengarah ICU JPM Pulau Pinang ini turut disusuli dengan lawatan tapak bagi melihat sendiri kemajuan kerja semasa dan meninjau pelaksanaan kerja-kerja akhir projek.

Antara fokus utama yang dibincangkan adalah pelaksanaan kerja kemasan cat, pembersihan kawasan serta penyelarasan akhir sebelum bangunan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perbincangan turut melibatkan isu-isu berbangkit dan tindakan susulan yang perlu diselaraskan oleh semua pihak terlibat bagi memastikan projek dapat disiapkan dengan lancar dan sempurna demi kemudahan serta manfaat masyarakat setempat.

Semoga kerjasama dan komitmen berterusan daripada semua pihak yang terlibat akan memastikan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya serta memberi manfaat optimum kepada penduduk sekitar.








Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ๐Ÿ— - ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐‰๐ˆ๐ƒ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐€๐†๐€๐Œ๐€ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐€๐Š๐€๐ ๐ƒ๐”๐€ ๐“๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐€๐“๐€๐’ ๐‹๐Ž๐“ ๐Ÿ‘๐Ÿ‘, ๐Ÿ‘๐Ÿ• ๐ƒ...
25/05/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ๐Ÿ— - ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐„๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐‰๐ˆ๐ƒ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐€๐†๐€๐Œ๐€ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐€๐Š๐€๐ ๐ƒ๐”๐€ ๐“๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐€๐“๐€๐’ ๐‹๐Ž๐“ ๐Ÿ‘๐Ÿ‘, ๐Ÿ‘๐Ÿ• ๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ“๐Ÿ’๐Ÿ–, ๐Œ๐”๐Š๐ˆ๐Œ ๐Ÿ๐Ÿ, ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐’๐„๐๐„๐‘๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐€๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐“๐€๐, ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†

22 MEI 2026, SEBERANG PERAI SELATAN โ€“ Mesyuarat Tapak Bil. 19 bagi Projek Pembinaan Masjid dan Sekolah Agama Rakyat Sungai Bakap Dua Tingkat di atas Lot 33, 37 dan 548, Mukim 12, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang telah diadakan dan dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor, Pengarah ICU JPM Pulau Pinang.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pihak kontraktor serta pihak-pihak berkaitan bagi membincangkan kemajuan semasa projek dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi sepanjang pelaksanaan projek.

Pihak ICU JPM Pulau Pinang akan terus komited dalam memantau pelaksanaan projek ini agar setiap isu yang timbul dapat ditangani dengan segera serta memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual dan spesifikasi yang telah ditetapkan demi kesejahteraan dan kemudahan masyarakat setempat.








Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM

๐“๐˜๐“ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Œ๐„๐๐†๐Š๐”๐€๐๐† ๐„๐‚๐Ž ๐‘๐ˆ๐ƒ๐„ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”23 MEI 2026, SEBERANG PERAI TENGAH, โ€“ Suasana meriah dan penuh semangat mewarnai Progra...
23/05/2026

๐“๐˜๐“ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Œ๐„๐๐†๐Š๐”๐€๐๐† ๐„๐‚๐Ž ๐‘๐ˆ๐ƒ๐„ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

23 MEI 2026, SEBERANG PERAI TENGAH, โ€“ Suasana meriah dan penuh semangat mewarnai Program TYT Kuala Mengkuang ECO Ride 2026 yang berlangsung seawal jam 7.00 pagi di Dewan Masjid Ittifaqiyyah, Kuala Mengkuang, Penanti.

Antara tetamu kehormat yang hadir memeriahkan program ialah Tun Datoโ€™ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib bersama Toh Puan Raja Datoโ€™ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah serta Datoโ€™ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail. Turut sama menyertai kayuhan ialah Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor, Pengarah ICU JPM Pulau Pinang yang kekal bersemangat menamatkan kayuhan bersama wakil-wakil agensi kerajaan lain sambil sentiasa mengukir senyuman sepanjang program berlangsung.

Program kayuhan basikal komuniti tersebut berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dan menjadi platform dalam menggalakkan amalan gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.

