KOLEJ TENTERA UDARA RASMI

KOLEJ TENTERA UDARA RASMI HALAMAN RASMI BAGI MEMAPARKAN AKTIVITI SEMASA DAN TERKINI KOLEJ TENTERA UDARA

14/09/2026
KOLEJ TENTERA UDARA BERSAMA INSPEN 1, INSPEN 2 SERTA ITAS SERTAI PAMERAN KERJAYA ISTIADAT PENTAULIAHAN PALAPESARAU, 12 S...
13/09/2026

KOLEJ TENTERA UDARA BERSAMA INSPEN 1, INSPEN 2 SERTA ITAS SERTAI PAMERAN KERJAYA ISTIADAT PENTAULIAHAN PALAPES

ARAU, 12 September 2026 – Seramai 1,885 Pegawai Kadet PALAPES daripada 20 universiti awam seluruh negeri telah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda dalam tiga pasukan simpanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-44 yang berlangsung di Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra. Istiadat tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Seiring penganjuran istiadat berprestij tersebut, Kolej Tentera Udara (KTU) bersama Inspen 1, Inspen 2 dan ITAS turut mengambil bahagian dalam Pameran Kerjaya bagi memperkenalkan peluang kerjaya, laluan pendidikan serta peranan dan fungsi institusi-institusi pendidikan TUDM kepada para peserta dan pengunjung. Penglibatan ini menjadi platform strategik dalam menyebarluaskan maklumat berkaitan kerjaya serta pendidikan dalam bidang ketenteraan dan aeroangkasa, di samping menarik minat generasi muda untuk menyertai TUDM.

Penganjuran pameran ini turut mencerminkan komitmen TUDM dalam memperkukuh hubungan dengan institusi pengajian tinggi serta membuka ruang kepada generasi muda untuk mengenali dengan lebih dekat peluang kerjaya dan pendidikan yang ditawarkan. Tahniah diucapkan kepada seluruh Pegawai Muda PALAPES yang berjaya ditauliahkan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan istiadat dan pameran kerjaya tersebut.

Universiti Malaysia Perlis

13/09/2026

PAMERAN KERJAYA KOLEJ TENTERA UDARA SEMPENA ISTIADAT PENTAULIAHAN PALAPES DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Universiti Malaysia Perlis

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN KHUTBAH KHAS SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-93 PERINGKAT KOLEJ TE...
11/09/2026

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN KHUTBAH KHAS SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-93 PERINGKAT KOLEJ TENTERA UDARA

ALOR SETAR, 11 Sep 26 - Kolej Tentera Udara telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Ke-93 bertempat di Surau Al-Iman, Kolej Tentera Udara.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat serta diteruskan dengan khutbah khas bertajuk "Ketahanan ATM, Benteng Pertahanan Negara" yang telah disampaikan oleh Lt Muhammad Alief Haiqal bin Sazali, Pegawai Agama Kolej.

Majlis ini menjadi ruang untuk warga KTU bersama-sama mengukuhkan penghayatan agama dengan memanjatkan doa agar diberikan kekuatan, keselamatan dan kesejahteraan dalam menjalankan amanah menjaga kedaulatan negara. Turut hadir ialah YBhg Brig. Jen Azman bin Taib TUDM, Komandan Kolej Tentera Udara, Pegawai-pegawai Memerintah dan Ketua-ketua Cawangan.

Semoga majlis ini mendapat keberkatan, kerahmatan daripada Allah SWT dan diberikan ketabahan serta dipermudahkan dalam menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR SK JENIANG KE KOLEJ TENTERA UDARAALOR SETAR, 9 Sep 26 - Kolej Tentera Udara telah menerima lawata...
09/09/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SK JENIANG KE KOLEJ TENTERA UDARA

ALOR SETAR, 9 Sep 26 - Kolej Tentera Udara telah menerima lawatan sambil belajar daripada Sekolah Kebangsaan Jeniang, Kedah. Lawatan daripada sekolah tersebut telah disertai seramai 7 orang guru dan 37 orang pelajar ini dimulakan dengan taklimat oleh para pegawai INSPEN 1 dan INSPEN 2 mengenai KTU amnya dan juru terbang khasnya. Selesai taklimat peserta lawatan dibawa ke shelter bagi melihat pesawat dengan lebih dekat. Lawatan diakhiri dengan acara bergambar.

09/09/2026
SEMINAR PENGURUSAN KELUARGA, KEWANGAN DAN KESIHATAN MENTAL SIRI 4/26ALOR SETAR, 5 SEPTEMBER 2026 – Seksyen Pengurusan Ps...
05/09/2026

SEMINAR PENGURUSAN KELUARGA, KEWANGAN DAN KESIHATAN MENTAL SIRI 4/26

ALOR SETAR, 5 SEPTEMBER 2026 – Seksyen Pengurusan Psikologi, Markas Tentera Udara telah menganjurkan Seminar Pengurusan Keluarga, Kewangan dan Kesihatan Mental Siri 4/26 selama dua hari, bermula 4 hingga 5 September 2026, bertempat di Kolej Tentera Udara. Seminar ini melibatkan penyertaan anggota tentera dan staf awam Kolej Tentera Udara.

