17/10/2024
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT DAEARAH KENINGAU 1446H/2024M
Alhamdulillah..telah berlangsung majlis dan perarakan kontinjen sempena sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat daerah keningau pada 16 Oktober 2024 (Rabu) bertempat di Kompleks sukan keningau (Mula perarakan) dan dewan masyarakat Keningau (Majlis Perasmian), yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Robert bin Tawik (Pembantu Menteri Kerja raya Merangkap ADUN N.40 Bingkor).
Tn. Mohd Azri Jaini Jeffery ( Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Keningau Merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah Keningau) dalam ucapan alu-aluan beliau, Sebanyak 30 Kontinjen menyertai perarakan yang melibatkan kira-kira 3,000 orang masyarakat islam di daerah keningau, selain itu juga diadakan pertandingan sepanduk, kontinjen terbaik dan teramai mengikut kategori iaitu:-
- Kementerian/Jabatan/Kerajaan /Swasta
- Persatuan /Pertubuhan /Badan Berkanun/Parti Kompenen Politik
- Kampung/KRT/Komuniti Taman perumahan/Jawatankuasa Masjid & Surau
- Sekolah Rendah/Menengah/KAFA/SAN/SMAN/Instutut/Kolej/Tadika
Pada masa yang sama juga, Yang Berhormat Datuk Robert bin Tawik turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Sepanduk, Kontinjen terbaik dan teramai yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai, sijil dan hadiah iringan. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:-
- Kategori Kementerian/Jabatan/Kerajaan /Swasta
JOHAN : PERKIPS PKK & PPK Keningau (87%)
N.JOHAN :Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Keningau (84%)
KATIGA : Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau (76.5%)
SAGUHATI 1 : Pejabat Pendidikan Daerah Keningau (76%)
SAGUHATI 2 : RISDA Keningau (49%)
- Persatuan /Pertubuhan /Badan Berkanun/Parti Kompenen Politik
JOHAN : Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) Daerah Keningau (82%)
N.JOHAN : NGO Wanita USIA Bahagian Keningau (72%)
KATIGA : Ukhwah Muafakan Pertubuhan Islam (64%)
SAGUHATI 1 : USIA Cawangan Kampung Marampong (61%)
- Kampung/KRT/Komuniti Taman perumahan/Jawatankuasa Masjid & Surau
JOHAN : Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau (84%)
N.JOHAN : Masjid Ar-Rahman Kg Kauran (81%)
KETIGA : Masjid Nurul Iman Kg Meninipir (78%)
SAGUHATI 1 :Masjid Ad-Zilal Kg bayangan (76%)
SAGUHATI 2: Masjid Al-Taqwa Keningau (74%)
- Sekolah Rendah/Menengah/KAFA/SAN/SMAN/Instutut/Kolej/Tadika
JOHAN : Sekolah Agama Negeri Kota Ayangan (89.5%)
N.JOHAN : SMK Agama Keningau (89%)
KETIGA : Instutut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah IPDAS (83%)
SAGUHATI 1 :Sekolah Menengah Agama Negeri Keningau (78%)
SAGUHATI 2:SMK Keningau 2 (74%)
- Kontinjen Terbaik Keseluruhan :
Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau
- Kontinjen Teramai Keseluruhan:
Sekolah Menengah Agama Keningau
Selain itu, Yang berhormat Datuk Robert bin Tawik turut menyampaikan Anugerah Khas Tokoh Maulidur Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Keningau 1446H/2024M yang diberikan kepada Tn. Hj Yazid Hj Mohd Hasnan @ Charles AMN, ADK. Pemilihan ini dibuat berdasarkan jasa dan sumbangan beliau dalam aktiviti dakwan dan keagamaan disamping sumbangannya terhadap masyarakat di negeri sabah secara amnya serta di daerah keningau secara Khasnya.
Pihak Jawatankuasa Badan Dakwah Dakwah Keningau Mengucapkan Setinggi Saybas dan tahniah kepada seluruh masyarakat keningau yang menyertai sambutan Maulidur rasul SAW Peringkat Daerah pada tahun ini, Sekian Terima Kasih
Berikut dikongsikan Tayangan Video sepanjang perjalanan majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Keningau 1446H/2024M yang disediakan Oleh Pihak Institut Pengajian Islam & Dakwah Sabah (IPDAS).