Pusat Sumber SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, P. Pinang.

Pusat Sumber SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, P. Pinang. Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Sumber SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, P. Pinang., Kepala Batas.

Rabu, 10 Julai 2024SM Sains Kepala BatasProgram Jelajah TVPSS Bersama Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan, Pulau Pinang.S...
10/07/2024

Rabu, 10 Julai 2024
SM Sains Kepala Batas

Program Jelajah TVPSS Bersama Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan, Pulau Pinang.

Sebuah program anjuran Sinar Harian dengan kerjasama KPM telah diadakan hari ini. Lebih 50 buah sekolah menengah dan rendah dari seluruh pelusuk Pulau Pinang telah hadir.

Program ini amat bermakna buat kru Kadir Teen TV atas perkongsian ilmu kewartawanan dan penghasilan video dalam pemberitaan oleh pengamal media Sinar Harian.

Program ini yang turut dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Tn Hj. Abdul Said bin Hussin menjadikan majlis hari ini lebih meriah dan gemilang.

Semoga ilmu yang bermanafaat ini akan menjadikan team Kadir Teen TV lebih cemerlang di masa akan datang.




PLC PS Sentral Tarantula Bersama GPM Daerah Seberang Perai UtaraTarikh: 21 Jun 2024Hari: JumaatMasa: 12.30 - 3.30 petang...
22/06/2024

PLC PS Sentral Tarantula Bersama GPM Daerah Seberang Perai Utara
Tarikh: 21 Jun 2024
Hari: Jumaat
Masa: 12.30 - 3.30 petang
Kehadiran: 21 orang
Penceramah: Pn Shazlin binti Mohamad Saad
Impak: GPM dapat berkongsi pendapat dan buah fikiran untuk memantapkan pengurusan pusat sumber sekolah masing-masing. Para GPM turut dapat membina hubungjalin untuk kerjasama di masa hadapan.

3-5 Mei 2024 | Jumaat - AhadKem Penulis Muda Karangkraf.Satu bengkel penulisan kreatif yang julung kalinya diadakan untu...
06/05/2024

3-5 Mei 2024 | Jumaat - Ahad
Kem Penulis Muda Karangkraf.

Satu bengkel penulisan kreatif yang julung kalinya diadakan untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang penulisan kreatif telah diadakan di SMK Datuk Haji Abdul Kadir.

Bengkel ini telah dikelola oleh Karangkraf dan Terbit Sendiri Empire. Peserta terdiri daripada 54 pelajar dari pelbagai sekolah di Pulau Pinang setelah menjalani saringan terlebih dahulu.

Rata-rata peserta yang terpilih amat teruja dan tekun mempelajari selok belok menghasilkan karya yang baik. Sememangnya usaha murni Karangkraf dan Terbit Sendiri Empire amat dihargai. Semoga bengkel sebegini akan diteruskan di masa hadapan.





Rabu, 24 Januari 2024Wisma Penang Science ClusterBengkel dan Pembekalan Perpustakaan Digital Sekolah 5GHari ini meningga...
24/01/2024

Rabu, 24 Januari 2024
Wisma Penang Science Cluster

Bengkel dan Pembekalan Perpustakaan Digital Sekolah 5G

Hari ini meninggalkan satu titik sejarah buat Pusat Sumber SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, P. Pinang. PSS sekolah telah tersenarai untuk menerima bekalan bahan perpustkaan digital berupa 3 buah laptop, sebuah modem, sebuah router dan sebuah server daripada pihak Penang Science Cluster.

Bekalan ini membolehkan PSS sekolah mengorak langkah dalam mendigitalkan pusat sumber ini. Ini adalah satu suntikan motivasi yang kuat buat kami agar berusaha lebih kuat dan bersungguh-sungguh. Semoga impian kami untuk menjadi PSS digital termakbul.







Khamis | 4 Januari 20249.00 - 11.30 pagiKunjungan Hatyai Ratprachasun School dari Songkla, Thailand. Hari ini, pusat sum...
04/01/2024

Khamis | 4 Januari 2024
9.00 - 11.30 pagi

Kunjungan Hatyai Ratprachasun School dari Songkla, Thailand.

Hari ini, pusat sumber menerima kunjungan dari sekolah negara jiran seramai 29 orang pelajar, 3 orang guru dan 3 orang pemandu pelancong.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan sudut studio layar hijau, menghasilkan rakaman dan temuramah, serta kerja kumpulan bersama antara pelajar Malaysia dan pelajar Thailand.

Seramai 17 pelajar SMKDAK yang terlibat dalam program ini kerana ruang yang terhad. Namun yang pastinya adalah kunjungan ini meninggalkan kenangan manis buat mereka.

Semoga pelajar SMKDHAK turut berpeluang untuk melancong ke negara jiran suatu hari nanti.

