Penerangan Wanita Parti Warisan

Penerangan Wanita Parti Warisan Politician

10/06/2026
30/05/2026

Kaamatan bukan hanya meraikan warisan budaya tetapi ia juga mengingatkan kita bahawa perpaduan adalah satu legasi. Persoalannya bukan apa yang kita warisi tetapi apa yang akan kita wariskan kepada generasi akan datang.

Kaamatan is more than a celebration of cultural heritage. It is a reminder that unity is a legacy. The question is not what we inherited but what we will pass on to the next generation.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!

27/05/2026
15 Mei 2026 | Lokasi: Kampung Takad, Apin-Apin, Keningau Puan Hasnizah Borhan, Ketua Penerangan Wanita Pusat Parti Waris...
15/05/2026

15 Mei 2026 |
Lokasi: Kampung Takad, Apin-Apin, Keningau

Puan Hasnizah Borhan, Ketua Penerangan Wanita Pusat Parti Warisan, hadir bersama Tuan Alphonsus Felix Manjin dan rombongan bagi meninjau kawasan serta menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Takad, Apin-Apin yang berlaku pada 03/5/2025. Dalam lawatan tersebut, Tuan Alphonsus telah menyampaikan sumbangan beliau yang mewakili Parti Warisan kepada Encik Johari yang mewakili para mangsa kebakaran .

Turut serta dalam ziarah ini Puan Maria Yon Pemangku Ketua Wanita Warisan Bahagian P.180 Keningau.

Semoga seluruh keluarga mangsa kebakaran diberikan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi dugaan ini.

KOTA KINABALU, 13 MEI 2026 – Satu perjumpaan penting melibatkan kepimpinan tertinggi sayap-sayap Parti Warisan telah dia...
13/05/2026

KOTA KINABALU, 13 MEI 2026 –

Satu perjumpaan penting melibatkan kepimpinan tertinggi sayap-sayap Parti Warisan telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Parti Warisan, Kolombong, Kota Kinabalu.

Sesi tersebut dihadiri oleh pimpinan utama parti:
📌 Datuk Loretto Sipin Padua – Setiausaha Agung Parti Warisan.
📌 Pn. Norfaizah Chua – Ketua Wanita Warisan Negeri Sabah bersama barisan Exco Wanita.
📌 YB Isnaraissah Munirah Majilis – Ketua Wirawati Warisan Negeri Sabah bersama barisan Exco Wirawati.
📌 En.Mohd. Firdaus Diun – Timbalan Ketua Wira Warisan Negeri Sabah bersama barisan Exco Wira.

Perjumpaan ini memfokuskan kepada penyelarasan hala tuju parti bagi memastikan gerak kerja yang lebih padu dan efisien.
Semoga dengan ini dapat lagi memperkukuh perjuangan Parti Warisan demi masa depan Sabah.

KENINGAU, 12 MEI 2026 – Puan Hasnizah Borhan iaitu Ketua Penerangan Wanita Parti Warisan Negeri Sabah turut hadir ke maj...
12/05/2026

KENINGAU, 12 MEI 2026 –

Puan Hasnizah Borhan iaitu Ketua Penerangan Wanita Parti Warisan Negeri Sabah turut hadir ke majlis doa tahlil bagi memperingati Allahyarhamah Hajah Darna, salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita Warisan Bahagian P.180 Keningau yang telah menghembuskan nafas terakhir di Kuala Lumpur pada 29 Mac 2026 yang lalu.

Majlis ini telah berlangsung di kediaman Encik Ismail yang terletak di Kampung Baru, Keningau. Penganjuran majlis ini telah ditaja sepenuhnya oleh Tuan Alphonsus Felix Manjin sebagai tanda penghormatan serta penghargaan atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Allahyarhamah sepanjang hayatnya.

Kehadiran kepimpinan pusat serta rakan-rakan seperjuangan dalam majlis ini mencerminkan rasa kasih dan penghargaan yang tinggi terhadap komitmen Allahyarhamah dalam organisasi.

Seluruh hadirin yang hadir bersama-sama memanjatkan doa agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan golongan orang yang beriman serta beramal soleh.
Al-Fatihah.

27/04/2026

Address

Kg. Keningau
Keningau
89000

Telephone

+601151832831

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan Wanita Parti Warisan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share