Persiap SHG Keningau

Persiap SHG Keningau Facebook Rasmi
Persatuan Isteri, Anak-anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia Cawangan Sekolah Henry Gurney Keningau

ZIARAH KEBAJIKAN: MENYEMAI KASIH, MENGHULUR PRIHATIN📆 5 Jun 2026📍Hospital KeningauSatu rombongan ziarah kebajikan telah ...
10/06/2026

ZIARAH KEBAJIKAN: MENYEMAI KASIH, MENGHULUR PRIHATIN

📆 5 Jun 2026
📍Hospital Keningau

Satu rombongan ziarah kebajikan telah dilaksanakan oleh Sekolah Henry Gurney Keningau dan PERSIAP Cawangan Keningau bagi melawat anak kepada Kpl Sofriadi Shamshir dan isterinya yang sedang menerima rawatan akibat kecederaan di kepala.

Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau, YBrs. PKP Sirajuddin bin Abdul Majid bersama isteri, Puan Khairunisah binti Razali selaku Pengerusi PERSIAP Cawangan Keningau, telah hadir menyampaikan sumbangan serta memberikan sokongan moral kepada keluarga berkenaan.

Turut hadir ialah TPP Shahrudin Tahir, Ketua Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara bersama isteri, Puan Aminah Harun selaku Naib Pengerusi II PERSIAP Cawangan Keningau, pegawai kanan, kakitangan serta ahli-ahli PERSIAP.

Semoga kunjungan ini dapat memberikan sedikit keceriaan, kekuatan dan semangat kepada keluarga yang sedang diuji. Didoakan agar anak tersebut dipermudahkan urusan rawatan susulan serta dikurniakan kesembuhan yang sempurna dan kembali sihat seperti sediakala.

“MALAM SEJUTA KENANGAN @ SHG KENINGAU”Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung📆 3 Jun 2026📍Hotel Perkasa KeningauSekolah Henry ...
09/06/2026

“MALAM SEJUTA KENANGAN @ SHG KENINGAU”
Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung

📆 3 Jun 2026
📍Hotel Perkasa Keningau

Sekolah Henry Gurney Keningau telah menganjurkan satu majlis makan malam yang penuh gilang-gemilang bagi meraikan 11 orang kakitangan SHG Keningau yang akan berpindah dan bersara daripada perkhidmatan.

Malam yang penuh memori ini berlangsung dalam suasana meriah dan penuh penghargaan, diserikan dengan pelbagai persembahan serta penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan yang disempurnakan oleh Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau, YBrs. PKP Sirajuddin bin Abdul Majid bersama isteri, Puan Khairunisah binti Razali selaku Pengerusi PERSIAP Cawangan Keningau.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah TPP Sharudin Tahir, Ketua Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara, Puan Khairunisah binti Razali, Pengerusi PERSIAP Cawangan Keningau, Puan Hasmida binti Bakri, Naib Pengerusi I PERSIAP, Puan Aminah Harun, Naib Pengerusi II PERSIAP, pegawai-pegawai kanan, Ahli Jawatankuasa PERSIAP, ahli-ahli PERSIAP, ahli keluarga serta kakitangan Sekolah Henry Gurney Keningau.

Berikut merupakan senarai kakitangan yang diraikan:

1. TPP Johari Chok Tang & isteri
2. PPP Justin Majapin & isteri
3. SM Janil Ampasok & isteri
4. SM Rosmi Abdullah
5. SM Jumid Laminggu & isteri
6. SM Esah Alli & isteri
7. SJN Mohd Amerul Julian
8. SJN Nornina Ahmad
9. SJN Japrin Giwol & isteri
10. En. Asri Milojah
11. Puan Sabrina Awg Damit

Majlis ini bukan sekadar satu acara perpisahan, malah menjadi simbol penghargaan atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di Sekolah Henry Gurney Keningau. Setiap kenangan yang tercipta, setiap bakti yang ditaburkan dan setiap sumbangan yang diberikan akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga SHG Keningau.

Semoga semua yang diraikan terus diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan di tempat baharu serta dikurniakan kebahagiaan dan kejayaan yang berterusan. Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan.

“Jauh di mata, dekat di hati. Jasamu dikenang, budimu disanjung.” ❤️✨

MALAM MESRA KEJOHANAN GOLF “MONTHLY MEDAL”PENGARAH PENJARA NEGERI SABAH & W.P. LABUAN 2026📆 22 Mei 2026📍 Kantin Sekolah ...
26/05/2026

MALAM MESRA KEJOHANAN GOLF “MONTHLY MEDAL”
PENGARAH PENJARA NEGERI SABAH & W.P. LABUAN 2026

📆 22 Mei 2026
📍 Kantin Sekolah Henry Gurney Keningau

Satu majlis makan malam telah dianjurkan oleh Sekolah Henry Gurney Keningau bagi meraikan semua pemain golf yang terlibat dalam kejohanan ini dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Kehadiran TKP Tey Hock Soon, Pengarah Pejabat Negeri Sabah & W.P. Labuan, dan PKK Kalbin bin Haji Mohd Said, Timbalan Pengarah Pejabat Negeri Sabah & W.P. Labuan, bersama pengarah-pengarah institusi serta pegawai-pegawai telah disambut mesra oleh PKP Sirajudin bin Abdul Majid, Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau selaku tuan rumah.