Sepanjang kayuhan, para peserta dibawa menyusuri beberapa lokasi menarik sekitar Kuala Mengkuang termasuk kawasan penanaman pokok, kebun MADANI, kawasan riadah komuniti serta kediaman penduduk setempat. Laluan tersebut turut memberikan peluang kepada peserta menikmati keindahan panorama kampung, kawasan bendang dan suasana perumahan tradisional yang nyaman dan damai.

Usai aktiviti kayuhan, program diteruskan dengan majlis rasmi yang melibatkan ucapan aluan, penyampaian penghargaan, penyerahan bakul makanan kepada penduduk serta jamuan makan tengah hari.

Akhir kata, Program TYT Kuala Mengkuang ECO Ride 2026 bukan sahaja berlangsung dengan jayanya malah berjaya mewujudkan suasana harmoni antara pemimpin, agensi kerajaan dan masyarakat setempat. Penganjuran program ini turut memberi impak positif dalam mempromosikan gaya hidup sihat, semangat kerjasama serta memperkukuhkan hubungan komuniti melalui aktiviti riadah yang bermanfaat.

Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang
Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM






๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐ˆ๐‚๐” ๐‰๐๐Œ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†21 MEI 2026, ANJUNG PERDANA MENARA BOUSTEAD โ€” Perhimpunan Bulanan ICU JPM Pulau ...
22/05/2026

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐ˆ๐‚๐” ๐‰๐๐Œ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†

21 MEI 2026, ANJUNG PERDANA MENARA BOUSTEAD โ€” Perhimpunan Bulanan ICU JPM Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya, dimulakan dengan perutusan oleh Pengarah ICU JPM Pulau Pinang, YBrs. Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor yang merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program lawatan YAB Perdana Menteri ke Pulau Pinang.

Dalam perutusan tersebut, beliau turut menyentuh mengenai prestasi semasa projek pembangunan di Pulau Pinang serta hala tuju tahun 2026 yang memberi penekanan kepada pecutan reformasi perkhidmatan awam dan keseimbangan teknologi dalam penyampaian perkhidmatan. Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan pematuhan terhadap peraturan perolehan projek, etika penggunaan media sosial serta larangan membuat sebarang pernyataan awam tanpa kebenaran.

Pengarah juga mengingatkan warga kerja agar sentiasa mengamalkan nilai integriti dan amanah dalam penggunaan harta benda kerajaan di samping membudayakan keseronokan bekerja dalam sektor awam melalui pelaksanaan Program JOM FIT.

Dalam majlis yang sama, Pengarah turut melancarkan Program JOM FIT anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan ICU JPM Pulau Pinang yang akan berlangsung selama lima bulan sebagai inisiatif menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.

Seusai perhimpunan, telah diadakan sesi taklimat kesihatan yang disampaikan oleh Encik Azharudin Azrey bin Saari, Penolong Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Pulau Pinang Daerah Timur Laut. Taklimat tersebut memberi pendedahan berkaitan kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.

Program diteruskan dengan sesi pemeriksaan kesihatan bagi warga ICU JPM Pulau Pinang yang melibatkan pemeriksaan Indeks J***m Badan (BMI), paras gula dalam darah, kolesterol dan tekanan darah. Warga kerja turut diberikan sesi konsultasi lanjut sekiranya mempunyai masalah atau memerlukan nasihat berkaitan kesihatan.

Semoga pengisian yang disampaikan memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran warga ICU JPM Pulau Pinang mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat serta membudayakan kesejahteraan dalam kehidupan seharian dan persekitaran kerja.








Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM

20/05/2026

๐Ÿซ Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa pendidikan terus diperkukuh menerusi Program Sekolah Angkat MADANI dengan siapnya bangunan baharu PRA PPKI di SK Tan Sri Awang Had Salleh, Balik Pulau.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II. Beliau berkata, Program Sekolah Angkat MADANI mencerminkan pendekatan progresif Kerajaan MADANI yang memberi impak langsung kepada rakyat menerusi penggunaan teknologi IBS bagi mempercepat pembinaan serta mengurangkan kos dan kelewatan projek.

Projek yang disiapkan dalam tempoh empat bulan ini menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih moden, selesa dan inklusif khusus buat murid berkeperluan khas, termasuk tandas mesra OKU, laluan khas OKU serta ruang pembelajaran kondusif demi memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati semua. โœจ





19/05/2026

Address

Kepala Batas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU JPM Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share