Persiap Pusat Koreksional Kamunting - KEMTA

Persiap Pusat Koreksional Kamunting - KEMTA INFO DAN AKTIVITI PERSATUAN ISTERI ANAK-ANAK DAN ANGGOTA PENJARA (PERSIAP)

MAJLIS HI TEA PERSIAP PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTINGTARIKH: 30 JANUARI 2026 (JUMAAT)MASA: 3.00 -6.00 PETANGTEMPAT: HOTEL WA...
03/02/2026

MAJLIS HI TEA PERSIAP
PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING
TARIKH: 30 JANUARI 2026 (JUMAAT)
MASA: 3.00 -6.00 PETANG
TEMPAT: HOTEL WARISAN TAIPING
TEMA: DENIM

Majlis Hi Tea PERSIAP PK Kamunting telah diadakan pada 30 Januari 2026 bertempat di Hotel Warisan Taiping. Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Pengerusi PERSIAP, Puan Sandrigah, dan turut dihadiri oleh Puan Rosyanti, Naib Pengerusi II.

Penganjuran majlis ini bertujuan mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan ahli PERSIAP PK Kamunting. Majlis berlangsung dalam suasana mesra dan lancar dengan pengisian yang bermanfaat kepada semua yang hadir.

PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA PERSIAP PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTINGTARIKH: 15 JANUARI 2026MASA: 5.00 PETANGTEMPAT: GELANGG...
03/02/2026

PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA PERSIAP PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING
TARIKH: 15 JANUARI 2026
MASA: 5.00 PETANG
TEMPAT: GELANGGANG BOLA TAMPAR PK KAMUNTING

Pada 15 Januari lalu telah berlangsung Perlawanan Bola Tampar Wanita melibatkan pasukan PERSIAP PKK menentang pasukan campuran Unit Pentadbiran dan anggota PKK.

Perlawanan yang dianjurkan ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat, di samping mengukuhkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan dalam kalangan warga PKK. Kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi yang penuh bertenaga serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung.

Pertandingan berlangsung dengan sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas mata, sekali gus menceriakan suasana gelanggang dengan sorakan dan sokongan padu daripada para penonton. Keputusan akhir menyaksikan pasukan PERSIAP PKK berjaya merangkul kemenangan dengan keputusan 3 perlawanan berbalas 2.

Sebagai penghargaan, majlis penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang telah disempurnakan oleh Pn. Rosyanti binti Abd. Rahman, Naib Pengerusi PERSIAP II. Penganjuran perlawanan ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu medium untuk megeratkan hubungan dan menyemarakkan aktiviti sukan dalam kalangan warga Pusat Koreksional Kamunting.

HARI KELUARGA PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING 2025TARIKH: 6 & 7 DISEMBER 2025TEMPAT: KELAB GOLF PK KAMUNTINGProgram Hari Kel...
03/02/2026

HARI KELUARGA PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING 2025
TARIKH: 6 & 7 DISEMBER 2025
TEMPAT: KELAB GOLF PK KAMUNTING

Program Hari Keluarga Pusat Koreksional Kamunting 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 6 dan 7 Disember 2025 bertempat di Kelab Golf Pusat Koreksional Kamunting.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli Persiap melalui pelaksanaan aktiviti bercorak kekeluargaan.

Ziarah Lawatan Kebajikan oleh PERSIAPPusat Koreksional KamuntingPihak PERSIAP Pusat Koreksional Kamunting telah mengadak...
03/02/2026

Ziarah Lawatan Kebajikan oleh PERSIAP
Pusat Koreksional Kamunting

Pihak PERSIAP Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan ziarah lawatan kebajikan ke atas Sjn Dzaliha yang telah selesai menjalani pembedahan di Hospital Taiping. Semoga beliau diberikan kesembuhan yang sempurna dan dipermudahkan segala urusan.

Dalam ziarah yang sama, turut menziarahi isteri Insp. Rizal sempena kelahiran cahaya mata ke-3. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan, semoga keluarga ini sentiasa dilimpahi rahmat dan kebahagiaan.

ZIARAH KEMATIAN DAN PENYERAHAN SUMBANGAN Pihak Persiap Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan ziarah kematian sert...
03/02/2026

ZIARAH KEMATIAN DAN PENYERAHAN SUMBANGAN

Pihak Persiap Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan ziarah kematian serta penyerahan sumbangan kepada Puan Farahiyah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada warga kerja yang berdepan dengan kehilangan ahli keluarga tercinta.

Salam takziah diucapkan kepada Puan Farahiyah dan keluarga. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2025ANJURAN SURAU AS SYAKIRIN PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING25 SEPTEMBER 2025 Pada 25 September 2025...
03/02/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2025
ANJURAN SURAU AS SYAKIRIN PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING
25 SEPTEMBER 2025

Pada 25 September 2025 (Khamis), telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran anjuran Jawatankuasa Surau As-Syakirin, Pusat Koreksional Kamunting. Seramai lima (5) peserta telah berjaya menyempurnakan khatam Al-Quran di bawah bimbingan Ustazah Fauziah selaku tenaga pengajian Al-Quran.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, PP Mohd Hidayat bin Ismail, yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Surau As-Syakirin, bersama pegawai kanan, ibu bapa serta anak-anak warga Pusat Koreksional Kamunting.
Acara dimulakan dengan persembahan nasyid, diikuti dengan majlis khatam Al-Quran serta penyampaian sijil kepada para peserta.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta serta pihak penganjur atas kejayaan penganjuran program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan secara berterusan di Pusat Koreksional Kamunting dalam melahirkan generasi pewaris bangsa yang celik Al-Quran.

