Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau

Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau Pejabat Pengurusan dan Pentadbiran Untuk Semua Fasiliti Kesihatan dibawah PKK Keningau

Pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau ingin mempelawa Tuan/Puan untuk menyertai sebutharga  PERKHIDMATAN BAGI KERJA-K...
12/06/2026

Pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau ingin mempelawa Tuan/Puan untuk menyertai sebutharga PERKHIDMATAN BAGI KERJA-KERJA PEMBAIKAN KUARTERS DI BAWAH JAGAAN PEJABAT KESIHATAN KAWASAN KENINGAU.

Maklumat lengkap sebutharga adalah seperti dalam kenyataan iklan yang dilampirkan.

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—ฅ. ๐—ฅ๐—œ๐——๐—ช๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก ๐—›๐—”๐—ฆ๐—›๐—œ๐— ๐—ง๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ (๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป)๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ตSetinggi-tinggi...
10/06/2026

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—ฅ. ๐—ฅ๐—œ๐——๐—ช๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก ๐—›๐—”๐—ฆ๐—›๐—œ๐— 
๐—ง๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ (๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป)
๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต

Setinggi-tinggi Tahniah kepada
๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐——๐—ฟ. ๐—ฅ๐—ถ๐—ฑ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐˜€๐—ต๐—ถ๐—บ

atas perlantikan sebagai

๐—ง๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ (๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป), ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต

berkuatkuasa 10 Jun 2026

Ikhlas daripada:
๐——๐—ฟ. ๐—˜๐—ฟ๐—ถ๐—ฐ ๐—ง๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—ฒ ๐—›๐—ผ๐˜„
Pegawai Kesihatan Kawasan Keningau
Dan seluruh warga kerja
Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau.

๐ŸŒธ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ฅ (๐—ฆ๐—ฎ๐—ž๐—ฎ๐—ก) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ก๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—จ๐ŸŽ€Pada 18 Mei hingga 24 Mei 2026, Unit Kesihatan Ibu dan Anak ...
10/06/2026

๐ŸŒธ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ฅ (๐—ฆ๐—ฎ๐—ž๐—ฎ๐—ก) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ก๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—จ๐ŸŽ€

Pada 18 Mei hingga 24 Mei 2026, Unit Kesihatan Ibu dan Anak Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau telah berjaya menganjurkan Program Saringan Kanser (SaKaN) Peringkat Daerah Keningau yang bertempat di Dewan Arked Keningau.

Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesihatan masyarakat melalui pengesanan awal kanser payudara, kanser pangkal rahim, kanser kolorektal dan kanser mulut. Selain itu, program ini turut memberi fokus kepada pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi, serta penyakit berjangkit iaitu tuberkulosis di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat.

Sepanjang tujuh hari program berlangsung, pelbagai aktiviti saringan dan promosi kesihatan telah dijalankan, antaranya:

โœ… Saringan kanser payudara
โœ… Saringan kanser pangkal rahim
โœ… Saringan kanser kolorektal
โœ… Saringan kanser mulut
โœ… Pemeriksaan penyakit tidak berjangkit (NCD)
โœ… Pemeriksaan tuberkulosis (Tibi)
โœ… Saringan sarcopenia bagi warga emas
โœ… Kempen derma darah
โœ… Senam sihat

Selain aktiviti saringan, sebanyak tiga sesi pocket talk telah diadakan setiap hari yang disampaikan oleh Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) ,Pakar Bedah, Pegawai Perubatan dan petugas kesihatan yang berpengalaman. Sesi-sesi ini bertujuan meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai pencegahan, pengesanan awal dan rawatan penyakit kanser serta penyakit kronik yang lain.

Pada hari terakhir program, para peserta turut berpeluang mengikuti sesi perkongsian pengalaman daripada dua orang pesakit kanser. Perkongsian yang penuh inspirasi ini telah memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjalani saringan kesihatan secara berkala, mendapatkan rawatan awal serta kekuatan yang diperlukan dalam menghadapi cabaran penyakit kanser.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua petugas kesihatan, serta masyarakat yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Program Saringan Kanser (SaKaN) Peringkat Daerah Keningau.

Ucapan penghargaan khas turut ditujukan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Klinik Pergigian Keningau ,Hospital Keningau dan Persatuan Pink Ribbon Keningau atas kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Diharapkan program seperti ini dapat terus memperkukuhkan kesedaran masyarakat bahawa pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa, seterusnya melahirkan komuniti yang lebih sihat dan peka terhadap penjagaan kesihatan diri.

