Angkatan Pertahanan Awam Daerah Keningau

Angkatan Pertahanan Awam Daerah Keningau SEDIA PANTAS BERINTERGRITI

KEBAKARAN DI JALAN BAKIAU, KENINGAUPada 19 April 2026 jam 1540H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Keningau telah mene...
23/04/2026

KEBAKARAN DI JALAN BAKIAU, KENINGAU

Pada 19 April 2026 jam 1540H, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Keningau telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian kebakaran di Stor Penyimpanan Buah-buahan dan Quartes Syarikat Jutaya, Jalan Bakiau, Keningau.

Bertindak atas maklumat tersebut, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Keningau bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman dan penilaian situasi.

Hasil penilaian mendapati bangunan stor berkenaan telah terbakar sepenuhnya dan turut melibatkan kemusnahan empat buah kenderaan. Operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh kira-kira tiga jam.

Tiada pusat pemindahan sementara dibuka dan tiada kecederaan dilaporkan. Seramai dua mangsa dewasa terlibat dalam kejadian ini.

Kekuatan anggota yang terlibat adalah seperti berikut:
PDRM: 3 anggota
JBPM: 1 pegawai dan 12 anggota
APM: 2 pegawai dan 11 anggota

Operasi berjalan dengan lancar dan terkawal. Pihak APM turut memberikan khidmat nasihat kepada mangsa bagi langkah keselamatan seterusnya.

APM Daerah Keningau sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

 LATIHAN BOT APM ZON KENINGAUTarikh: 11-12 April 2026Tempat: Sungai Padas, TenomLatihan Bot APM Zon Keningau 2026 telah ...
16/04/2026



LATIHAN BOT APM ZON KENINGAU

Tarikh: 11-12 April 2026
Tempat: Sungai Padas, Tenom

Latihan Bot APM Zon Keningau 2026 telah dilaksanakan sebagai inisiatif memperkukuh kemahiran dan kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi situasi kecemasan khususnya melibatkan operasi di air.

Sepanjang latihan ini, anggota telah didedahkan dengan teknik pengendalian bot, dan aspek keselamatan di air.

Program ini penting bagi memastikan setiap anggota sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

















ULAR BERJAYA DITANGKAP DI KAMPUNG DANGULADKENINGAU, 5 April 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kening...
05/04/2026

ULAR BERJAYA DITANGKAP DI KAMPUNG DANGULAD

KENINGAU, 5 April 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Keningau berjaya menangkap seekor ular dalam satu operasi di Kampung Dangulad, petang tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Keningau menerima panggilan kecemasan pada jam 2.50 petang berhubung penemuan ular di kawasan belakang rumah pengadu. Difahamkan, reptilia tersebut dilihat masuk dan bersembunyi di bawah timbunan plastik sampah.

Anggota yang tiba di lokasi segera menjalankan penilaian keselamatan sebelum memulakan operasi pencarian. Ular tersebut berjaya dikesan dan ditangkap menggunakan peralatan khas dengan selamat. Operasi berjaya diselesaikan tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Sebarang kecemasan, orang awam boleh menghubungi talian 999 atau APM Keningau di 087-339161.

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
DAERAH KENINGAU














04/04/2026

📰 BIAWAK BERJAYA DITANGKAP DI KAMPUNG BAYANGAN

KENINGAU, 4 April 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Keningau telah berjaya menangkap seekor biawak dalam satu operasi menyelamat haiwan liar di Kampung Bayangan, malam tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Keningau menerima panggilan kecemasan pada jam 10.11 malam selepas pengadu memaklumkan terdapat seekor biawak masuk ke bawah mesin basuh di bahagian belakang rumahnya. Susulan itu, anggota bertugas segera digerakkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, anggota menjalankan pemeriksaan dan berjaya mengesan biawak tersebut dalam tempoh kira-kira lapan minit. Haiwan berkenaan kemudian ditangkap menggunakan peralatan khas dengan berhati-hati sebelum dimasukkan ke dalam karung.

Operasi berjaya diselesaikan tanpa sebarang insiden tidak diingini.

📞 Sebarang kecemasan, orang awam boleh menghubungi talian 999 atau APM Keningau di 087-339161.

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
DAERAH KENINGAU














20/03/2026

Takbir Raya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Zon Pedalaman Utara

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ikhlas daripada:
Kapt (PA) Hussain bin Mohd Noor
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Keningau
Merangkap Ketua Zon Pedalaman Utara
Dan Seluruh Warga APM Zon Pedalaman Utara















16/03/2026

MAJLIS PERJUMPAAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA ZON PEDALAMAN UTARA
BERSAMA TIMBALAN PENGARAH PERTAHANAN AWAM NEGERI SABAH TAHUN 2026

Tempat : PDPA KENINGAU
Tarikh : 12 Mac 2026 (22 Ramadan 1447H)

Majlis ini dihadiri oleh Lt. Kol (PA) Erwin @ Elverowen Bin Kinsui (Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sabah), Lt (PA) Jimmy Alberto Tining (Ketua Cawangan Pengurusan Latihan), dan barisan pimpinan APM Negeri Sabah.

17/02/2026

🧧SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2026 🧧

Ikhlas daripada:
Kapt (PA) Hussain Bin Mohd Noor
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Keningau
Dan
Seluruh Warga APM Keningau

#2026

Address

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH KENINGAU , RUMAH KERAJAAN DIVISYEN 4, Jalan KAMPUNG RIA , NO 1097 A, KENINGAU
Keningau
89008

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Daerah Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share