Pejabat Agama Daerah Kemaman

Pejabat Agama Daerah Kemaman Community organisation

15/06/2026

๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿ—ฃ๏ธ MAKLUMAN TERKINI ๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿ—ฃ๏ธ๐Ÿ—ฃ๏ธ

Pemohon-pemohon yang berjaya disenarai pendek untuk jawatan
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S5,
Surat panggilan temu duga telah dihantar melalui email yang didaftarkan.

Maklumat lanjut sila layari https://spn.terengganu.gov.my

KENYATAAN RASMI PENGURUSAN MASJID SULTAN AHMAD, CHUKAI (MASJID DAERAH) BERHUBUNG ISU YANG TULAR
15/06/2026

KENYATAAN RASMI PENGURUSAN MASJID SULTAN AHMAD, CHUKAI (MASJID DAERAH) BERHUBUNG ISU YANG TULAR

MAKLUMAN RASMI

Pihak Pengurusan Masjid Sultan Ahmad (MSA), Cukai ingin memaklumkan bahawa hasil penelitian dan semakan rakaman CCTV mendapati individu yang dikaitkan dengan isu yang tular baru-baru ini bukan daripada kalangan pegawai, ahli jawatankuasa atau petugas masjid.

MSA menegaskan bahawa masjid sentiasa terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia untuk beribadah, menuntut ilmu dan menyertai program yang dianjurkan.

Kami menghargai segala pandangan dan keprihatinan masyarakat serta komited untuk terus menambah baik kemudahan dan suasana masjid demi keselesaan, keselamatan dan keharmonian semua jemaah.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

Pengerusi
Jawatakuasa Masjid Sultan Ahmad (MSA),
Cukai, Kemaman
15 Jun 2026 | 29 Zulhijjah 1447H

15/06/2026

Kelas Pengajian Tafaqquh Fiddin
PAD Kemaman
๐Ÿ“— Matla' Al Badrain Wa Majma' Al Bahrain
๐Ÿ‘ณ Al Fadhil Ustaz Naim Al Yamani

๐—ง๐—”๐—ž๐—ช๐—œ๐—  ๐—›๐—œ๐—๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ž๐—ง๐—จ ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐— ๐—”๐—กMuat turun melalui pautan berikut : go.my/TAKWIM1448HCETA...
14/06/2026

๐—ง๐—”๐—ž๐—ช๐—œ๐—  ๐—›๐—œ๐—๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ž๐—ง๐—จ ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—œ๐— ๐—”๐—ก

Muat turun melalui pautan berikut :
go.my/TAKWIM1448H

CETAKAN ADALAH TERHAD

INTIPATI TEKS KHUTBAH JUMAAT TERBITAN JHEAT HARI INI (SIRI 24/2026)JUMAAT | 26 ZULHIJJAH 1447H | 12 JUN 2026Tajuk : "๐™„๐™จ๐™ฉ...
12/06/2026

INTIPATI TEKS KHUTBAH JUMAAT TERBITAN JHEAT HARI INI (SIRI 24/2026)

JUMAAT | 26 ZULHIJJAH 1447H | 12 JUN 2026

Tajuk : "๐™„๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™ฆ๐™–๐™ข๐™–๐™ ๐˜ฟ๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™š๐™Ÿ๐™–๐™ง ๐™ƒ๐™ช๐™จ๐™ฃ๐™ช๐™ก ๐™†๐™๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ข๐™–๐™"

Terbitan : Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)

Khutbah Jumaat minggu ini membincangkan kepentingan โ€œIstiqamah Dalam Mengejar Husnul Khatimahโ€ kerana walaupun setiap manusia pasti akan menemui kematian, namun yang menjadi cita-cita setiap mukmin ialah mengakhiri kehidupan dalam keadaan beriman dan diredai oleh Allah SWT. Justeru, umat Islam diperintahkan agar memelihara ketakwaan dan keislaman sehingga ke akhir hayat kerana husnul khatimah merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan Allah kepada hamba-Nya.

Khutbah turut menjelaskan bahawa hakikat istiqamah ialah keteguhan dalam berpegang kepada akidah yang benar, melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya secara berterusan. Untuk mencapai istiqamah dan husnul khatimah, umat Islam disaran berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah, bersikap sederhana dalam beragama, menjauhi kezaliman dan kemaksiatan, melazimi amalan soleh walaupun sedikit namun berterusan, sentiasa memohon keteguhan hati daripada Allah SWT serta segera bertaubat apabila melakukan dosa.

Pada penghujung khutbah, jemaah diajak bermuhasabah sempena berakhirnya tahun 1447H dan sempena ketibaan tahun baharu 1448H. Peredaran masa yang pantas mengingatkan manusia bahawa usia semakin berkurang dan peluang beramal semakin singkat. Oleh itu, setiap Muslim hendaklah menilai kembali amalan sepanjang tahun, memperbaiki kelemahan, memperbanyakkan taubat serta memperkukuhkan azam untuk terus istiqamah dalam ketaatan agar dikurniakan pengakhiran hidup yang baik, keamanan dalam masyarakat serta kejayaan di dunia dan akhirat.

๐ŸŒŸ Nak dapatkan Sijil Halal Malaysia buat kali pertama? Inilah peluang anda!Berita baik untuk usahawan mikro dan kecil ba...
11/06/2026

๐ŸŒŸ Nak dapatkan Sijil Halal Malaysia buat kali pertama? Inilah peluang anda!

Berita baik untuk usahawan mikro dan kecil bagi skim produk makanan/ minuman dan premis makanan! Kini anda boleh memohon Pensijilan Halal Malaysia TANPA BAYARAN FI PENSIJILAN melalui Promosi Pengecualian Bayaran Fi Pensijilan Halal Kali Pertama (PBKP).

