Balai Bomba Dan Penyelamat Keningau

Balai Bomba Dan Penyelamat Keningau Dirasmikan pada hari Isnin bersamaan 5/08/1974 dan sudah beroperasi selama 50Thn. Antara balai Bomba yang tertua di negeri Sabah.

Talian utama (Direct line) 📞 087-338900|087-331396|087-301302. Incase kecemasan, hubungi talian MERS 999 seperti biasa.

Sebut sahaja Toyota Hilux, pasti terbayang sebuah kenderaan lasak.Gagah meredah becak lumpur di ladang, ampuh membelah l...
14/09/2026

Sebut sahaja Toyota Hilux, pasti terbayang sebuah kenderaan lasak.

Gagah meredah becak lumpur di ladang, ampuh membelah laluan sukar di pedalaman.

Kehebatannya memang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Namun, siapa sangka kehebatan itu jugalah yang membuatkan pemiliknya berpeluh sejuk merenung nasib dari luar cermin tingkap.

Lewat petang semalam (14 September 2026), sebuah Toyota Hilux Double Cab putih megah diletakkan di belakang Adika Food Court.

Sistem keselamatannya berfungsi dengan cemerlang.

Kenderaan ini setia menjaga ruang kabin, sehinggakan tuannya sendiri tidak dibenarkan masuk.

Si pemandu di luar hanya mampu melihat anak kuncinya berehat dengan aman di dalam kereta.

Tepat pukul 5:53 petang, telefon di Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Keningau berdering.

Komander Operasi, PBK I Ranizan Samirin bersama lima anggota bergegas ke lokasi kejadian menaiki jentera FRT.

Disebabkan jarak hanya kira-kira satu kilometer, pasukan kami tiba seawal dua minit kemudian.

Berhadapan dengan situasi sebegini, anggota operasi menggunakan peralatan khas dengan teliti bagi memastikan pintu dibuka tanpa menjejaskan keadaan fizikal kenderaan.

Tidak lama selepas itu, sistem kunci kenderaan berjaya dibuka dengan selamat.

Tepat pukul 6:16 petang, operasi ditamatkan sepenuhnya.

Sering kali, kejadian seperti ini bermula dengan alasan yang cukup mudah.

Keluar sekejap sahaja, biarlah enjin hidup.

Atau..

KELUAR DAN KUNCI TERTINGGAL!

Sebaik sahaja pintu tertutup rapat, ia mengunci secara automatik.

Pemilik di luar tiba-tiba terperangkap oleh kenderaan sendiri.

Jadikan insiden ini sebagai pengajaran.

1. Jadikan amalan wajib
Melangkah sahaja keluar dari kenderaan, pastikan anak kunci sudah ada di dalam poket atau digenggam erat. Jangan biasakan anak kunci diletakkan di atas kerusi atau papan pemuka.

2. Sediakan kunci pendua
Simpan kunci pendua di tempat yang selamat di rumah. Biar penat sedikit berpatah balik mengambilnya di rumah, daripada terpaksa menahan malu menjadi tontonan orang awam di tepi jalan.

Boleh menewaskan jalan berlumpur, tetapi akhirnya tewas dengan sifat pelupa diri sendiri.

RINGKASAN MAKLUMAT OPERASI
Jenis Kes: Khidmat Khas (Kereta Terkunci)
Lokasi: Belakang Adika Food Court, Keningau
Tarikh: 14 September 2026
Penyelia Operasi: PBK I Ranizan Samirin
Keanggotaan: 6 Anggota
Jentera: FRT
Terima Panggilan: 17:53:00
Jentera Sampai: 17:55:00
Mula Operasi: 17:51:00
Operasi Terkawal: 17:55:00
Tamat Operasi: 18:16:00

12/09/2026

Selain cekap pegang hos air, jari-jemari kami pun boleh tahan 'hijau' juga rupanya.

Beginilah rutin santai dan gelagat anggota Balai Bomba Keningau bila tiada panggilan kecemasan.

