UMNOKeningau Official

UMNOKeningau Official Merupakan Laman rasmi UMNO Bahagian P180 Keningau . Berfungsi sebagai platform untuk menyampaikan informasi & program-program yang telah dijalankan.

Tahniah Datuk & DatinKemenangan ini bukan sekadar hasil undi, tetapi hasil kepercayaan rakyat kepada keikhlasan dan kerj...
29/11/2025

Tahniah Datuk & Datin
Kemenangan ini bukan sekadar hasil undi, tetapi hasil kepercayaan rakyat kepada keikhlasan dan kerja keras Datuk selama ini.
Semoga amanah ini terus menjadi perjuangan untuk suara rakyat dan masa depan yang lebih baik.

TERIMA KASIH LIAWAN

19/10/2025

[LIMA ADUN STAR: ANTARA SETIA KEPADA PERJUANGAN ATAU SETIA KEPADA KESELESAAN?]

Rakyat Sabah sedang memerhati dengan penuh tanda tanya. Apakah perjuangan lima ADUN STAR yang kini meninggalkan DSP Jeffrey Kitingan benar-benar mengikut mandat rakyat atau sebenarnya mengkhianati mandat itu demi kedudukan baru?

Persoalan ini bukan remeh, kerana rakyat tahu siapa yang dahulu berikrar setia bersama Jeffrey dalam membina parti Sabah berteraskan maruah negeri.
Kini mereka berpindah haluan dan rakyat berhak bertanya, adakah perjuangan itu masih hidup, atau sudah dikuburkan oleh kepentingan politik semasa?

Saya melihat langkah ini bukan sekadar pertukaran haluan, tetapi tanda hilangnya arah perjuangan. Apabila pemimpin lebih cepat menukar baju daripada memperjuangkan nasib rakyat, maka politik itu sudah tidak lagi berpaksikan ideologi ia hanya berpaksikan keselesaan.

Saya tidak mahu campur tangan dalam hal rumah tangga parti lain, tetapi sebagai pemerhati matang, kami melihat betapa politik lompat parti telah menjadi barah moral dalam demokrasi Sabah.

Jika pemimpin mudah meninggalkan parti sendiri, bagaimana rakyat boleh yakin mereka tidak akan meninggalkan rakyat p**a apabila keadaan menjadi sukar?

BN Sabah berpegang kepada prinsip kesetiaan bukan slogan, ia adalah jiwa perjuangan. Itulah sebabnya BN tetap kukuh walaupun pernah diuji, kerana kami tidak berpaling arah setiap kali angin bertiup dari arah berbeza.

Rakyat Sabah khususnya di kawasan di mana lima ADUN ini bertanding kini berdepan dilema moral. Mereka bukan sekadar memilih parti, tetapi sedang menilai siapa yang benar-benar berjuang dan siapa yang menjual perjuangan.

Apakah wajar rakyat terus menyokong pemimpin yang meninggalkan asas perjuangan asal DSP Jeffrey? Atau wajar rakyat pertahankan maruah parti yang mereka bina sejak awal?

Saya tidak perlu menjawab, biarlah penyokong mereka sendiri yang berbahas.
Kerana dari perbalahan itu, rakyat akan menilai siapa sebenarnya tulus, dan siapa berpura-pura.

BN Sabah tidak menari mengikut rentak mereka yang menukar haluan setiap musim.
Kami kekal di tengah gelanggang dengan prinsip yang sama politik mesti berpaksikan maruah, bukan peluang.

Dan dalam PRN17 nanti, rakyat sendiri akan menghukum siapa yang mempermainkan kepercayaan mereka. Kerana sekali rakyat hilang kepercayaan, tidak ada kuasa atau dana politik yang mampu membelinya semula.

MOHD NOR ILYAS ABD HADI
Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasioanal Keningau




19/10/2025

Sembang Santai BN Keningau Bersama Penduduk Kg.Gaulan, Keningau

19 Okt 2025 (Ahad)

Walau sekecil apa pun bantuan, besar ertinya bagi yang sedang diuji. BN Keningau terus turun padang membantu rakyat yang...
17/10/2025

Walau sekecil apa pun bantuan, besar ertinya bagi yang sedang diuji. BN Keningau terus turun padang membantu rakyat yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

Doakan pembedahan adik Karla Ohara dipermudahkan dan diberi kesembuhan.
Kami akan terus berkhidmat demi kesejahteraan rakyat P.180 Keningau. 🤝❤️

Bila air tiada, bukan saja paip yang kering, hati pun rasa terseksa. Komuniti, khususnya masyarakat  semua terkesan. Ini...
14/10/2025

Bila air tiada, bukan saja paip yang kering, hati pun rasa terseksa. Komuniti, khususnya masyarakat semua terkesan. Ini bukan sekadar masalah teknikal, ini soal maruah dan kelangsungan hidup.

Atas rasa tanggungjawab sebagai pemimpin, Datuk Nik Mohd Nadzri tidak tunggu lama. Sebuah tangki air diserah melalui wakil penduduk Kampung Padang Tembak, Encik Sunaidi Jilong sebagai tanda bahawa rakyat tidak dibiarkan berjuang sendirian!!

Mungkin sumbangan ini tidak menyelesaikan semua, tapi biarlah ia menjadi permulaan bahawa suara rakyat tetap didengar, dan bantuan tetap sampai.




Semangat ukhuwah tidak hanya diucap, tetapi dizahirkan melalui tindakan. Atas dasar kebersamaan dan saling membantu sesa...
14/10/2025

Semangat ukhuwah tidak hanya diucap, tetapi dizahirkan melalui tindakan. Atas dasar kebersamaan dan saling membantu sesama komuniti, Datuk Nik Mohd Nadzri telah menyampaikan sumbangan sebuah mesin rumput kepada wakil belia Kampung Beribi Bayangan Keningau untuk kegunaan gotong-royong dan aktiviti kebajikan kampung khususnya Surau.

Moga kemudahan ini bukan sekadar peralatan, tetapi menjadi simbol kerjasama dan perpaduan kita dalam menjaga kebersihan serta kelestarian kampung. Bila satu tangan memberi, tangan lain menyambut di situlah indahnya hidup bermasyarakat.





Belia hari ini bukan sekadar menunggu peluang, mereka mencipta peluang.Apabila sekump**an belia tampil memohon mesin rum...
11/10/2025

Belia hari ini bukan sekadar menunggu peluang, mereka mencipta peluang.
Apabila sekump**an belia tampil memohon mesin rumput bagi menjayakan projek pertanian mereka, Datuk Nik Mohd Nadzri terus menyahut permintaan itu dengan menyumbangkan mesin rumput untuk kegunaan mereka.

BN Keningau percaya, jika belia diberi sokongan dan peralatan yang betul, mereka boleh menjadi penggerak ekonomi kampung.
Teruskan usaha anak-anak muda — kami sentiasa di belakang kalian!!!








Gangguan air bukan perkara kecil bila menyentuh keperluan keluarga. Atas keprihatinan itu, Datuk Nik Mohd Nadzri  menyum...
11/10/2025

Gangguan air bukan perkara kecil bila menyentuh keperluan keluarga. Atas keprihatinan itu, Datuk Nik Mohd Nadzri menyumbangkan sebuah tangki air yang telah diserahkan kepada wakil penduduk. Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya melalui wakil Encik Jois Firdaus Juan, sebagai ikhtiar untuk menyimpan bekalan air dengan lebih baik. Semoga usaha kecil ini meringankan beban beliau .




Address

Keningau
89000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNOKeningau Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share