๐˜พ๐™€๐™๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™‡๐˜ผ๐™๐™„๐™ƒ๐˜ผ๐™‰ ๐˜พ๐™‹๐™ ๐™Ž๐™€๐™๐™๐˜ผ ๐™‹๐™€๐™๐™๐™Š๐™‡๐™Š๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐˜พ๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž (๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ๐™Ž) ๐™‹๐™€๐™‰๐™‚๐™๐™Ž๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™€๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™Ž๐™๐™ƒ ๐™๐˜ผ๐™Ž๐™†๐˜ผ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™€๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐™†๐™€๐™‰๐™„๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™Ceramah dan latihan C...
08/06/2026

๐˜พ๐™€๐™๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™‡๐˜ผ๐™๐™„๐™ƒ๐˜ผ๐™‰ ๐˜พ๐™‹๐™ ๐™Ž๐™€๐™๐™๐˜ผ ๐™‹๐™€๐™๐™๐™Š๐™‡๐™Š๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐˜พ๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž (๐˜ผ๐™Ž๐˜ผ๐™Ž) ๐™‹๐™€๐™‰๐™‚๐™๐™Ž๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™€๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™Ž๐™๐™ƒ ๐™๐˜ผ๐™Ž๐™†๐˜ผ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™€๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐™†๐™€๐™‰๐™„๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™

Ceramah dan latihan CPR serta Pertolongan Cemas (ASAS) bagi pengusaha dan pengasuh taska Daerah Keningau telah berjaya dilaksanakan pada 06 Jun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau melibatkan 44 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha dan pengasuh taska di Daerah Keningau.

Aktiviti anjuran Persatuan Perkhidmatan Taska Sabah Zon Pedalaman ini bertujuan untuk memberi dan mengukuhkan pengetahuan berkaitan CPR dan Pertolongan Cemas (ASAS) dalam kalangan pengusaha dan pengasuh taska.

04/06/2026
04/06/2026

๐Ÿ› Sebelum makan, cuba tanya diri sendiriโ€ฆ

๐Ÿ‘€ Adakah rupa makanan itu masih elok?
๐Ÿ‘ƒ Adakah baunya masih segar?
๐Ÿ˜‹ Adakah rasanya masih seperti sepatutnya?

Jawapannya akan dikupas dalam Segmen Hello Doktor bersama dengan tetamu Encik Mahariznan Bin Mat menerusi topik โ€œLihat, Hidu, Rasaโ€.

๐Ÿ“… 4 Jun 2026 (Khamis)
โฐ 4.00 Petang โ€“ 4.30 Petang
๐Ÿ“ป KENINGAUfm Hebat, Syoknya

Jangan lepaskan peluang untuk menambah pengetahuan tentang keselamatan makanan demi kesihatan diri dan keluarga.

KENINGAUfm Hebat Syoknya! ๐ŸŽงโœจ

Pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau ingin mempelawa Tuan/Puan untuk menyertai sebutharga bagi PERKHIDMATAN PENGENDA...
31/05/2026

Pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau ingin mempelawa Tuan/Puan untuk menyertai sebutharga bagi PERKHIDMATAN PENGENDALIAN KAFETERIA
KLINIK KESIHATAN NABAWAN, PEJABAT KESIHATAN KAWASAN KENINGAU BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN.

Maklumat lengkap sebutharga adalah seperti dalam kenyataan iklan yang dilampirkan.

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ฎ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐‘ฒ๐’‚๐’‚๐’Ž๐’‚๐’•๐’‚๐’: ๐‘ด๐’†๐’๐’–๐’‚๐’Š ๐‘ท๐’†๐’“๐’‘๐’‚๐’…๐’–๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’“๐’‚๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‰๐’‚๐’“๐’Ž๐’๐’๐’Š๐’‚๐’Ihlas Daripada:๐——๐—ฟ. ๐—˜๐—ฟ๐—ถ๐—ฐ ๐—ง๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—ฒ ๐—›๐—ผ...
29/05/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ฎ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐‘ฒ๐’‚๐’‚๐’Ž๐’‚๐’•๐’‚๐’: ๐‘ด๐’†๐’๐’–๐’‚๐’Š ๐‘ท๐’†๐’“๐’‘๐’‚๐’…๐’–๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’“๐’‚๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‰๐’‚๐’“๐’Ž๐’๐’๐’Š๐’‚๐’

Ihlas Daripada:
๐——๐—ฟ. ๐—˜๐—ฟ๐—ถ๐—ฐ ๐—ง๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—ฒ ๐—›๐—ผ๐˜„
Pegawai Kesihatan Kawasan
Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau.