โœ”๏ธ Percuma fi pensijilan halal kali pertama
โœ”๏ธBimbingan teknikal dan dokumentasi lengkap
โœ”๏ธ Membantu meningkatkan kepercayaan pelanggan
โœ”๏ธ Memperluaskan peluang pasaran perniagaan

โณ Jangan tunggu sehingga saat akhir!

๐Ÿ“… 1 Jun 2026 hingga 30 November 2026

Jom tingkatkan kredibiliti dan potensi perniagaan anda dengan Pensijilan Halal Malaysia.

๐ŸŒŸ *Nak dapatkan Sijil Halal Malaysia buat kali pertama? Inilah peluang anda!*

Berita baik untuk usahawan mikro dan kecil bagi skim *produk makanan/minuman* dan *premis makanan!* Kini anda boleh memohon Pensijilan Halal Malaysia *TANPA BAYARAN FI PENSIJILAN* melalui Promosi Pengecualian Bayaran Fi Pensijilan Halal Kali Pertama (PBKP).

โœ”๏ธ Percuma fi pensijilan halal kali pertama
โœ”๏ธBimbingan teknikal dan dokumentasi lengkap
โœ”๏ธ Membantu meningkatkan kepercayaan pelanggan
โœ”๏ธ Memperluaskan peluang pasaran perniagaan

โณ Jangan tunggu sehingga saat akhir!

๐Ÿ“… *1 Jun 2026 hingga 30 November 2026*

Jom tingkatkan kredibiliti dan potensi perniagaan anda dengan Pensijilan Halal Malaysia.

๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ญ๐—ž๐—œ๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ ๐—œ๐—ก๐—œ๐Ÿ—“๏ธ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต            : ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ     ๐—ง๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ธ              : ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก     ๐—ฃ...
11/06/2026

๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ญ๐—ž๐—œ๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ ๐—œ๐—ก๐—œ

๐Ÿ—“๏ธ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต : ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐—ง๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ธ : ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ต : ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ญ๐—”๐—› ๐—ก๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—ก๐—”๐—ญ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—œ๐—ก๐—ง๐—œ
๐—ฆ๐—”๐—•๐—ฅ๐—œ

10/06/2026

๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐…๐€๐“๐–๐€ ๐Š๐Ž๐๐“๐„๐Œ๐๐Ž๐‘๐€๐‘๐ˆ : ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐’๐Š๐ˆ๐‹๐‹ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐”๐€๐‡

Tarikh: 10 Jun 2026 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Masjid Abidin (Masjid Negeri) Kuala Terengganu

Perasmian oleh:
YBM Prof. Dr. Syed Hadzrullathfi Bin Syed Omar
- Dato' M***i Negeri Terengganu

Disampaikan oleh:
Al-Fadil Ustaz Abu Usamah Mohd Hanafiah Bin Tuan Guru Haji Hussin
- Ahli Panel Klinik Hukum Jabatan M***i Negeri Terengganu
- Mudir Markaz Ad-Dirasat Al-Islamiah Kemasik

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir !

Anjuran: Jabatan M***i Negeri Terengganu
Dengan kerjasama: Unit Hal Ehwal Islam Maybank dan Masjid Abidin (Masjid Negeri) Kuala Terengganu

๐Ÿ’โœจ Nak Kahwin? Mulakan Dengan Persediaan Yang Betul! โœจ๐Ÿ’Perkahwinan yang diberkati bermula dengan urusan yang teratur. Pa...
09/06/2026

๐Ÿ’โœจ Nak Kahwin? Mulakan Dengan Persediaan Yang Betul! โœจ๐Ÿ’

Perkahwinan yang diberkati bermula dengan urusan yang teratur. Pastikan permohonan kebenaran berkahwin anda dibuat lebih awal dan semua dokumen sokongan disediakan dengan lengkap bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

1. Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh akad nikah.
2. Lengkapkan permohonan secara atas talian melalui sistem SPPIM.
3. Cetak Borang Permohonan
4. Semak senarai dokumen yang diperlukan mengikut status pemohon.
5. Hantar permohonan ke Kaunter Pejabat Agama Daerah Kemaman

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan?

Hubungi kami di 09-8591262 atau kunjungi terus kaunter Unit Pembangunan Keluarga, Pejabat Agama Daerah Kemaman.

โ€ผ๏ธWASPADA PUNGUTAN KHAIRAT TANPA IZIN! ๐Ÿ“ข Tahukah anda? Setiap pungutan wang bagi tujuan khairat atau agama Islam di nege...
08/06/2026

โ€ผ๏ธWASPADA PUNGUTAN KHAIRAT TANPA IZIN! ๐Ÿ“ข

Tahukah anda? Setiap pungutan wang bagi tujuan khairat atau agama Islam di negeri kita mestilah mempunyai kebenaran sah daripada pihak berkuasa.
Jangan biarkan niat murni anda disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

๐Ÿšซ Hukuman Berat: Melakukan pungutan tanpa izin boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga 2 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Jika anda menjumpai pemungut yang meragukan, hubungi talian di bawah:
๐Ÿ“ž 019-921 0554 / 019-983 0554 (nombor aduan)

Sama-sama kita jaga integriti pengurusan dana umat Islam.

Follow kami di Tiktok : PENGUATKUASA SYARIAH KEMAMAN

Address

PEJABAT AGAMA DAERAH KEMAMAN, Jalan Kemunting
Kemaman
24000CUKAI,

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30

Telephone

+6098591262

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Agama Daerah Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share