31/05/2026
MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH SEMPENA HARI KEPUTERAAN RASMI
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Dengan penuh rasa hormat dan takzim, Pejabat Tenaga Kerja Keningau merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala terus mengurniakan keafiatan, rahmat dan taufik kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta memelihara Tuanku di bawah lindungan-Nya agar kekal menjalankan pemerintahan dengan penuh kebijaksanaan, berdaulat dan disanjung rakyat.
Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.