โœจ ๐™‹๐™๐™Š๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐˜ผ๐˜ฟ๐™‘๐™Š๐™†๐˜ผ๐™Ž๐™„ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™Ž๐™€๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™Ž๐™„๐™ƒ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™๐˜ผ๐™‡ (๐™†-๐™ˆ๐™„๐™‰๐˜ฟ๐™Ž๐™€๐™) ๐˜ฝ๐™€๐™๐™Ž๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ ๐™†๐™Š๐™Ž๐™‹๐™€๐™‰ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™Š๐™ˆ๐™๐™‰๐™„๐™๐™„ โœจ๐Ÿ“… 22 Mei 2026๐Ÿ“ Dewan Haji Gus...
23/05/2026

โœจ ๐™‹๐™๐™Š๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐˜ผ๐˜ฟ๐™‘๐™Š๐™†๐˜ผ๐™Ž๐™„ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™Ž๐™€๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™Ž๐™„๐™ƒ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™๐˜ผ๐™‡ (๐™†-๐™ˆ๐™„๐™‰๐˜ฟ๐™Ž๐™€๐™) ๐˜ฝ๐™€๐™๐™Ž๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ ๐™†๐™Š๐™Ž๐™‹๐™€๐™‰ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™Š๐™ˆ๐™๐™‰๐™„๐™๐™„ โœจ

๐Ÿ“… 22 Mei 2026
๐Ÿ“ Dewan Haji Gusman, Kg Panagatan Ulu, Keningau

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan daripada penduduk kampung serta ahli GSIM Kg Panagatan Ulu.

Pelbagai aktiviti bermanfaat telah dijalankan antaranya:
๐Ÿฉบ Saringan Kesihatan
๐Ÿง  Ceramah Minda Sihat
๐ŸŽญ Simulasi K-MINDSET
๐Ÿ“‹ Saringan NHSI
๐Ÿค Pembentukan Ahli Jawatankuasa (AJK) K-MINDSET Kg Panagatan Ulu

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental, di samping memperkenalkan pelaksanaan program K-MINDSET di peringkat komuniti. Selain itu, pembentukan AJK K-MINDSET juga diadakan bagi memperkukuhkan peranan komuniti dalam menyokong kesejahteraan mental penduduk setempat.

๐ŸŒฑ โ€œKesihatan mental adalah tanggungjawab bersama. Komuniti kuat, minda sihat.โ€







๐Ÿ“ข ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐˜๐„๐๐€๐‘๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ (๐‡๐Ž๐Œ๐„-๐๐€๐’๐„๐ƒ ๐…๐Ž๐Ž๐ƒ)๐Ÿ ๐Ÿช๐Ÿฅ˜Pada 21 Mei 2026, Unit Keselamatan dan Kua...
22/05/2026

๐Ÿ“ข ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐˜๐„๐๐€๐‘๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ (๐‡๐Ž๐Œ๐„-๐๐€๐’๐„๐ƒ ๐…๐Ž๐Ž๐ƒ)๐Ÿ ๐Ÿช๐Ÿฅ˜

Pada 21 Mei 2026, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau telah berjaya mengadakan Bengkel Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home-based Food) bertempat di PKK Keningau.

Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada para pengusaha makanan sediaan di rumah mengenai keperluan keselamatan makanan, amalan pengendalian makanan yang bersih dan selamat serta tatacara penyenaraian home-based food mengikut keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain sesi perkongsian oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, para peserta turut mengikuti ceramah kesihatan daripada Unit Kawalan Penyakit Berjangkit yang disampaikan oleh Dr Rayzond. Ceramah tersebut memberi penekanan berkaitan pencegahan penyakit berjangkit serta kepentingan amalan kebersihan dalam pengendalian makanan bagi melindungi kesihatan pengguna.

Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan khidmat nasihat teknikal kepada pengusaha agar produk makanan yang dihasilkan lebih selamat, berkualiti dan diyakini pengguna.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang bengkel berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memastikan penyediaan makanan yang lebih selamat kepada masyarakat.









Address

Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau, Peti Surat No 94
Keningau
89007

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6087333725

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau:

Share