23/05/2022
DAPSY gesa Perdana Menteri henti pelaksanaan polisi tidak masuk akal, beri tumpuan kepada isu kekurangan bekalan makanan
Daniel Sor Wai Kit, Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAP Negeri Johor merangkap Ketua DAPSY cawanagn Pulai, menggesa Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob segera menghentikan pelbagai polisi yang tidak masuk akal, dan memberi tumpuan kepada isu kekurangan bekalan makanan yang semakin memburuk.
Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob telah mencadangkan pindaan undang-undang melalui perkhabaran media bagi mengenakan tindakan terhadap pihak-pihak yang ingkar menggunakan bahasa Melayu secara betul. Ismail berkata demikian susulan mendapati terdapat papan tanda, papan jalan, ataupun nama kawasan perumahan yang bukan dalam bentuk tulisan Bahasa Melayu. Ismail dijangka mengumumkan dasar terperinci dalam masa terdekat.
Disebabkan oleh perang Rusia-Ukraine, kekurangan bekalan gandum menyebabkan krisis makanan di seluruh dunia, pada masa yang sama menyebabkan peningkatan mendadak harga gandum serta jagung. Hal ini menyebabkan kenaikan harga pelbagai makanan di Malaysia, kata Sor.
Susulan kekurangan bekalan dan kenaikan mendadak harga gandum, barangan mentah seperti daging dan sayur turut menghadapi masalah kekurangan. Sor berkata fenomena ini menghantui kehidupan rakyat.
“Ismail bukan sahaja tidak membentangkan polisi bagi menyelesaikan krisis makanan, malah memberi fokus kepada polisi yang tidak mendesak, dan terus menzalimi rakyat yang semakin hari dihimpit kesempitan ekonomi.
“Sebanyak 80 peratus gandum diimport dari Australia, dan sumber yang lain termasuk Kanada dan Ukraine. Walaubagaimanapun, harga gandum mendadak di Malaysia susulan larangan India untuk mengeksport gandum, maka rantaian bekalan turut dipengaruhi,” katanya lagi.
Sor menyaran Ismail supaya segerakan penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Krisis yang diketuai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk menstabilkan harga makanan seperti gandum, daging dan sebagainya. Sor juga menggesa Ismail untuk membantu rakyat yang dilanda kesempitan kewangan dengan mengelakkan kenaikan harga barang.
Sor Wai Kit
Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAP Negeri Johor
Ketua DAPSY cawanagn Pulai