25/11/2024
Antara aktiviti yang melibatkan alumni Kolej Komuniti Kepala Batas bagi tahun 2024
1) Program dialog industri bersama pelajar program Sijil Teknologi Senibina oleh En. Noor Afendi.
2) Program Pemerkasaaan Kesediaan Kerjaya Kolej Komuniti Wilayah Utara. Alumni yang terlibat adalah En. Mohamad Isa.
Kedua-dua program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif institusi untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan persediaan yang perlu dirancang oleh pelajar bagi menghadapi cabaran semasa berada di industri kelak. Setiap pesanan yang dititipkan oleh alumni menjadi pemangkin kepada pelajar untuk berjaya di dalam kerjaya. KKKB mengucapkan jutaan terima kasih kepada alumni khususnya En. Noor Affendi, alumni dari program STS dan En. Mohamad Isa, alumni dari program SKR di atas sumbangan & kerjasama yang diberikan. Alumni KKKB, anda adalah kebanggaan kami