PERSIAP Cawangan Keningau juga tidak ketinggalan memeriahkan majlis ini yang dihadiri oleh Puan Khairunisah binti Razali, Pengerusi PERSIAP Cawangan Keningau, bersama Puan Suzana, Pengerusi PERSIAP Cawangan PRP Tuaran, serta Puan Hasmida binti Bakri dan Puan Aminah binti Harun selaku Naib Pengerusi 1 dan 2 PERSIAP Cawangan Keningau, bersama para ahli jawatankuasa.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekitaan serta menghargai penglibatan semua pihak yang telah menjayakan Kejohanan Golf “Monthly Medal” Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P. Labuan 2026. Majlis berlangsung dengan penuh ceria, mesra dan harmoni, sekali gus menjadi platform memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga jabatan.

JUALAN PERSIAP SEMPENA KEJOHANAN BOLA SEPAK U18 MSSD KENINGAU📆 20–22 Mei 2025📍 Padang SHG KeningauTelah berlangsung Kejo...
23/05/2026

JUALAN PERSIAP SEMPENA KEJOHANAN BOLA SEPAK U18 MSSD KENINGAU

📆 20–22 Mei 2025
📍 Padang SHG Keningau

Telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak MSSD Keningau kategori bawah 18 tahun yang melibatkan penyertaan sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Keningau di Padang Sekolah Henry Gurney Keningau.

PERSIAP Cawangan Keningau tidak melepaskan peluang untuk membuka gerai jualan sepanjang kejohanan berlangsung sebagai salah satu inisiatif bagi menambah dana tabung PERSIAP SHG Keningau, di samping turut memeriahkan suasana kejohanan.

Turut hadir memeriahkan program ialah Pengerusi PERSIAP Cawangan Keningau, Puan Khairunisah binti Razali, bersama barisan ahli jawatankuasa PERSIAP Cawangan Keningau.

Sekalung Takziah: Ziarah Kebajikan Buat Keluarga yang Berduka📆 20 Mei 2026📍 Kampung Tampasak, TambunanSekolah Henry Gurn...
21/05/2026

Sekalung Takziah: Ziarah Kebajikan Buat Keluarga yang Berduka

📆 20 Mei 2026
📍 Kampung Tampasak, Tambunan

Sekolah Henry Gurney Keningau bersama PERSIAP Cawangan Keningau telah mengadakan rombongan ziarah kebajikan ke kediaman keluarga Puan Maidah Marcus yang baharu sahaja kehilangan ayahanda tercinta.

Rombongan ini diketuai oleh Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau, YBrs. PKP Sirajuddin bin Abd Majid, serta Pengerusi PERSIAP Cawangan Keningau, Puan Khairunisah binti Razali, bersama pegawai dan warga kerja Sekolah Henry Gurney Keningau.

Ziarah ini diadakan sebagai tanda sokongan, keprihatinan dan solidariti kepada keluarga yang sedang berdepan dengan saat penuh kedukaan. Semoga kehadiran rombongan serta sumbangan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan memberikan kekuatan kepada keluarga arwah.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Buat keluarga yang ditinggalkan, semoga terus tabah dan sabar menghadapi ujian ini.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN PERSIAP MALAYSIA KALI KE-37📆 16 Mei 2026📍 Auditorium Ibu Pejabat Penjara MalaysiaMesy...
21/05/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN PERSIAP MALAYSIA KALI KE-37

📆 16 Mei 2026
📍 Auditorium Ibu Pejabat Penjara Malaysia

Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan PERSIAP Malaysia Kali Ke-37 telah berlangsung di Auditorium, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, anjuran Majlis Tertinggi PERSIAP Malaysia dengan kolaborasi bersama PERSIAP Cawangan PPN Johor Bahru.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia merangkap Penaung PERSIAP Malaysia. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datin Sri Hajah Rosnani Binti Mohamed, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia.

PERSIAP Cawangan Sekolah Henry Gurney Keningau turut diwakili oleh Puan Khairunisah binti Razali, Pengerusi PERSIAP Cawangan Keningau, dan Puan Hasmida binti Bakri, Naib Pengerusi, bersama tiga (3) orang ahli jawatankuasa.