Masa yang ada kami manfaatkan untuk bergotong-royong menceriakan kawasan sekitar balai.

Balai ini ibarat rumah kedua kami.

Jadi, sama-samalah kita jaga dan kemaskan.

Ada yang tukang susun batu, ada tukang potong daun, dan ada juga yang tukang 'menyanyi' di belakang tabir.

Yang penting, kerja siap dan sedap mata memandang!

Biar persekitaran ceria dan kemas, barulah minda pun tenang dan lebih bersemangat nak bertugas.

Selamat berhujung minggu dari kami semua di BBP Keningau!

P/s: Abaikan suara penyanyi latar yang syahdu tu ya... 🤣






Hari yang padat untuk Balai Bomba dan Penyelamat Keningau! Sambil sebahagian anggota menyantuni lawatan prasekolah di ba...
10/09/2026

Hari yang padat untuk Balai Bomba dan Penyelamat Keningau!

Sambil sebahagian anggota menyantuni lawatan prasekolah di balai, sepasukan lagi anggota Skuad ALPHA (Team 2) yang diketuai oleh PBK II Aristotle Rahman telah turun padang ke Program 'Career Insight Career Fair'.

Program perkongsian kerjaya ini berlangsung serentak dengan lawatan Prasekolah SK Pasir Putih di balai bermula pukul 8:00 pagi hingga 1:00 petang bertempat di SMJK Ken Hwa Keningau.

Melalui pameran ini, para pelajar diberi pendedahan realistik mengenai syarat kelayakan, rutin tugas, dan prospek masa depan bagi menyertai kerjaya kebombaan.

Selain taklimat kerjaya, Kempen 1RAPI (Satu Rumah Satu Alat Pemadam Api) turut digerakkan secara langsung bagi menerapkan kesedaran keselamatan kebakaran di peringkat isi rumah.

Reruai pameran mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan rekod kehadiran seramai 451 orang pelajar secara keseluruhannya.

Terima kasih kepada pihak pengurusan PPD Keningau dan SMJK Ken Hwa atas jemputan.

10/09/2026

Acara kemuncak yang wajib bagi setiap lawatan kanak-kanak ke Balai Bomba dan Penyelamat Keningau.

Selesai sahaja sesi pendedahan asas keselamatan kebakaran pagi tadi, anak-anak Prasekolah SK Pasir Putih diraikan dengan aktiviti bersiram di perkarangan balai.

Inilah masanya untuk mereka bergembira selepas belajar teknik menyelamatkan diri dan cara penggunaan alat pemadam api.

Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah, para guru, dan ibu bapa yang sudi meluangkan masa membawa anak-anak ke balai kami pada 10 September 2026.

Semoga pendedahan awal ini memberikan manfaat yang berterusan.







Lawatan Prasekolah SK Pasir Putih ke BBP Keningau (Bahagian 2)Sambungan daripada hantaran sebelum ini, berikut adalah se...
10/09/2026

Lawatan Prasekolah SK Pasir Putih ke BBP Keningau (Bahagian 2)

Sambungan daripada hantaran sebelum ini, berikut adalah sebahagian lagi kenangan sekitar lawatan anak-anak Prasekolah SK Pasir Putih ke BBP Keningau pada 10 September 2026.

Selepas tamat sesi pembelajaran asas keselamatan kebakaran, para pelajar dihidangkan dengan aktiviti yang lebih santai.

Mereka diberi peluang merasai sendiri pengalaman menaiki jentera bomba di perkarangan balai.

Kemuncak program semestinya diakhiri dengan aktiviti bersiram air yang amat dinantikan oleh kanak-kanak, sekaligus memeriahkan suasana sebelum lawatan melabuhkan tirai pada pukul 11:00 pagi.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Keningau merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah, para guru, dan ibu bapa atas kunjungan serta kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Lawatan Prasekolah SK Pasir Putih ke BBP Keningau (Bahagian 1)Pada 10 September 2026, BBP Keningau telah menerima kunjun...
10/09/2026

Lawatan Prasekolah SK Pasir Putih ke BBP Keningau (Bahagian 1)

Pada 10 September 2026, BBP Keningau telah menerima kunjungan daripada rombongan Prasekolah SK Pasir Putih.

