Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau

Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau Unit Promosi Kesihatan Mulut (UPKM)
Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN KAWASAN KENINGAU

Assalamualaikum, salam sejahtera.Jemputan utk menyertai sesi CDE Peringkat Negeri Bilangan 4/2026 anjuran Pejabat Kesiha...
15/05/2026

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Jemputan utk menyertai sesi CDE Peringkat Negeri Bilangan 4/2026 anjuran Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau pada ketetapan berikut:

Tarikh: 15.05.2026 (Jumaat)
Masa: 2.00-4.00 pm
Moderator/Pengacara Majlis: DR. AHMAD ABID ARFAN BIN AHMAD RAFIZAN
Mod: Secara dalam talian
(meet.google.com/bsd-jtmp-hfj)

CDE 1:
๐Ÿ“•Kesihatan Minda: Burnt Out Bukan Lemah - Kenali, Kendali dan Pulih
๐Ÿ“•Penceramah: Puan Nurul Nazwanie Nasywa Binti Ahmad Zain (Pegawai Psikologi Kaunseling)
๐Ÿ“• 2.00-3.00pm

CDE 2:
๐Ÿ“—From Design and Development Research to Practice
๐Ÿ“—Penceramah: Dr. Nizamuddin Bin Pardan (Pakar Pergigian Kesihatan Awam)
๐Ÿ“—3.00-4.00 pm

Jangan lupa join, semua!

๐Ÿฆทโœจ JOM SERTAI KAMI SEMPENA HARI KESIHATAN ORTODONTIK SEDUNIA 2026! โœจ๐ŸฆทTahukah anda, rawatan ortodontik bukan sekadar untu...
12/05/2026

๐Ÿฆทโœจ JOM SERTAI KAMI SEMPENA HARI KESIHATAN ORTODONTIK SEDUNIA 2026! โœจ๐Ÿฆท

Tahukah anda, rawatan ortodontik bukan sekadar untuk mendapatkan gigi yang lurus, tetapi juga membantu meningkatkan kesihatan mulut, fungsi gigitan serta keyakinan diri ๐Ÿ˜

๐Ÿ“ฃ Unit Ortodontik Klinik Pergigian Keningau akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sempena sambutan Hari Kesihatan Ortodontik Sedunia 2026.

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 15 Mei 2026
๐Ÿ•— Masa:
โ€ข 8.00 pagi โ€“ 11.30 pagi
โ€ข 2.00 petang โ€“ 4.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Ruang Menunggu Klinik Pergigian Keningau

๐ŸŽ‰ Antara aktiviti yang disediakan:
๐Ÿ—ฃ Ceramah kesihatan ortodontik
๐Ÿ–ผ Pameran pendidikan
๐Ÿงฉ Permainan puzzle
๐Ÿ”Ž Cari benda tersembunyi dalam gambar
โœ๏ธ Peraduan teka silang kata (untuk staf sahaja)

๐ŸŽ Pelbagai hadiah menarik menanti para peserta!

๐Ÿ“Œ Tema sambutan tahun ini:
โ€œBeyond Straight Teethโ€


Ayuh datang beramai-ramai dan tambah pengetahuan anda tentang kesihatan ortodontik dalam suasana santai dan menyeronokkan ๐Ÿ’™








30/04/2026

"๐”๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐Ÿ”๐ŸŽ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง, ๐Œ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐€๐๐š ๐Ÿ๐ŸŽ ๐†๐ข๐ ๐ข? ๐๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐๐š๐ก ๐Š๐š๐ฅ๐š๐ฎ ๐Š๐ข๐ญ๐š ๐‰๐š๐ ๐š!" ๐Ÿคฉ

Bah warga Facebook, mari kita sama-sama sahut seruan Kempen 6020. Bukan saja untuk nampak cantik bila senyum, tapi supaya senang kita mahu makan dan bercakap bila sudah berumur nanti.

Jangan lupa tips dalam poster ini:
โœ… Rajin berus gigi 2 kali sehari.
โœ… Makan makanan seimbang.
โœ… Paling penting, jangan skip temujanji dengan doktor gigi!

"๐ˆ๐ง๐ ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข๐ฃ๐š๐๐ข, ๐ˆ๐ง๐ ๐š๐ญ ๐ƒ๐จ๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐†๐ข๐ ๐ข"

Kredit & Penghargaan:
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Dr. Hanis Zulaikha binti Zulkefli daripada Klinik Pergigian Keningau atas penyediaan infografik yang sangat bermanfaat ini.

28/04/2026

Bah, masih boleh kunyah wajid ka tu? ๐Ÿ˜

Tiada yang lebih nikmat selain dapat makan bersama yang tersayang di usia tua. Tapi, semua tu perlukan gigi yang kuat dan sihat!

Ingat formula ni: Umur 60 Tahun pastikan ada 20 batang gigi asli. Kalau cukup gigi, senyuman pun 'lawa', makan apa pun tiada masalah. Mari kita jaga gigi kita dari sekarang supaya hari tua nanti tetap 'mantap'!

