Majlis Guru PASTI Kemaman

Majlis Guru PASTI Kemaman Kumpulan Ahli Jawatankuasa bagi Guru PASTI di kawasan Kemaman, Terengganu.

MAKLUMAN & UCAPAN TAKZIAH PASTI KAWASAN KEMAMANبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاج...
03/05/2026

MAKLUMAN & UCAPAN TAKZIAH PASTI KAWASAN KEMAMAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Hidayatul Shahida binti Mohd Tarmizi (Guru PASTI Elit Al Ekhlass) telah kembali ke rahmatullah pada malam tadi sekitar jam 9 malam.

Pihak PASTI Kawasan Kemaman merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan arwah dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Untuk makluman arwah meninggalkan seorang anak perempuan yang masih bersekolah di PASTI Elit Al EKhlass 2. Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah.

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
PASTI Kawasan Kemaman

Pada 29 April 2026, telah berlangsung satu majlis usrah yang menghimpunkan ahli MGPkk serta Guru Kanan PASTI bagi kawasa...
29/04/2026

Pada 29 April 2026, telah berlangsung satu majlis usrah yang menghimpunkan ahli MGPkk serta Guru Kanan PASTI bagi kawasan Kemaman. Program ini diadakan dalam suasana penuh ukhuwah, bertujuan memperkukuhkan kefahaman Islam serta mengeratkan hubungan antara para pendidik dan ahli jamaah.

Majlis usrah ini dipimpin oleh Naqibah, Ustazah Fainah Mat yang juga merupakan Ketua Muslimat PAS Kawasan Kemaman. Dengan pengalaman dan kepimpinan beliau, sesi berjalan dengan tersusun dan memberi impak yang mendalam kepada para guru.

Dalam usrah tersebut, pelbagai pengisian telah disampaikan, antaranya berkaitan peranan guru sebagai murabbi, kepentingan keikhlasan dalam perjuangan, serta cabaran mendidik generasi masa kini. Para peserta turut mengambil peluang untuk berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing dalam mendidik anak-anak PASTI agar menjadi insan yang berakhlak mulia dan berilmu.

Program ini bukan sahaja menjadi platform menimba ilmu, malah menguatkan lagi semangat perjuangan dalam kalangan Guru . Diharapkan agar usaha seperti ini dapat diteruskan secara konsisten demi melahirkan generasi yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Secara keseluruhannya, usrah ini berjalan dengan lancar dan memberi manfaat besar kepada semua yang hadir.

Ziarah Prihatin Guru Pasti Kawasan Kemaman 29 April 2026.MGPKK telah menziarahi Cikgu Yah Al jihadi yang sedang diuji de...
29/04/2026

Ziarah Prihatin Guru Pasti Kawasan Kemaman 29 April 2026.

MGPKK telah menziarahi Cikgu Yah Al jihadi yang sedang diuji dengan keadaan kesihatan yang kurang baik sejak beberapa hari yang lalu.

Sama-sama kita doakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan.

Ziarah Prihatin Guru Pasti Kawasan Kemaman 22 April 2026.MGPKK telah menziarahi Cikgu Tie yang sedang diuji dengan keada...
23/04/2026

Ziarah Prihatin Guru Pasti Kawasan Kemaman 22 April 2026.

MGPKK telah menziarahi Cikgu Tie yang sedang diuji dengan keadaan kesihatan yang kurang baik sejak beberapa hari yang lalu.

Sama-sama kita doakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan.

17/04/2026
KURSUS PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKSEMESTER 1 | KOHORT 2026Selamat berkursus untuk cikgu Pasti Kawasan Ke...
17/04/2026

KURSUS PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER 1 | KOHORT 2026

Selamat berkursus untuk cikgu Pasti Kawasan Kemaman


Usrah Perdana Guru & Majlis Sambutan Hari Raya Pasti Negeri Terengganu 2026.Kemeriahan Sambutan Hari Raya Pasti Negeri T...
13/04/2026

Usrah Perdana Guru & Majlis Sambutan Hari Raya Pasti Negeri Terengganu 2026.

Kemeriahan Sambutan Hari Raya Pasti Negeri Terengganu bertempat di Kuala ibai.

https://vt.tiktok.com/ZSu2ehkgb/
08/03/2026

https://vt.tiktok.com/ZSu2ehkgb/

68 likes, 2 comments. “Ihya Ramadan , Tadarus Al Quran Anjuran DMPKK , Hampir 70 Orang Guru Pasti Kemaman Turut Serta...”

اَلْحَمْدُلِلّهِ
08/03/2026

اَلْحَمْدُلِلّهِ

Address

Kemaman
24000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Guru PASTI Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Guru PASTI Kemaman:

Share