06/07/2018
DASAR PENUBUHAN KELAB PENYOKONG PARTI WARISAN SABAH (KPPWS)
1. Memastikan Pertubuhan KPPWS berdaftar Sepenuhnya dengan Pendaftar Pertubuhan (Registry Of Societies/ ROS).
2. Menambah jumlah keahlian berdaftar sebagai Ahli Kelab Penyokong Parti Warisan Sabah merangkumi seluruh pelusuk negeri Sabah.
3. Mengerahkan Usaha dalam membantu menyelesaikan isu-isu Pemasalahan yang berkaitan KPPWS dan memberi bantuan yang dianggap perlu dan wajar mengikut keperluan bagi setiap Cawangan KPPWS Setiap daerah di Negeri Sabah.
4. Mengendalikan Susun Atur keahlian dalam Jawatankuasa KPPWS menyeluruh bagi semua aspek secara sistematik.
5. Menyediakan Kertas Kerja/ Cadangan kepada Ketua Menteri, Jemaah Menteri, termasuklah Wakil-wakil Rakyat, YB yang dilantik, Jawatankuasa yang Berkepentingan, Jabatan-jabatan Kerajaan Dan Semua pihak berkaitan dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan Permasalahan Rakyat di seluruh Negeri Sabah.
6. Menyokong Dasar-dasar kepimpinan Parti Warisan Sabah dalam menerajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah yang ketuai oleh Pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal yang dikasihi oleh seluruh Rakyat Negeri Sabah.
7. Menjadi sebuah Badan Bukan Kerajaan yang berpegang teguh pada 5 Prinsip Rukun Negara Malaysia.
8. Menjadi medium perantara dua hala antara rakyat dan kerajaan bagi memberi info, makluman dan maklumat yang tepat bagi isu-isu semasa.
9. Bergerak sebagai sebuah NGO Dan menjadi sebuah Badan Professional berfikiran positif malah memupuk Semangat cintakan Negara, dan Badan NGO yang mampu menyatupadukan semua RAKYAT khususnya Sabah yg berbilang kaum Dan Budaya.
10. Membantu Kerajaan untuk menghapuskan dan melawan anasir-anasir jahat yang penyebar berita palsu di media sosial sebagai “cybertroop” alam maya. Kewujudan ahli KPPWS ini juga bermula dari Media Sosial sebelum pilihanraya ke-14.
11. Menjadi badan bukan kerajaan yang bergerak aktif dalam memberi bantuan kepada golongan sasar yang susah, tidak bernasib baik dan ditimpa bencana.
12. Mewujudkan suatu Komuniti yg berdaya saing didalam apa jua bidang yang di ceburi.
13. Memupuk sahsiah diri, nilai-nilai murni, modal insan dan budaya Profesional dikalangan AHLI KPPWS khususnya golongan belia.
14. Menjadi sebuah badan yang memperjuangkan hak-hak Rakyat Negeri Sabah selagi mana ianya tidak bercanggahan dengan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Dan Kedaulatan Undang-undang Negara Malaysia.
15. Bertekad untuk menjadi sebuah badan yang menjadi mata dan telinga Kerajaan Negeri dan Pusat dalam aspek pemantauan dan pembangunan setiap Daerah bagi memastikan pembangunan dan kemajuan setiap daerah seimbang dimana ianya dibawah tanggungjawab Biro Maklumat dan Aduan KPPWS.
Dimasa akan datang, Kita akan membuat penambahbaikkan dasar-dasar KPPWS sekiranya berhadapan dengan situasi dan keadaan yang memaksa kita perlu utk menambah dan melaksanakan dasar baru demi menjaga maruah setiap Ahli dan Pertubuhan KPPWS sekaligus memberikan Kekuatan, Kestabilan, serta Kepercayaan Rakyat Sabah kepada Parti Warisan Sabah yang menjadi Nadi Utama serta Harapan Untuk Kita semua dalam menerajui pemerintahan "SABAH BARU" untuk Negeri Dibawah Bayu.
"BERSATU SEGALA BANGSA SENTOSA, SABAH NEGERI MERDEKA"
SEKIAN DAN TERIMA KASIH.
DI SEDIAKAN OLEH
TUAN KAMARODIN BIN NORDIN
(NAIB TIMBALAN PRESIDEN KPPWS)
DI SOKONG PENUH OLEH
DATO' MOHD YUNUS BIN APIL
(TIMBALAN PRESIDEN KPPWS)
DI SAHKAN OLEH
TUAN NOR ZAHID BIN RAHIM
(PRESIDEN KPPWS)
22:50 JULY 6 2018, FRIDAY.