ZIARAH KEBAJIKAN 1. MELAWAT SJN ASMA KERANA SAKIT KANSER2. MELAWAT SJN MARIATI DI RUMAH3. MELAWAT SITI NURMAISARAH BINTI...
03/02/2026

ZIARAH KEBAJIKAN

1. MELAWAT SJN ASMA KERANA SAKIT KANSER
2. MELAWAT SJN MARIATI DI RUMAH
3. MELAWAT SITI NURMAISARAH BINTI RAMLAN ISTERI USTAZ SHAFIQ ATAS KELAHIRAN BABY LELAKI
4. MELAWAT ANAK SJN SAIFUL DI HOSPITAL
5. FATIN FARHANA BINTI MOHD SAID ISTERI KEPADA WDR IKHWAN SYAFIQ
6. SITI HAJAR BINTI MAT RAHIM ISTERI KEPADA KPL MOHAMAD SHAFIQ

PENGAJIAN  FIQH WANITATarikh : 14 Ogos 2025 (Khamis)Masa : 3.30 petangTempat : Rumah PERSIAP Penceramah: Uztaz FairuzPro...
03/02/2026

PENGAJIAN FIQH WANITA

Tarikh : 14 Ogos 2025 (Khamis)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Rumah PERSIAP
Penceramah: Uztaz Fairuz

Program ini bertujuan untuk menambah ilmu agama dan disamping itu mengeratkan silaturrahim sesama ahli.

23/12/2025

Anak-Anak berarak masuk dengan di iringi paluan kompang dan selawat. Selepas Itu di siram dengan air oleh Bomba Taiping dan seterusnya berkhatan bermula. Alhamdulillah semua berjalan lancar. 🤲🏻

MAJLIS BERKHATAN PERSIAP PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTINGDENGAN KERJASAMA SURAU AS-SYAKIRINMajlis Berkhatan Persiap Pusat Kor...
22/12/2025

MAJLIS BERKHATAN PERSIAP
PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING
DENGAN KERJASAMA SURAU AS-SYAKIRIN

Majlis Berkhatan Persiap Pusat Koreksional Kamunting telah berjaya dilaksanakan pada 22 Disember 2025 (Isnin) bertempat di Hospital Taiping. Program ini melibatkan seramai 11 orang anak-anak Persiap/kakitangan. Selesai berkhatan, semua anak-anak di tempatkan di rumah rehat Pusat Koreksional Kamunting dan akan bermalam selama 1 hari.

Program ini dianjurkan dengan objektif seperti berikut:
1. Menjaga kebajikan dan kesihatan diri.
2. Memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang kepentingan kebersihan diri.
3. Membantu ibu bapa dalam menguruskan keperluan berkhatan anak-anak mereka.

Majlis telah berlangsung dengan lancar dan teratur hasil kerjasama yang baik daripada pihak Hospital Taiping, pihak Persiap, Surau As-Syakirin serta sokongan padu daripada ibu bapa. Pihak Persiap merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

PROGRAM COLOUR THEORY & BASIC COLOUR ANALYSIS ANJURAN PERSIAP PENJARA TAPAH.TARIKH: 11.12.2025 KHAMISMASA: 8.30 PAGITEMP...
11/12/2025

PROGRAM COLOUR THEORY & BASIC COLOUR ANALYSIS ANJURAN PERSIAP PENJARA TAPAH.

TARIKH: 11.12.2025 KHAMIS
MASA: 8.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN BUDIMAN PENJARA TAPAH

Terima kasih kepada penceramah jemputan, Pn. Waheeda Amyru binti Mustafa dari Maesue Academy, atas perkongsian ilmu mengenai teori warna, pemilihan warna yang tepat, serta asas analisis warna diri. Program ini sangat membantu meningkatkan keyakinan dan pengetahuan peserta dalam aspek penampilan dan personal branding."

PROGRAM LAWATAN KE KEDAH29.11.2025 SABTUProgram lawatan ini terdiri dari ahli dan anak-anak PERSIAP Pusat Koreksional Ka...
11/12/2025

PROGRAM LAWATAN KE KEDAH
29.11.2025 SABTU

Program lawatan ini terdiri dari ahli dan anak-anak PERSIAP Pusat Koreksional Kamunting.

Secara keseluruhannya, lawatan ini juga telah membuka ruang kepada ahli PERSIAP untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah dan budaya yang terdapat di Negeri Kedah, di samping mengeratkan ukhwah serta semangat kerjasama antara ahli.

Address

Kemunting

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persiap Pusat Koreksional Kamunting - KEMTA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share