π—£π—˜π—π—”π—•π—”π—§ 𝗣𝗔π—₯π—’π—Ÿ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—£π—˜π——π—”π—Ÿπ—”π— π—”π—‘ 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

  • Home
  • Malaysia
  • Keningau
  • π—£π—˜π—π—”π—•π—”π—§ 𝗣𝗔π—₯π—’π—Ÿ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—£π—˜π——π—”π—Ÿπ—”π— π—”π—‘ 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

π—£π—˜π—π—”π—•π—”π—§ 𝗣𝗔π—₯π—’π—Ÿ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—£π—˜π——π—”π—Ÿπ—”π— π—”π—‘ 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 Perkhidmatan Parol Dan Komuniti

PROGRAM PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH DAN PARAS GULA DALAM DARAH PERCUMA ODP, OBB DAN WARGA KERJA PPD PEDALAMAN KENINGAUProg...
07/02/2026

PROGRAM PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH DAN PARAS GULA DALAM DARAH PERCUMA ODP, OBB DAN WARGA KERJA PPD PEDALAMAN KENINGAU

Program pemeriksaan kesihatan ini dilaksanakan sebagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan Orang Diparol (ODP), Orang Bebas Berlesen (OBB) serta warga kerja Pejabat Parol Daerah (PPD) Pedalaman Keningau. Pemeriksaan yang dijalankan memberi fokus kepada tekanan darah dan paras gula dalam darah bagi mengesan risiko penyakit tidak berjangkit pada peringkat awal.

Program ini Memberi peluang kepada ODP, OBB dan warga kerja menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma.
β€’ Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri.
β€’ Mengesan awal risiko penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis.
β€’ Menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.

Program telah berlansung pada
Tarikh: 06 Februari 2026
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Pejabat Parol Daerah Pedalaman Keningau
Sasaran: ODP, OBB dan Warga Kerja PPD Pedalaman Keningau
Penganjur: PMG Pharmacy Sdn. Bhd. (Keningau Tapikong)

Program dilaksanakan melalui kaunter pemeriksaan kesihatan yang menyediakan:
β€’ Pemeriksaan tekanan darah
β€’ Pemeriksaan paras gula dalam darah
β€’ Khidmat nasihat kesihatan ringkas kepada peserta

Pemeriksaan dijalankan oleh petugas daripada PMG Pharmacy Sdn. Bhd. dengan kerjasama pihak PPD Pedalaman Keningau. Peserta hadir secara berperingkat bagi memastikan kelancaran perjalanan program. Setiap peserta turut diberikan penerangan berkaitan bacaan kesihatan serta cadangan penjagaan kesihatan yang bersesuaian.

Program ini mendapat sambutan yang baik daripada ODP, OBB serta warga kerja PPD Pedalaman Keningau. Kehadiran peserta menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat terhadap kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Program ini telah:
β€’ Meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan peserta.
β€’ Membantu mengenal pasti individu berisiko tinggi terhadap penyakit kronik.
β€’ Mengukuhkan hubungan kerjasama antara agensi dan rakan strategik kesihatan.
β€’ Menggalakkan budaya kerja yang lebih sihat dalam organisasi.

Secara keseluruhannya, program pemeriksaan tekanan darah dan paras gula dalam darah percuma ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Semua anggota PPD Pedalaman berada pada tahap kesihatan yang baik.

11.12.2025 || Khamis , Lawatan penanda aras Argo Mas telah diadakan bertempat di Ladang Datuk Yap Yun F**k, Keningau. La...
12/12/2025

11.12.2025 || Khamis , Lawatan penanda aras Argo Mas telah diadakan bertempat di Ladang Datuk Yap Yun F**k, Keningau. Lawatan ini telah diketuai oleh Yang Berbahagia KJP Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia bersama Yang Berbahagia Datuk Zul Hadi Bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi.

Rombongan turut diiringi oleh TKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan WP Labuan serta TKP Hamid Bin Taha, Timbalan Pengarah Bahagian Korekrif (Seksyen Vokasional dan Industri) dan PKP Sirajuddin bin Abdul Majid, Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau.

