Derma Darah Keningau

Derma Darah Keningau Selain daripada itu, ianya juga memberi pendidikan kepada bakal penderma darah yang ingin menderma darah.

Pusat Transfusi Darah yang terletak di Hospital Besar Keningau, Sabah adalah sebuah organisasi kerajaan yang bertanggungjawab merancang serta memperkembangkan perkhidmatan transfusi darah di peringkat Daerah Keningau. Antara perkhidmatan yang diberi adalah bidang Perolehan dan Pendermaan Darah, Transfusi Darah dan komponen, serta latihan amali kepada pelajar-pelajar KKM dan kolej-kolej perubatan.

Temui kami di kempen-kempen derma darah bergerak sepanjang hujung minggu ini. Pilih lokasi kempen yang sesuai dengan and...
14/05/2026

Temui kami di kempen-kempen derma darah bergerak sepanjang hujung minggu ini. Pilih lokasi kempen yang sesuai dengan anda dan buat persediaan secukupnya. Kami menanti anda untuk menyelamatkan nyawa.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Rabu, 13 Mei 2026, Team Mobile JPTHKGU akan turun bertugas di GiatMara Keningau untuk siri kedua kempen derma darah anju...
12/05/2026

Rabu, 13 Mei 2026, Team Mobile JPTHKGU akan turun bertugas di GiatMara Keningau untuk siri kedua kempen derma darah anjuran GiatMara Keningau dalam tahun ini.

Orang awam yang berkesempatan turut dialu-alukan untuk datang menderma darah.

Kaunter Derma Darah Aras 2 Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Keningau akan ditutup pada sebelah pagi dan dijangka dibuka semula pada jam 2 petang seperti biasa.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan RT Plantation Sdn. Bhd. yang telah menjemput kami untuk kempen derma darah.P...
10/05/2026

Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan RT Plantation Sdn. Bhd. yang telah menjemput kami untuk kempen derma darah.

Perjalanan sejauh 200km yang mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Hospital Keningau memberikan pengalaman menarik kepada team mobile JPTHKGU dalam usaha menjangkau kawasan-kawasan pedalaman untuk memudahkan masyarakat datang menderma darah.

Terima kasih kepada semua penderma darah yang telah hadir menderma.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Berikut jadual kempen derma darah minggu ini. Periksa buku atau kad sementara anda, dan tarikh terakhir pendermaan. Pili...
08/05/2026

Berikut jadual kempen derma darah minggu ini. Periksa buku atau kad sementara anda, dan tarikh terakhir pendermaan. Pilih lokasi kempen yang sesuai dengan anda dan pastikan anda telah membuat persediaan sebelum datang menderma darah.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Team mobile JPTHKGU akan turun bertugas di Desa Kim Loong Palm Oil Sdn. Bhd. pada hari Khamis 7hb Mei 2026 untuk kempen ...
06/05/2026

Team mobile JPTHKGU akan turun bertugas di Desa Kim Loong Palm Oil Sdn. Bhd. pada hari Khamis 7hb Mei 2026 untuk kempen derma darah.

Kaunter Derma Darah Aras 2 Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Keningau akan ditutup pada sebelah pagi dan dijangka dibuka semula pada jam 2 petang seperti biasa.

Terima kasih kepada semua penderma darah yang telah hadir menderma.



Mari meriahkan kempen derma darah bersama finalis UNK Keningau & Bingkor 2026 di Tamu Ground Keningau.Jom derma darah!"D...
03/05/2026

Mari meriahkan kempen derma darah bersama finalis UNK Keningau & Bingkor 2026 di Tamu Ground Keningau.

Jom derma darah!

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Kempen derma darah diteruskan lagi pada hari ini di Bataras Hypermarket Bandar Baru Keningau sehingga jam 7.00 malam ini...
02/05/2026

Kempen derma darah diteruskan lagi pada hari ini di Bataras Hypermarket Bandar Baru Keningau sehingga jam 7.00 malam ini.

Jom datang derma darah.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Address

Pusat Transfusi Darah, Aras 2 Hospital Keningau, Peti Surat 11
Keningau
89007

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Derma Darah Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Derma Darah Keningau:

Share