02/10/2025
Kg Seselungon, 2 Oktober 2025 – Suasana penuh muhibbah menyelubungi majlis Sambutan Hari Penaung Gereja Para Malaikat Pelindung K*K Seselungon yang berlangsung hari ini.
Majlis dimulakan dengan Misa Kudus pada jam 10.30 pagi yang dipimpin oleh Rev. Fr. Bede Morti Lamutan, dihadiri oleh YB Datuk Flavia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat merangkap ADUN N44 Tulid sebagai tetamu kehormat.
Turut hadir bersama ialah Tuan Matusin Bowie, Ketua Bahagian PBRS Dun Tulid, yang duduk semeja bersama YB Datuk Flavia meskipun berlainan parti . Simbol keutuhan semangat dan perpaduan masyarakat.
“Dalam politik kita berbeza, namun dalam agama kita bersatu demi iman dan kebersamaan.”
Dalam ucapan beliau, YB Datuk Flavia Ng mengucapkan tahniah kepada penduduk Kg Seselungon kerana berjaya menjayakan majlis ini. Beliau turut memuji semangat kebersamaan hadirin yang hadir walaupun berlainan latar belakang politik.
Menariknya, YB Datuk Flovia turut memberi respon positif terhadap permintaan penduduk kampung yang memohon bantuan dari Yb Datuk Flovia membina Goroto serta peralatan dapur Gereja Katolik Kg Seselungon. “Saya jarang berjanji tetapi saya akan mengusahakan sedaya mungkin demi kebaikan bersama,” ujar YB Datuk Flovia Ng.
Majlis dimeriahkan lagi dengan cabutan tiket bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik, sekali gus menambahkan keceriaan kepada para hadirin.
Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi itu turut dihadiri oleh Tuan Casmir Silip, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), pegawai UPPM Dun Tulid, ketua kampung, JKKK serta orang ramai. Majlis berakhir lebih kurang pada jam 5 petang.
�
“Semoga penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi wadah penyatuan, tetapi juga mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat, memperkukuh semangat perpaduan tanpa mengira perbezaan politik, serta membawa berkat dan kesejahteraan kepada seluruh komuniti Kampung Seselungon.”