AADK Daerah Kemaman

AADK Daerah Kemaman Goverment Organisation

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang ...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Raja Permaisuri Agong, dan terus dikurniakan kebijaksanaan dalam memayungi rakyat serta memimpin negara dengan penuh kedaulatan dan kemakmuran.

Sembah takzim daripada
Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga
Agensi Antidadah Kebangsaan

Shamsul Anuar Nasarah





31/05/2026

Hari Wesak adalah masa untuk kita meraikan sinar kedamaian dan menyucikan hati daripada segala kekeruhan yang membebani hidup.

Keindahan sebenar hari ini terletak pada keupayaan kita mengawal diri dan mencari ketenangan abadi tanpa perlu mengejar keseronokan yang sia-sia.

Keamanan hidup yang sebenar hanya akan dirasai apabila jiwa kita merdeka sepenuhnya, tanpa perlu bergantung kepada sebarang sokongan luar yang nampak menenangkan namun sebenarnya merantai kebebasan diri dan mengaburkan jalan pulang.

Mari hargai sinar kehidupan dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang. Selamat menyambut Hari Wesak buat semua yang merayakannya.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



31/05/2026

Emosi anak yang ceria dan stabil ni memang penting sangat dalam bab nak bentuk perangai dan jati diri. Kalau anak-anak pandai kawal rasa, mereka akan jadi lebih berani dan yakin diri.

Bila emosi anak dah bagus dan tak buat hal, mak ayah pun tak payah pening nak uruskan hal harian mereka. Nak siapkan kerja rumah ke, nak keluar beli barang ke, nak bersantai ke, semua jadi mudah dan tak ada drama yang melampau.

Betul tak? Rumah pun jadi tenang, takde la asyik nak marah-marah je. Keluarga pun bahagia je.

Jom kongsi tips didikan yang anda guna kat rumah.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



31/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2026

Selamat Menyambut Hari Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak serta semua yang meraikannya.

Sambutan yang penuh warna-warni adat, budaya dan tradisi ini merupakan lambang kekayaan warisan yang menjadi kebanggaan negara serta mencerminkan keindahan kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Sempena pesta menuai yang diraikan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian dan rezeki yang dikurniakan.

Semoga nilai kesyukuran, perpaduan dan kebersamaan yang dizahirkan melalui perayaan ini terus mekar dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ikhlas daripada Dato’ Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan.



Shamsul Anuar Nasarah





Daripada Aisyah RA  bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahr (Aidiladha) yang lebih dic...
29/05/2026

Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai Allah SWT daripada menumpahkan darah (sembelihan korban)."
(Riwayat al-Tirmidzi: 1493)

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati makna pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang menjadi teras ibadah korban.

Aidiladha mendidik kita tentang nilai pengorbanan yang tulus, keinsafan dalam kehidupan serta kepentingan membantu dan menyantuni sesama insan.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan

29/05/2026

Masa depan kita dipertaruhkan! Jangan biarkan musibah dadah sintetik merosakkan keharmonian kejiranan anda.

Anda mempunyai kuasa untuk memilih. Setiap ahli komuniti perlu bijak menilai. ‘Adakah kita memilih manfaat, atau musibah?’ Keputusan anda hari ini menentukan kualiti hidup kita esok.

Tunjukkan semangat perpaduan! Jadilah pemimpin dalam komuniti anda dengan meningkatkan Kesedaran dan Pengetahuan. Dapatkan fakta sahih dari sumber rasmi AADK, kerana ilmu adalah pelindung terbaik rezeki dan keluarga kita.

Kita lindungi Komuniti, kita jaga Rezeki. Mari kita buktikan kita adalah komuniti yang kuat!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



29/05/2026
29/05/2026

Address

Tingkat 3 Bangunan Persekutuan Kemaman
Kemaman
24000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6098594643

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Daerah Kemaman:

Share