Pergerakan Wanita PGRS N.45 Bahagian Sook

Pergerakan Wanita PGRS N.45 Bahagian Sook Penerangan Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat N.45 Sook

13/12/2025

Kerajaan Negeri Sabah memberi fokus khusus kepada penambahbaikan jalan raya serta kestabilan bekalan air dan elektrik dalam Belanjawan Sabah 2026. Keutamaan rakyat, tanggungjawab bersama.

07/08/2025

𝗞𝗨𝗗𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗟 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗛𝗔𝗕 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗕𝗜𝗥𝗨 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

DAERAH Kudat di utara Sabah kini bersedia memainkan peranan penting dalam landskap pembangunan baharu negeri menerusi pelaksanaan Dasar Ekonomi Biru yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Dengan kedudukan geografi strategik, sumber perikanan yang melimpah dan kelebihan semula jadi sebagai kawasan pesisir, Kudat dikenal pasti sebagai lokasi perintis kepada transformasi ekonomi berasaskan laut di Sabah.

----------------------------------------------------------------------------------
Untuk bacaan lanjut sila klik link di bawah:

07/08/2025

Sepanjang tempoh 2021-2025, sebanyak RM162 juta telah diperuntukkan untuk bantuan pendidikan dan RM455 juta bagi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)

Bantuan ini merangkumi pelbagai bentuk seperti biasiswa, dermasiswa, tabung pendidikan, peralatan, wang tunai dan sebagainya.



28/07/2025

𝐀𝐇𝐀𝐃 | 𝟐𝟕 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓

“𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈, 𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒍𝒂𝒈𝒊...𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒊𝒕𝒂, 𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒍𝒂𝒈𝒊. 𝑰𝒏𝒊 𝒌𝒂𝒍𝒊𝒍𝒂𝒉, 𝑺𝒂𝒃𝒂𝒉 𝒕𝒂𝒏𝒂𝒉 𝒂𝒊𝒓𝒌𝒖. 𝑴𝒂𝒔𝒕𝒆𝒓 𝒊𝒔 𝒉𝒆𝒓𝒆, 𝒎𝒂𝒔𝒕𝒆𝒓 𝒊𝒔 𝒏𝒐𝒕

YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata demikian dalam ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

28/07/2025

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 | 𝟮𝟳 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱

𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗖𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗔𝗟𝗜 𝗠𝗜𝗡𝗘𝗥𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗕𝗨𝗠𝗜 𝗦𝗨𝗥𝗜𝗔 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗

Kerajaan Negeri Sabah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas kononnya YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, telah memberikan kelulusan atau sokongan kepada syarikat Bumi Suria Sdn Bhd untuk menjalankan aktiviti carigali mineral di negeri ini. Dakwaan yang dipetik daripada laporan portal MalaysiaNow bukan sahaja bersifat mengelirukan dan tidak lengkap, malah membayangkan niat politik untuk mencemar nama baik kepimpinan tertinggi negeri Sabah.

Perlu ditegaskan bahawa tiada sebarang lesen mencarigali pernah dikeluarkan kepada syarikat Bumi Suria Sdn Bhd. Perkara ini telah disahkan secara rasmi oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah merangkap Ketua Merinyu Galian Negeri, Datuk Bernard Liew Chau Min, yang menjelaskan bahawa segala kenyataan atau promosi berkaitan lesen oleh pihak tersebut adalah tidak berasas dan tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa perlombongan negeri. Tambahan p**a, sebarang aktiviti pencarigalian mineral di Sabah hanya sah selepas mendapat lesen yang dikeluarkan di bawah peruntukan Seksyen 6 dan Seksyen 8 Ordinan Perlombongan Sabah 1960 (SMO 1960).

Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), sebuah agensi negeri yang berperanan sebagai badan penasihat dalam urusan sumber mineral, telah menyatakan bahawa mereka hanya memberikan kebenaran bersyarat untuk Bumi Suria memohon lesen carigali. Namun, kebenaran tersebut telah dibatalkan secara rasmi melalui surat bertarikh 24 Mac 2025, selepas syarikat terbabit gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan. SMM turut menegaskan bahawa MalaysiaNow telah mengetepikan fakta penting ini dalam laporan mereka.

Susulan itu, SMM telah mengeluarkan amaran keras agar mana-mana pihak tidak mengulangi atau merujuk laporan MalaysiaNow yang disifatkan sebagai palsu, mengelirukan dan berunsur fitnah. Agensi tersebut juga menyatakan akan meneruskan tindakan saman fitnah terhadap portal berkenaan, termasuk terhadap pihak-pihak yang terbabit menyebarkan dakwaan tidak benar.

Rakaman audio yang disiarkan oleh MalaysiaNow turut menimbulkan persoalan besar apabila suara yang dikaitkan dengan Ketua Pegawai Eksekutif SMM dikenal pasti secara salah. Ini mencerminkan satu lagi cubaan untuk mengelirukan rakyat Sabah dengan menanam persepsi negatif terhadap agensi kerajaan dan pimpinan negeri. Naratif yang cuba dibina adalah bersifat spekulatif, sensasi, dan dilihat sebagai sebahagian daripada percaturan politik tidak bertanggungjawab.

Kerajaan Negeri Sabah berpendirian tegas dalam memastikan setiap permohonan berkaitan sumber asli negeri ini melalui proses saringan yang telus, berasaskan undang-undang, dan bebas daripada sebarang unsur salah guna kuasa. Malah, tindakan tegas yang telah diambil terhadap syarikat yang gagal mematuhi syarat seperti dalam kes ini adalah bukti bahawa tiada kompromi terhadap integriti pentadbiran negeri.

Kami menyeru rakyat Sabah untuk menilai isu ini secara rasional dan berdasarkan fakta sebenar, bukan melalui rakaman atau laporan bersifat berat sebelah yang penuh dengan unsur persepsi dan manip**asi. Tuduhan yang dilemparkan kepada YAB Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri ini muncul dalam waktu yang sangat mencurigakan, ketika Sabah berada di landasan pembangunan yang progresif menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Kerajaan Negeri kekal komited mempertahankan integriti pentadbiran, menjunjung prinsip ketelusan, dan menolak segala bentuk fitnah yang cuba menggugat kestabilan negeri. Fokus kita tetap kepada usaha memajukan Sabah, memperkasa rakyat, dan memastikan hasil negeri dimanfaatkan secara adil dan bertanggungjawab.

𝗬𝗕 𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗡𝗜𝗭𝗔𝗠 𝗗𝗦𝗣 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗔𝗕𝗨 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗧𝗜𝗧𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡
Ahli Dewan Undangan Negeri N.68 Apas
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)

28/07/2025
28/07/2025
28/07/2025
09/07/2025

RM10.9 bilion bagi suku pertama 2025

Address

Sook
Keningau
89000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergerakan Wanita PGRS N.45 Bahagian Sook posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share