๐Ÿ“ Pesanan ikhlas daripada Bahagian Kesihatan Pergigian Sabah.

kredit : Klinik Pergigian Tenom

28/04/2026

๐Ÿฆท ๐ˆ๐๐…๐Ž ๐๐„๐๐“๐ˆ๐๐† ๐”๐๐“๐”๐Š ๐ˆ๐๐” & ๐’๐ˆ ๐Œ๐€๐๐‰๐€! ๐Ÿ‘ถโœจ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Klinik Pergigian Tambunan atas perkongsian infografik yang sangat bermanfaat ini! ๐Ÿ‘

Penjagaan kesihatan pergigian bermula dari rumah, dan sebagai ibu, ilmu ini sangat penting untuk memastikan senyuman si kecil kekal sihat sehingga dewasa.

Antara 5 perkara utama yang dikongsikan:

Pembentukan Gigi: Menyusu badan membantu gigi bayi tumbuh dengan lebih tersusun.

Kurangkan Risiko Karies: Mengurangkan risiko lubang gigi akibat penggunaan botol susu.

Kebersihan Tetap Utama: Walaupun menyusu badan, gusi dan lidah bayi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 2x sehari.

Awas Jangkitan Bakteri: Bakteria Mutan Streptococci boleh berjangkit! Elakkan berkongsi sudu atau makanan dengan anak.

Self-Love (Sayangi Diri): Ibu yang tenang dan menjaga kebersihan mulut dapat mengelakkan masalah bruxism (tabiat menggeser gigi).

Mari kita sama-sama praktikkan tip ini demi kesihatan keluarga kita. Jangan lupa untuk jadikan pemeriksaan gigi secara berkala sebagai rutin! ๐Ÿฆท๐Ÿชฅ

10/04/2026

๐Ÿฆท โ€œGigi sendiri lagi ngam dari gigi palsuโ€

Tahukah anda? Menjelang umur 60 tahun, kita disarankan mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi asli ๐Ÿ’ช

Gigi asli bukan sahaja lebih kuat, malah lebih selesa dan membantu kita menikmati makanan dengan lebih baik berbanding gigi palsu. Jadi, jagalah kesihatan gigi anda dari sekarang!

โœ… Amalkan memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
โœ… Kurangkan makanan dan minuman bergula
โœ… Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala

Cegah awal, kekalkan senyuman sihat sepanjang hayat! ๐Ÿ˜

๐Ÿ“Œ Kredit & penghargaan:
Pejabat Pergigian Kawasan Keningau / Klinik Pergigian Sook

Salam TakziahSeluruh warga Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga ...
08/04/2026

Salam Takziah

Seluruh warga Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Siti Noor Aisah binti Mohd Jiman, Juruterapi Pergigian di Klinik Pergigian Keningau, yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 April 2026 bersamaan 19 Syawal 1447H.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar kepada kami semua. Sepanjang perkhidmatan beliau, Allahyarhamah dikenali sebagai seorang yang berdedikasi, komited serta sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan masyarakat.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga keluarga Allahyarhamah diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga
Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau

Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2026! โœจTiada kesihatan tanpa kesihatan pergigian! ๐Ÿฆท
07/04/2026

Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2026! โœจ

Tiada kesihatan tanpa kesihatan pergigian! ๐Ÿฆท

๐ŸŒ HARI KESIHATAN SEDUNIA 2026

๐Ÿ“… Disambut pada 7 April setiap tahun
๐Ÿ’ก Tahukah anda?

๐Ÿฆท Penyakit gusi boleh meningkatkan risiko strok sehingga 2โ€“3 kali ganda.

๐Ÿฆท Pesakit diabetes mempunyai 3 kali ganda risiko penyakit periodontal (penyakit gusi).

๐Ÿฆท Rawatan penyakit gusi membantu mengawal paras gula dalam darah dengan lebih baik.

โœ… Jom periksa gigi anda!
Kesihatan mulut yang baik adalah kunci kepada kesihatan badan secara menyeluruh.

โœจ Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian




๐Ÿ“Œ Kredit:
Dr. Ani Atiqah Binti Muslim
Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau

30/03/2026

๐ŸŽ–๏ธ Setinggi-tinggi Tahniah! ๐ŸŽ–๏ธ

YBhg. Datuk Dr. William Gotulis
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah

atas penganugerahan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.) yang membawa gelaran "Datuk" sempena sambutan Hari Jadi Rasmi yang ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke -11 pada 30 Mac 2026.

Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna atas kepimpinan, dedikasi dan sumbangan besar YBhg. Datuk Dr. William Gotulis dalam memperkasa sistem kesihatan di Negeri Sabah.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

๐Ÿฆท SENYUM SIHAT SEPANJANG HAYAT ๐Ÿ˜„Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau menjemput anda semua bersama-sama menyambut...
27/03/2026

๐Ÿฆท SENYUM SIHAT SEPANJANG HAYAT ๐Ÿ˜„

Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau menjemput anda semua bersama-sama menyambut Bulan Kesedaran Kanser Mulut Sedunia bersama-sama!

Jom dapatkan pemeriksaan gigi secara PERCUMA dan mengetahui status terkini kesihatan pergigian anda.

Ikuti aktiviti menarik seperti permainan interaktif, pameran pergigian dan dapatkan info terkini tentang kesihatan gigi dan mulut serta tanda-tanda awal dan cara pencegahan Kanser Mulut โ€ผ๏ธ๐Ÿ‘„๐Ÿฆท

Jumpa anda pada :

๐Ÿ—“๏ธ 28 Mac 2026, Sabtu
โฐ 4.00 petang - 8.00 malam
๐Ÿ“Perkarangan Pasar Malam Keningau

JUMPA ANDA DI SANA โœจ

Address

PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN KAWASAN KENINGAU
Keningau
89000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share