Pada 4 September 2026, seminar dimulakan dengan ceramah bertajuk “Pengurusan Kes Gangguan Seksual” yang disampaikan oleh Kapt Wan Norkamilah binti Wan Ismail TUDM. Sesi tersebut memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran para peserta mengenai isu gangguan seksual, termasuk aspek pencegahan, tatacara pengurusan kes serta tindakan sewajarnya dalam menangani isu berkaitan.

Seminar diteruskan pada 5 September 2026 dengan ceramah bertajuk “Pengurusan Kewangan Peribadi dan Kesihatan Mental Keluarga” yang disampaikan oleh Encik Mohamed Shafuden bin Othman, Pegawai Psikologi, Hospital Sultanah Bahiyah. Sesi ini memberi penekanan terhadap kepentingan pengurusan kewangan peribadi secara terancang serta penjagaan kesihatan mental yang baik sebagai antara elemen penting dalam menjamin kesejahteraan diri dan keharmonian institusi keluarga.

Secara keseluruhannya, penganjuran seminar ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kefahaman warga Kolej Tentera Udara berkaitan aspek kekeluargaan, kewangan dan kesihatan mental. Program ini turut menjadi platform dalam memperkukuh keupayaan warga kerja untuk menghadapi dan mengurus pelbagai cabaran kehidupan secara lebih teratur, matang dan berkesan, selaras dengan usaha melahirkan warga TUDM yang sejahtera, berdaya tahan dan berkualiti.

Majlis penutup seminar telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Brig Jen Azman bin Taib TUDM, Komandan Kolej Tentera Udara, dengan diiringi oleh Lt Kol Zul Izzudin bin Ismail TUDM, PS 1 Psikologi, Markas Tentera Udara.

Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan sebagai salah satu usaha memperkasakan warga TUDM melalui peningkatan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran dalam mengurus aspek kekeluargaan, kewangan serta kesihatan mental. Usaha ini seterusnya dapat menyumbang kepada pembentukan warga TUDM yang lebih berintegriti, berdaya tahan dan sejahtera dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada perkhidmatan.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA CAWANGAN KEJURUTERAAN DAN KETUA CAWANGAN TADBIR KOLEJ TENTERA UDARAALOR SETAR, 4 Sep 26 ...
04/09/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA CAWANGAN KEJURUTERAAN DAN KETUA CAWANGAN TADBIR KOLEJ TENTERA UDARA

ALOR SETAR, 4 Sep 26 - Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Kejuruteraan dan Ketua Cawangan Tadbir telah diadakan di Markas KTU.

Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani serah terima tugas Ketua Cawangan Kejuruteraan di antara Lt Kol Ir. Mohd Yusri bin Mokhtar TUDM dan Mej Ahmad Izwan bin Muhamad TUDM. Manakala, Ketua Cawangan Tadbir di antara Lt Kol Shuhaniff bin Sharuddin TUDM dan Lt Kol Mohamad Rozali bin Abd Rahman TUDM.

Majlis serah terima tugas Ketua Cawangan Kejuruteraan dan Ketua Cawangan Tadbir ini telah disaksikan oleh Komandan Kolej Tentera Udara, YBhg Brig Jen Azman bin Taib TUDM dan dihadiri semua pegawai dan anggota LLP Cawangan Kejuruteraan dan Cawangan Tadbir.

YBhg Komandan dan semua warga Cawangan Kejuruteraan dan Cawangan Tadbir mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Cawangan Kejuruteraan, Lt Kol Ir. Mohd Yusri bin Mokhtar TUDM dan Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Shuhaniff bin Sharuddin TUDM kerana telah memberikan komitmen yang baik sepanjang bertugas di KTU.

Semoga terus komited dan cemerlang di tempat baru.

PROGRAM STRATEGI DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM ANJURAN KOLEJ TENTERA UDARA TAHUN 2026ALOR SETAR, 2 Sep 26 - Seksyen Pen...
03/09/2026

PROGRAM STRATEGI DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM ANJURAN KOLEJ TENTERA UDARA TAHUN 2026

ALOR SETAR, 2 Sep 26 - Seksyen Pendidikan Kolej Tentera Udara (KTU) dengan kerjasama Yayasan LTAT dan Kolej Komuniti Bandar Darulaman telah menganjurkan Program Strategi dan Teknik Menjawab Soalan SPM Tahun 2026. Program ini telah disertai oleh 9 orang peserta yang melibatkan 7 orang peserta dari KTU dan 2 orang peserta dari MK Bgd Ke-30. Program ini menggunakan inisiatif pendidkan yang ditawarkan oleh Yayasan LTAT iaitu Kemahiran Keluarga Tentera (K²T).

Tenaga pengajar program ini terdiri daripada guru pakar dan penggubal soalan SPM iaitu Pn Nor'aini binti Samsudin dari SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Setar, Kedah (Bahasa Melayu) dan En Mohd Jamil bin Rosli dari SMK Agama (P) Alawiyah, Arau, Perlis.

Penganjuran program ini membuktikan komitmen Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Yayasan LTAT dan Kolej Komuniti Bandar Darulaman untuk melahirkan anak-anak tentera yang cemerlang dalam akademik sekali gus mampu menjadi modal insan cemerlang bagi menjadi pewaris kepada pemimpin negara pada masa akan datang.

Address

Kolej Tentera Udara
Kepala Batas
06200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KOLEJ TENTERA UDARA RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share