Dalam mesyuarat ini, Sekolah Henry Gurney Keningau telah berjaya merangkul dua (2) anugerah iaitu:

🥉 PERSIAP Cemerlang Kategori Penjara Minimum
🏆 Anugerah Khas Yang Dipertua – Cawangan Kolaborasi Terbaik

Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan buat seluruh warga PERSIAP Sekolah Henry Gurney Keningau dan menjadi bukti bahawa semangat kebersamaan, dedikasi serta kolaborasi yang erat mampu membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Semoga pengiktirafan yang diterima ini menjadi pemangkin untuk terus melaksanakan pelbagai program yang bermanfaat, memperkukuh ukhuwah sesama ahli, serta mengangkat nama PERSIAP ke tahap yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

MALAM APRESIASI SEKALUNG BUDI PERSIAP MALAYSIA 2026📅 15 Mei 2026📍 Zenith Hotel, PutrajayaMajlis Malam Apresiasi Sekalung...
21/05/2026

MALAM APRESIASI SEKALUNG BUDI PERSIAP MALAYSIA 2026

đź“… 15 Mei 2026
📍 Zenith Hotel, Putrajaya

Majlis Malam Apresiasi Sekalung Budi PERSIAP Malaysia 2026 telah berlangsung dengan penuh gemilang di Zenith Hotel, Putrajaya bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan PERSIAP Malaysia Kali Ke-37 yang bertemakan “Glam and Glitz”.

Majlis yang menghimpunkan seramai 350 ahli PERSIAP dari seluruh negara ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada barisan kepimpinan PERSIAP, termasuk YBhg. Datin Sri Hajah Rosnani binti Mohamed, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, serta empat orang Pengerusi PERSIAP. Program ini dianjurkan oleh PERSIAP Malaysia selaku induk dengan kerjasama PERSIAP Cawangan Penjara Negeri Perak selaku pengelola.

Seramai lima orang ahli PERSIAP Sekolah Henry Gurney Keningau turut hadir dan tidak ketinggalan memeriahkan majlis yang penuh gilang-gemilang ini, antaranya:

1. Puan Khairunisah binti Razali – Pengerusi PERSIAP Cawangan Keningau
2. Puan Hasmida binti Bakri – Naib Pengerusi PERSIAP Cawangan Keningau
3. SM Cornelia Marcus – Setiausaha
4. Sjn Mazlina binti Zakariah – Penolong Bendahari
5. SM Ervina Paulinus Giwo – Ketua Biro Kebajikan

Pelbagai pengisian menarik seperti persembahan cawangan negeri, tayangan montaj, cabutan bertuah serta penyampaian cenderamata telah memeriahkan majlis dalam suasana yang penuh mesra, harmoni dan semangat kekitaan.

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform penghargaan kepada kepimpinan PERSIAP, malah turut meninggalkan kenangan indah serta mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli PERSIAP dari seluruh cawangan negara.

Lawatan ke Penjara Wanita Kajang📆 15 Mei 2026📍 Penjara Wanita KajangSatu rombongan lawatan daripada PERSIAP Pejabat Peng...
21/05/2026

Lawatan ke Penjara Wanita Kajang

📆 15 Mei 2026
📍 Penjara Wanita Kajang

Satu rombongan lawatan daripada PERSIAP Pejabat Pengarah Negeri Sabah & W.P. Labuan (PPPNSL) bersama wakil PERSIAP cawangan institusi telah berpeluang mengadakan lawatan ke Penjara Wanita Kajang, yang disambut mesra oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kajang, iaitu PKK Kesumawati binti Ilas dan PP Mona Azura binti Ismail.

Lawatan ini dihadiri oleh:

1. Puan El Lizah Perdes Nelson – Naib Pengerusi PERSIAP Pejabat Pengarah Negeri Sabah & W.P. Labuan
2. Puan Khairunisah binti Razali – Pengerusi PERSIAP Cawangan Keningau
3. Puan Rosliza binti Ishak – Naib Pengerusi PERSIAP Penjara Wanita Kota Kinabalu
4. Puan Hasmida binti Bakri – Naib Pengerusi PERSIAP Cawangan Keningau

Program dimulakan dengan sesi bergambar di pintu utama Penjara Wanita Kajang sebelum rombongan dibawa melawat ke beberapa lokasi menarik, antaranya Taska Cinta Care, Bengkel Pastri, Spa dan Galeri Batik Penjara Wanita Kajang.

Lawatan diakhiri dengan jamuan ringan serta sesi menandatangani buku pelawat sebagai tanda kenang-kenangan. Peluang berharga ini bukan sahaja memberi pengalaman dan pendedahan baharu, malah menjadi salah satu memori yang amat bermakna dalam kehidupan.

Address

Sekolah Henry Gurney
Keningau
89007

Telephone

+6087331337

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persiap SHG Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share