Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Negeri Pulau Pinang

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Negeri Pulau Pinang Menerajui Industri Nanas Negara
๐Ÿ“ BERTAM PERDANA, KEPALA BATAS
๐Ÿ“ž 04-5750262

13/06/2026
๐Ÿ“๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‘๐€๐๐“๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐๐€๐๐€๐’ ๐™๐Ž๐ ๐”๐“๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Kursus Rantaian Nilai Industri Nanas Zon Utara telah berjaya dilaksa...
12/06/2026

๐Ÿ“๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‘๐€๐๐“๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐๐€๐๐€๐’ ๐™๐Ž๐ ๐”๐“๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Kursus Rantaian Nilai Industri Nanas Zon Utara telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Jun 2026 bertempat di Bahang Bay Hotel, Pulau Pinang.

Program ini telah menghimpunkan seramai 110 peserta yang terdiri daripada usahawan, pengusaha dan pemain industri nanas dari negeri Pulau Pinang, Kedah / Perlis dan Perak.

Majlis Perasmian Kursus Rantaian Nilai Industri Nanas Zon Utara telah berlangsung pada 10 Jun 2026 jam 8.00 malam dan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) YBrs. En. Mohd Khairuzamri bin M. Salleh. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan LPNM dalam memperkukuh pembangunan usahawan serta memajukan industri nanas negara.

Pelbagai pengisian telah disampaikan sepanjang kursus meliputi aspek rantaian nilai industri nanas, pembangunan usahawan, pengurusan tanaman, pemprosesan produk hiliran serta pemasaran bagi memperkukuhkan daya saing industri nanas di Zon Utara.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan produktiviti, meningkatkan pendapatan usahawan dan seterusnya memacu pertumbuhan industri nanas negara.

๐Ÿ“ข ๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—Ÿ๐—ฃ๐—ก๐—  ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—šLembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Pulau Pinang mempelawa pembekal ...
11/06/2026

๐Ÿ“ข ๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—Ÿ๐—ฃ๐—ก๐—  ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Pulau Pinang mempelawa pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) di bawah kod bidang 070303 (Peralatan dan Kelengkapan Pertanian/Ternakan/Akuatik) untuk menyertai Sebut Harga Membekal dan Menghantar Peralatan Pertanian bagi Program Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN)

๐’๐ข๐ฅ๐š ๐ซ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ค ๐ง๐จ๐ญ๐ข๐ฌ ๐ข๐ค๐ฅ๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ญ-๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐ฅ๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฉ ๐๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ.

#๐—ž๐—ฃ๐—ž๐— ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

11/06/2026
๐’๐ˆ๐๐„๐‘๐†๐ˆ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐๐€๐๐€๐’ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†๐Ÿ๐ŸŽ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐†๐ž๐จ๐ซ๐ ๐ž ๐“๐จ๐ฐ๐ง, ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ Ketua Pengarah Lembaga Pe...
10/06/2026

๐’๐ˆ๐๐„๐‘๐†๐ˆ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐๐€๐๐€๐’ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†

๐Ÿ๐ŸŽ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐†๐ž๐จ๐ซ๐ ๐ž ๐“๐จ๐ฐ๐ง, ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ 

Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), YBrs. En. Khairuzamri bin M. Salleh bersama Pengarah LPNM Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Muhamad Yusni bin Ramelan telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Pulau Pinang, YB Datoโ€™ Haji Rashidi bin Zinol.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara LPNM dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha memperkasa serta mengembangkan industri nanas di negeri ini. Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk potensi perluasan kawasan tanaman, pembangunan usahawan tani, penghasilan produk hiliran bernilai tambah serta penerokaan peluang pasaran yang lebih luas.

Melalui kerjasama erat antara kedua-dua pihak, industri nanas di Pulau Pinang diyakini mampu menjadi salah satu sektor agromakanan yang berdaya saing dan menyumbang kepada peningkatan pendapatan pekebun serta usahawan tempatan. Inisiatif ini juga selaras dengan agenda memperkukuh keterjaminan makanan dan merancakkan pembangunan ekonomi luar bandar secara mampan.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini akan terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri nanas negara, seterusnya menjadikan Pulau Pinang sebagai antara negeri yang berpotensi dalam memperkasakan rantaian nilai industri nanas Malaysia.




01/06/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐–๐„๐’๐€๐Š

Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, kebijaksanaan dan kasih sayang kepada semua. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai murni seperti toleransi, keharmonian dan saling menghormati demi kesejahteraan masyarakat serta kemakmuran negara.

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha.




01/06/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€ ๐๐€๐†๐ˆ๐๐ƒ๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„๐‘๐“๐”๐€๐ ๐€๐†๐Ž๐๐† ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada :
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia




๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ 27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah 1447HSelamat menyambut hari raya Aidiladha bagi seluruh uma...
26/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah 1447H

Selamat menyambut hari raya Aidiladha bagi seluruh umat islam. Aidiladha mengajar erti ikhlas dalam pengorbanan, sabar dalam ujian dan syukur dalam setiap nikmat.

Moga setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi asbab keberkatan dan rahmat dalam kehidupan kita semua.




26/05/2026

PROGRAM ROAD TO MAHA 2026 ZON SELATAN

Topik: Apa Yang Menarik di Road To Maha & Maha 2026

Tetamu: Wan Mohd Adiasrol Wan Hussain, Pengarah Bahagian Pembangunan Pemasaran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

๐Ÿ๐Ÿ“/๐ŸŽ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐Š๐ˆ๐‹๐€๐๐† ๐’๐€๐”๐‰๐€๐๐€ ๐„๐—๐ˆ๐Œ ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ, ๐’๐„๐“๐ˆ๐” ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”.Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dengan leb...
26/05/2026

๐Ÿ๐Ÿ“/๐ŸŽ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐Š๐ˆ๐‹๐€๐๐† ๐’๐€๐”๐‰๐€๐๐€ ๐„๐—๐ˆ๐Œ ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ, ๐’๐„๐“๐ˆ๐” ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat proses penghasilan cocopeat, cocofiber serta tanah campuran yang digunakan untuk pertanian khususnya tanaman nanas yang dihasilkan daripada sabut kelapa. Sepanjang lawatan, kami telah diberikan penerangan oleh pemilik kilang, iaitu Haji Wan Fairuz bin Wan Hasan, berkaitan operasi kilang, proses pemprosesan sabut kelapa bermula daripada pengumpulan bahan mentah, proses pengasingan fiber, pemprosesan cocopeat sehingga penghasilan tanah campuran yang sesuai digunakan bagi penanaman nanas secara fertigasi dan polibeg

Lawatan ini memberi peluang untuk memahami kepentingan penggunaan media tanaman yang berkualiti bagi meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman nanas, di samping melihat sendiri amalan pengurusan serta operasi kilang dalam menghasilkan produk berasaskan sabut kelapa secara komersial.







Address

Kepala Batas

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045750262

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share