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan pendedahan berkaitan model pertanian Argo Mas sebagai penanda aras dalam memperkukuh program vokasional dan industri pertanian di institusi pemulihan. Lawatan juga memberi ruang bagi perkongsian strategi pengurusan ladang, peningkatan produktiviti serta peluang kerjasama masa hadapan.

YBhg. Dato’ turut berkesempatan berjumpa dengan ODP seliaan PPD Pedalaman yang bekerja di CSI tersebut, sekaligus meninjau perkembangan disiplin, produktiviti serta keberhasilan program integrasi semula melalui peluang pekerjaan.

KUNJUNGAN HORMAT OLEH LEMBAGA GETAH NEGERI SABAH (LIGS) CAWANGAN KENINGAU KEPADA PEJABAT PAROL DAERAH PEDALAMAN  25.08.2...
25/08/2025

KUNJUNGAN HORMAT OLEH LEMBAGA GETAH NEGERI SABAH (LIGS) CAWANGAN KENINGAU KEPADA PEJABAT PAROL DAERAH PEDALAMAN

25.08.2025 bersamaan hari Isnin telah berlansung Kunjungan Hormat Oleh LEMBAGA INDUSTRI GETAH NEGERI SABAH (LIGS) CAWANGAN KENINGAU KE PEJABAT PAROL DAERAH PEDALAMAN bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Parol Daerah pedalaman.

Satu kunjungan hormat daripada pihak Lembaga Industri Getah Negeri Sabah (LIGS) Cawangan Keningau telah diadakan ke Pejabat Parol Daerah Pedalaman. Kunjungan ini bertujuan untuk membina hubungan kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak serta membincangkan peluang penglibatan Orang Bebas Berlesen (OBB) dalam sektor pekerjaan yang ditawarkan oleh LGNS. Rombongan LIGS Cawangan keningau diketuai oleh Tuan Lawrence Modiun (Pegawai Penguasa KPK LIGS Daerah Keningau) bersama beberapa pegawai yang lain iaitu Tuan Jaldin (Pegawai Penguasa KPK LIGS Tambunan), Puan Martinah John (Pegawai Penguasa USG Pamalan), Tuan Marinus Mathew (Pegawai Penguasa UPG Keningau), Tuan Roslovelexson Solaiman (Pengurus Skim Penempatan Getah Tulid Sook Keningau). Kunjungan tersebut telah disambut baik Oleh KIP Stanley Jumin( Pegawai Parol Daerah Pedalaman).

Antara Objektif Kunjungan adalah :
i. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama rasmi antara LIGS Cawangan Keningau dan Pejabat Parol Daerah Pedalaman.
ii. Membincangkan peluang pekerjaan kepada OBB melalui skim dan program pekerjaan di bawah LIGS.
iii. Mendapatkan persefahaman bersama dalam memastikan program pemulihan dan integrasi sosial OBB lebih berkesan.

Antara Perbincangan Utama :
β€’ LIGS Cawangan Keningau menyatakan kesediaan menerima OBB untuk bekerja di bawah program dan projek getah yang dikendalikan.
β€’ Pejabat Parol Daerah Pedalaman menekankan pentingnya peluang pekerjaan ini sebagai salah satu elemen sokongan pemulihan dan reintegrasi sosial kepada OBB.
β€’ Kedua-dua pihak bersetuju bahawa kerjasama ini memberi manfaat bersama – membantu OBB mendapatkan sumber pendapatan yang sah, serta membantu LIGS mendapatkan tenaga kerja.
β€’ Kesefahaman dicapai untuk mewujudkan saluran komunikasi dan prosedur pelaksanaan pengambilan OBB yang lebih teratur.

Hasil perbincangan dan kata putus :
β€’ Kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan kerjasama pengambilan OBB bekerja bersama LIGS.
β€’ Tindakan susulan akan diselaraskan oleh pegawai yang dilantik dari kedua-dua pihak.
β€’ Kunjungan ditutup dengan persetujuan bahawa program ini akan dijalankan secara berterusan serta dinilai dari masa ke semasa.

Kunjungan hormat ini telah berjaya mencapai tujuan utama iaitu menjalin kerjasama erat antara LIGS Cawangan Keningau dan Pejabat Parol Daerah Pedalaman. Kesepakatan yang dicapai diharapkan dapat memberi manfaat kepada OBB dalam aspek pemulihan dan integrasi ke dalam masyarakat, di samping memberi sokongan kepada pembangunan sektor getah di daerah pedalaman. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan penyerahan cendera kenangan dari kedua-dua pihak.

Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

11/06/2025

PROGRAM PELEPASAN BANDUAN SECARA LESEN β€œKepulangan yang dinanti”




25/05/2025
17/05/2025

Warga Penjara Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Penjara ke-235 kepada seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia

Dengan tema β€œPeradaban Manusiawi Perkukuh Masyarakat Madani”, sambutan ini memberi makna besar dalam memperkukuh peranan institusi pemulihan sebagai agen perubahan sosial. Sesungguhnya, usaha memperadabkan insan melalui pendekatan pemulihan dan reintegrasi adalah tunjang dalam membentuk masyarakat madani yang berakhlak, berilmu dan bertanggungjawab.

Warga Penjara Sabah & WP Labuan komited untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan nilai kemanusiaan, seiring dengan aspirasi negara menuju Malaysia MADANI.

Jabatan Penjara Malaysia
Penjara Pusat Kota Kinabalu
Penjara Lahad Datu
Penjara Tawau Official
Pusat Koreksional Labuan
Penjara Sandakan
Penjara Wanita Kota Kinabalu
Sekolah Henry Gurney Keningau

17/05/2025
24/03/2025
LAPORAN PENYERTAAN PEJABAT PAROL DAN PERKHIDMATAN KOMUNITI DAERAH PEDALAMAN DALAM PROGRAM PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK...
18/02/2025

LAPORAN PENYERTAAN PEJABAT PAROL DAN PERKHIDMATAN KOMUNITI DAERAH PEDALAMAN DALAM PROGRAM PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK (PKB) / MOBILE COMMUNITY SERVICES (MCS) DAERAH TENOM

*A) Tarikh : 15 Februari 2025 (Sabtu)
*Masa :07:00 pagi – 01:00 tengah hari
*Tempat : Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang, Melalap, Tenom.
*Penganjur :Kementerian Kewangan Perbendaharaan Malaysia Sabah

*B) Tarikh :16 Februari 2025 (Ahad)
*Masa : 07:00 pagi – 01:00 tengah hari
*Tempat : Padang Skim Penempatan Getah Kuala Tomani, Tenom
*Penganjur :Kementerian Kewangan Perbendaharaan Malaysia Sabah

*Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Pedalaman* telah mengambil bahagian dalam *Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) / Mobile Community Services (MCS) Daerah Tenom* yang dianjurkan oleh *Kementerian Kewangan Perbendaharaan Malaysia Sabah selama 2 hari di tempat yang berlainan. Tujuan Program ini diadakan adalah bagi memudahkan masyarakat mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi yang strategik terutamanya di kawasan Pedalaman.

Dalam program ini, *Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Pedalaman* turut membuka kaunter bagi menyalurkan maklumat serta taklimat berkaitan perkhidmatan parol terutamanya peranan masyarakat dan pemulihan dalam komuniti. Penyertaan ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan jabatan dalam membantu bekas pesalah kembali ke pangkuan masyarakat.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

13/02/2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. KJP Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak atas pelantikan sebagai Komisioner Jeneral Penjara berkuatkuasa 14 Februari 2025.

Ikhlas daripada Seluruh Warga Jabatan Penjara Malaysia



PROGRAM TOWN HALL - PEMULIHAN DALAM KOMUNITI JABATAN PENJARA MALAYSIA PERINGKAT PENJARA NEGERI SABAH DAN WP LABUAN 2024
18/10/2024

PROGRAM TOWN HALL - PEMULIHAN DALAM KOMUNITI JABATAN PENJARA MALAYSIA PERINGKAT PENJARA NEGERI SABAH DAN WP LABUAN 2024

Address

Keningau
89000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6087332175

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when π—£π—˜π—π—”π—•π—”π—§ 𝗣𝗔π—₯π—’π—Ÿ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—£π—˜π——π—”π—Ÿπ—”π— π—”π—‘ 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to π—£π—˜π—π—”π—•π—”π—§ 𝗣𝗔π—₯π—’π—Ÿ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—£π—˜π——π—”π—Ÿπ—”π— π—”π—‘ 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛:

Share