RISDA Daerah Kemaman

RISDA Daerah Kemaman Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
---------------------------------
Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA)

πŸ”₯ TAHNIAH PRN TERENGGANU! πŸ”₯Alhamdulillah, pencapaian belian hasil getah skrap dan lateks oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd ...
26/05/2026

πŸ”₯ TAHNIAH PRN TERENGGANU! πŸ”₯

Alhamdulillah, pencapaian belian hasil getah skrap dan lateks oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd (RPSB) bersama RISDA Negeri Terengganu bagi bulan Mei 2026 terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya merekodkan jumlah keseluruhan sebanyak 127,055.66 KG! πŸ’ͺ🏻🌱

Terima kasih kepada semua pekebun kecil, pegawai kawasan dan pihak terlibat yang terus komited dalam menjayakan program belian hasil getah bersama RPSB di seluruh Terengganu. Semoga usaha ini terus memberi manfaat dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil. 🀝

πŸ“Œ Jumlah Belian: 127,055.66 KG
πŸ“… Bulan: Mei 2026



26/05/2026

🌿 *JUALAN GETAH SKRAP SECRA BERKELOMPOK, CATAT HARGA RM5.15/KG DI SETIU*

SETIU, 24 Mei 2026 β€” Usaha berterusan RISDAοΏΌ dalam membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil terus membuahkan hasil menerusi program jualan getah skrap secara berkelompok yang diadakan di Depo Titian Tumus, Setiu.

Program jualan kali ini menyaksikan persaingan sihat melibatkan 9 petender yang membida bekalan getah skrap secara terbuka dan telus. Harga bidaan tertinggi berjaya dicatatkan pada kadar RM5.15/kg, sekali gus memberi pulangan yang memberangsangkan kepada 67 orang pekebun kecil yang terlibat.

Sebanyak 133 beg guni getah skrap berjaya dikumpulkan dengan jumlah berat keseluruhan 8,357.80 kg serta mencatatkan Kandungan Getah Kering (KGK) sebanyak 65%. Kualiti getah yang baik berjaya menghasilkan harga jualan yang lebih bermaruah dengan jumlah nilai keseluruhan bayaran sebanyak RM43,042.67.

Program ini membuktikan bahawa penjagaan kualiti hasil getah mampu meningkatkan nilai jualan serta memberi pulangan lebih baik kepada pekebun kecil. RISDA akan terus komited membantu pekebun kecil mendapatkan akses pemasaran yang lebih tersusun dan kompetitif demi memperkukuhkan ekonomi komuniti luar bandar.

Terima kasih kepada semua pekebun kecil yang terus memberi sokongan dan kepercayaan dalam menjayakan program jualan berkumpulan ini. Semoga usaha berterusan ini mampu meningkatkan lagi pendapatan serta kesejahteraan komuniti pekebun kecil di daerah Setiu.

πŸ“ž Berminat menyertai jualan getah skrap secara berkelompok di Daerah Setiu?
Hubungi Pejabat RISDA Daerah Setiu ditalian : 09-6090081 atau 09-6090082 untuk maklumat lanjut.








TAKLIMAT & LAWATAN PELAKSANAAN AKTIVITI ONBOARDING PEKEBUN KECIL KAMPUNG AIR PUTIH DI KEMAMAN BAGI PENSIJILAN FOREST STE...
11/05/2026

TAKLIMAT & LAWATAN PELAKSANAAN AKTIVITI ONBOARDING PEKEBUN KECIL KAMPUNG AIR PUTIH DI KEMAMAN BAGI PENSIJILAN FOREST STEWARDSHIP COUNCIL (FSC)

Program Taklimat Pensijilan Forest Stewardship Council (FSC) telah berlangsung di Balairaya Kg Teladas, Air Putih bersama pihak CMO dan wakil daripada International Furniture Alliance Sdn Bhd.

Turut hadir pada program ini wakil daripada Bahagian Tanam Semula Ibu Pejabat RISDA, Timbalan Pengarah RISDA Negeri Terengganu, Pegawai RISDA Daerah Kemaman, warga kerja RISDA Daerah, RISDA Plantation Sdn Bhd (RPSB) dan peserta.

Pelaksanaan pensijilan ini dilihat sebagai satu kaedah yang mampan bagi proses pengeluaran kayu getah dengan kaedah pengurusan kayu getah yang lebih bertanggungjawab dengan memastikan produk kayu dan kertas datang daripada kawasan yang diurus secara lestari.

Inisiatif daripada program ini mampu meletakkan paras harga jualan kayu getah ke tahap yang lebih tinggi kepada pekebun kecil berbanding harga pasaran semasa.






06/05/2026
🌿 Berita Baik Pekebun!RISDA kini meningkatkan Bantuan Tanam Semula Getah daripada RM13,710 kepada RM20,000 sehektar! πŸ’°πŸ“ˆI...
29/04/2026

🌿 Berita Baik Pekebun!

RISDA kini meningkatkan Bantuan Tanam Semula Getah daripada RM13,710 kepada RM20,000 sehektar! πŸ’°πŸ“ˆ

Inilah peluang terbaik untuk tambah hasil, tingkatkan produktiviti dan jana pendapatan lebih stabil πŸ’ͺ

πŸ“ Jangan lepaskan peluang β€” mohon sekarang!