Selasa | 19 Disember 20239.00 - 10.00 pagiPusat Sumber Program Galakan Membaca; HIP Penpal Malaysia - South KoreaSasaran...
19/12/2023

Selasa | 19 Disember 2023
9.00 - 10.00 pagi
Pusat Sumber

Program Galakan Membaca; HIP Penpal Malaysia - South Korea

Sasaran: 21 orang Pengawas Pusat Sumber

Objektif:
1. Memberi pendedahan sebagai sahabat global melalui komunikasi persuratan.
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali penduduk warga Korea Selatan.

Impak:
1. Pelajar mencari sumber melalui pembacaan secara digital.
2. Pelajar menjadi berminat untuk tahu melalui pembacaan.

Rabu - Jumaat29Nov -1 Dis 2023Program Galakan Membaca; Gempur NILAMSasaran:Pelajar tingkatan 4 & 5.Objektif:Memasukkan d...
19/12/2023

Rabu - Jumaat
29Nov -1 Dis 2023

Program Galakan Membaca;
Gempur NILAM

Sasaran:
Pelajar tingkatan 4 & 5.

Objektif:
Memasukkan data bacaan NILAM dalam iNILAM bagi mencapai KPI 45 bahan bacaan setiap pelajar.

Impak:
Peningkatan kutipan data daripada 1:33 kepada 1:45. KPI sasaran berjaya dicapai.

Aktiviti: Gempur NilamTarikh: 29/11/2023 - 01/12/2023Tempat: Pusat Sumber SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, P. P...
08/12/2023

Aktiviti: Gempur Nilam
Tarikh: 29/11/2023 - 01/12/2023
Tempat: Pusat Sumber SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, P. Pinang.
Sasaran: Semua pelajar tingkatan 1 - 5.

Objektif:
1. Memberi kesedaran dan kepentingan mengisi data NILAM.
2. Meningkatkan jumlah data NILAM.
3. Membantu pelajar mendapat markah PAJSK NILAM yang lebih baik.

Impak:
1. Pelajar lebih celik perekodan NILAM
2. Pelajar lebih bersemangat untuk mengisi data NILAM tanpa dipaksa.
3. Jumlah pengisian data NILAM meningkat 2 kali ganda daripada 33,000 bacaan kepada 85,000 bacaan dalam tempoh seminggu.

Kudos to KADIR Teen TV for a job well done. Alhamdulillah hari ni, TV PSS buat julung-julung kalinya melakukan siaran la...
25/11/2023

Kudos to KADIR Teen TV for a job well done. Alhamdulillah hari ni, TV PSS buat julung-julung kalinya melakukan siaran langsung melalui YouTube Channel dalam menyiarkan siaran Karnival Kokurikulum Perpaduan SMK Datuk Haji Abdul Kadir bersama SJKC Pei Yu 2023. Satu kolaborasi yang amat hebat.

Siaran kali ini dijalankan secara lintas langsung dan menampil beberapa wartawan baru. Sememangnya TV PSS adalah satu bentuk aktiviti luar bilik darjah yang berjaya mencungkil bakat pelajar.

Semoga KADIR Teen TV akan terus cemerlang dan menggilap bakat pelajar di masa hadapan. Tahniah team kadir.

Kepada yang tidak dapat bersama meraikan Karnival Kokurikulum, jemput menonton siaran tertunda melalui Youtube Channel KADIR teen TV dengan menekan link:

https://www.youtube.com/live/i1G9ZkjYqa8?si=8L6LIUBqMZbZQUsT






Jemput subscribe dan share Channel TV PSS SMK Datuk Haji Abdl Kadir. Satu Karnival Kokurikulum akan diadakan pada hari S...
21/11/2023

Jemput subscribe dan share Channel TV PSS SMK Datuk Haji Abdl Kadir. Satu Karnival Kokurikulum akan diadakan pada hari Sabtu ini. Saksikan siaran langsung melalui Channel youtube ini. Jangan ketinggalan.

TARIKH: 25 NOVEMBER 2023MASA: 8.00 PAGITEMPAT: SMK DATUK HAJI ABDUL KADIRAKTIVITI:- JUALAN MAKANAN- KARAOKE- PERTANDINGAN KAWAD KAKI- PERTANDINGAN MEWARNA- S...

Friday | 17 Nov 2023School Outreach ProgrammeAlhamdulillah... School Outreach Programme with Electric and Electronics En...
18/11/2023

Friday | 17 Nov 2023
School Outreach Programme

Alhamdulillah... School Outreach Programme with Electric and Electronics Engineering Department Universiti Teknologi Petronas was smooth and successful. I couldn't thank enough to the EEC student rep En Izudin for reaching out to me, AP. Dr. Nor Zaihar and his beautiful wife, Pn Adeela, the Director of Yayasan UTP for such a great sharing with students of SMK Datuk Haji Abdul Kadir. It was an eye opener to most of us there and my hope is, it would be the driving force for my students to achieve more in life and believe in themselves. May Allah bless you all.


Address

Kepala Batas

Opening Hours

Monday 08:00 - 03:00
Tuesday 08:00 - 03:00
Wednesday 08:00 - 03:00
Thursday 08:00 - 03:00
Friday 08:00 - 12:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sumber SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, P. Pinang. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share