Lawatan ini dimeriahkan dengan kehadiran seramai 75 orang pelajar, diiringi oleh 45 orang ibu bapa serta 10 orang guru.

Bagi perkongsian Bahagian 1 ini, kami tumpukan kepada sesi pendedahan asas keselamatan kebakaran.

Program yang bermula pada pukul 8:00 pagi ini dikendalikan oleh Penyelia Bertugas, PBK I Norhasrita bersama 11 orang anggota.

Antara pengisian utama yang dilaksanakan adalah taklimat dan aktiviti demonstrasi alat pemadam api.

Kanak-kanak turut diajar mengenai langkah keselamatan penting iaitu kaedah menyelamatkan diri dari asap tebal serta teknik "berhenti, rebah, dan guling" jika pakaian terbakar.

Pendedahan di peringkat awal usia seperti ini amat penting bagi membentuk kesedaran keselamatan yang berterusan.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga nahas.Marilah kita bersama-sama mendoakan agar segala urusan dipermudahkan se...
09/09/2026

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga nahas.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar segala urusan dipermudahkan serta roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah…

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa nahas Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Miri, Sarawak.

Seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut berdukacita atas tragedi yang amat menyayat hati ini. Semoga ahli keluarga yang terkesan dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh dugaan.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar segala urusan dipermudahkan serta roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah…

Lawatan Tapak ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah KeningauBagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemun...
09/09/2026

Lawatan Tapak ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Keningau

Bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana berada pada tahap optimum, wakil dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau telah menyertai siri lawatan tapak ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Daerah Keningau pada 9 September 2026.

Mewakili pihak BBP Keningau dalam penugasan ini ialah PBK I Danny Boy Cornelio.

Program lawatan yang diselaraskan oleh Pejabat Daerah Keningau ini bermula pada pukul 2:00 petang dan turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan yang lain.

Kesemua wakil agensi telah berkumpul di Bangunan Urus Setia Daerah Keningau sebelum bergerak meninjau lokasi-lokasi PPS yang telah ditetapkan.

Sinergi melalui lawatan bersepadu seperti ini amat penting bagi meninjau keadaan fasiliti semasa.

Ia bertujuan memastikan setiap kelengkapan dan kemudahan di PPS berada dalam keadaan baik, selamat, serta bersedia untuk diaktifkan pada bila-bila masa sekiranya operasi pemindahan mangsa bencana diperlukan.

Latihan Kecemasan Kebakaran dan Taklimat Menangani Haiwan Berbisa di AFEEDRI UMS📍9 September 2026Bermula pukul 10:00 pag...
09/09/2026

Latihan Kecemasan Kebakaran dan Taklimat Menangani Haiwan Berbisa di AFEEDRI UMS

📍9 September 2026

Bermula pukul 10:00 pagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau telah melaksanakan Latihan Kecemasan Kebakaran dan Taklimat Menangani Haiwan Berbisa.

Program ini dijalankan di Pusat Penyelidikan Makanan Ternakan (AFEEDRI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) cawangan Apin-Apin.

Sesi ceramah dan demonstrasi ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh PBK II Danny Boy, selaku Penyelia Skuad Bravo, bersama beberapa anggota Skuad Bravo.

Pengisian program merangkumi taklimat keselamatan kebakaran, pendedahan mengenai fakta asas ular, kaedah menangani haiwan berbisa, serta latihan praktikal cara memadamkan api menggunakan alat pemadam api dengan betul.

Latihan ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kecekapan kakitangan fasiliti tersebut dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan di tempat kerja.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan AFEEDRI UMS atas jemputan dan komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Address

Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Keningau
Keningau
89000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba Dan Penyelamat Keningau:

Shortcuts

Share

Category