🌿 BELIAN HASIL GETAH BERMARUAHoleh RISDA Plantation Sdn BhdTahniah dan terima kasih kepada semua pekebun kecil RISDA Dae...
29/04/2026

🌿 BELIAN HASIL GETAH BERMARUAH
oleh RISDA Plantation Sdn Bhd

Tahniah dan terima kasih kepada semua pekebun kecil RISDA Daerah Kemaman yang terus memberi kepercayaan menjual hasil getah melalui RISDA Plantation Sdn Bhd (RPSB).

πŸ“… 29 April 2026
πŸ“ Depo Kg Cabang

SKRAP

πŸ’° Harga: RM4.20/kg
βš–οΈ Jumlah Berat: 3,600 kg
πŸ“Š DRC: 58%

πŸ‘₯ Penyertaan: 28 Pekebun Kecil

Dengan harga yang kompetitif dan urus niaga yang telus, kita pastikan hasil anda lebih berbaloi πŸ’ͺ

Jom war-warkan poster ini kepada semua pekebun kecil seluruh Terengganu, supaya mereka tahu bahawa RISDA Negeri Terengganu bersama RISDA Plantation Sdn. Bhd membeli hasil getah skrap dan lateks dengan harga yang tinggi.

Sebarang pertanyaan atau untuk sertai belian seterusnya, boleh hubungi:

Pejabat RISDA Daerah Besut
πŸ“ž 09-6957105 / 09-6957106

Pejabat RISDA Daerah Setiu
πŸ“ž 09-6090081 / 09-6090082

Pejabat RISDA Daerah Marang / Kuala Terengganu
πŸ“ž 09-6181611 / 09-6181612

Pejabat RISDA Daerah Hulu Terengganu
πŸ“ž 09-6811258 / 09-6811133

Pejabat RISDA Daerah Dungun
πŸ“ž 09-8481215 / 09-8485309

Pejabat RISDA Daerah Kemaman
πŸ“ž 09-8582730 / 09-8591357








24/04/2026
Kg Pengkalan Ranggon23 APRIL 2026RM4.00 SEKILO! REZEKI PEKEBUN GETAH DI KEMAMAN πŸ“ˆAlhamdulillah, senyum lebar pakcik makc...
23/04/2026

Kg Pengkalan Ranggon
23 APRIL 2026

RM4.00 SEKILO! REZEKI PEKEBUN GETAH DI KEMAMAN πŸ“ˆ

Alhamdulillah, senyum lebar pakcik makcik kita di Kampung Pengkalan Ranggon hari ini. Hasil titik peluh berbaloi dengan harga belian RM4.00 sekilo melalui program Jualan Getah Bergerak RISDA, longgokan 'emas putih' ni, penuh satu hilux!

Proses belian pada hari ini turut dihadiri oleh Ketua Unit Produktiviti dan Pemasaran Daerah bagi memantau kualiti, urusan timbangan dan menyantuni pekebun kecil.

Bila harga cantik, semangat pun lain macam nak menoreh! πŸ’ͺ

Pembeli: RISDA Plantation Wilayah Timur
Bil Pekebun Kecil: 7 orang
Harga: RM4.00 / Kilogram
Jumlah Berat: 1,328Kg
Tarikh: 23/4/2026






SOROTAN PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL (PKPK) PEJABAT RISDA DAERAH KEMAMAN'Mensejahtera Komuniti, Memperkasa Komoditi'...
17/04/2026

SOROTAN PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL (PKPK) PEJABAT RISDA DAERAH KEMAMAN

'Mensejahtera Komuniti, Memperkasa Komoditi'

Pejabat RISDA Daerah Kemaman bersama Pejabat RISDA Mini Stesen Kemaman telah menganjurkan Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) bertempat di Zamelia Event Space, Kg Tempurung Kemaman.

Program ini telah dihadiri dirasmikan oleh Encik Muhammad Nur Azimi bin Azizan, Pegawai RISDA Daerah. Turut hadir penceramah jemputan daripada pihak RPSB dan Wakil Pegawai Lembaga Getah Malaysia Wilayah Timur, seluruh warga kerja RISDA Daerah Kemaman, PEWARIS dan pekebun kecil sekitar daerah Kemaman.

Program dimulai dengan penyampaian taklimat program-program pembangunan RISDA oleh Encik Kamarul Nizam Bin Muda, Penolong Pegawai Kawasan. Seterusnya, Taklimat Permohonan Kad PatG bagi penoreh getah dan budi agro oleh Pihak LGM. Sesi ini turut disertai dengan taklimat pemasaran getah oleh pembeli getah utama RISDA iaitu RISDA Plantation Sdn Bhd dan Jualan Lateks oleh 6 orang pekebun kecil.

Pegawai RISDA Daerah Kemaman juga turut menyampaikan anugerah Jualan Getah Skrap & Lateks Tertinggi bagi Tahun 2025 kepada pekebun kecil berdasarkan rekod jualan getah Tahun 2025 oleh Unit Produktiviti & Pemasaran Daerah.

Diharapkan program ini memberi impak tinggi bagi meningkatkan pengeluaran getah di Daerah Kemaman & Negara sehingga mencapai 1 juta tan metric menjelang akhir tahun 2030, sekali gus membentuk ekosistem pekebun kecil yang berdaya tahan, makmur dan sejahtera






Address

Jalan Penghiburan
Kemaman
24000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098582730

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Daerah Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RISDA Daerah Kemaman:

Share