PAS Cawangan Seri Bongsu

PAS Cawangan Seri Bongsu sebuah organisasi politik yg nemperjuangkan serta mendaulatkan islam

13/03/2026
KOSONG TARIKH 📢 Jemputan ke Majlis Salam Dhuha“Sinar Dhuha, Cahaya Ilmu”Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke ma...
04/12/2025

KOSONG TARIKH

📢 Jemputan ke Majlis Salam Dhuha
“Sinar Dhuha, Cahaya Ilmu”

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu bersama:
Tuan Guru Sidek Noor
Tajuk: Hidup Bersyariat – Bahagia Dunia Akhirat

🗓️ 20 Disember 2025 (Sabtu)
🕘 9.00 pagi
📍 Dewan Dato’ Fadzil Noor, Serdang

Hadirlah beramai-ramai bagi memeriahkan majlis dan menambah manfaat buat diri serta keluarga.

Usrah PAS Cawangan Seri BongsuAlhamdulillah, Usrah PAS Cawangan Seri Bongsu telah berlangsung dengan penuh semangat ukhu...
20/10/2025

Usrah PAS Cawangan Seri Bongsu

Alhamdulillah, Usrah PAS Cawangan Seri Bongsu telah berlangsung dengan penuh semangat ukhuwwah dan tarbiah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Naqib, Ustaz Iskandar Shah Ibrahim, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu atas kehadiran serta perkongsian yang penuh manfaat.

Ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada semua ahli yang hadir dan bersama menjayakan usrah ini. Semoga kita semua terus istiqamah dalam perjuangan Islam, memperkukuh saf jemaah serta mempererat ikatan ukhuwwah.

Usrah medan tarbiah, penyatu hati dan penggerak perjuangan.

PAS CAWANGAN SERI BONGSU

✨SALAM MAULIDUR RASUL 2025 / 1447H✨‎۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞𝘚𝘦𝘭𝘢...
04/09/2025

✨SALAM MAULIDUR RASUL 2025 / 1447H✨

‎۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

𝘚𝘦𝘭𝘢𝘸𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘦 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘫𝘶𝘯𝘫𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘕𝘢𝘣𝘪 𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥 𝘚𝘈𝘞 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘢𝘩𝘭𝘪 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳𝘨𝘢 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢. 𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘪𝘢𝘴𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘵𝘢𝘱𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘺𝘢𝘬𝘪𝘯𝘢𝘯, 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢𝘢𝘯, 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘰𝘯𝘵𝘰𝘩𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘢𝘬𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘺𝘢𝘵𝘪 𝘈𝘭-𝘘𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘚𝘶𝘯𝘯𝘢𝘩 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘈𝘞.”

PAS CAWANGAN SERI BONGSU

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Bacaan Yasin, Tahlil serta Kenduri Rakyat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025...
01/09/2025

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Bacaan Yasin, Tahlil serta Kenduri Rakyat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 yang berlangsung di Markaz PAS Cawangan Seri Bongsu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun barangan keperluan bagi menjayakan program ini. Sumbangan ikhlas tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai dan menjadi bukti kebersamaan dalam menghidupkan program masyarakat.

Tidak dilupakan juga kepada seluruh AJK serta ahli yang telah bertungkus-lumus mengorbankan masa dan tenaga demi memastikan kelancaran serta kejayaan program ini.

Semoga segala usaha dan sumbangan kita semua diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

PAS CAWANGAN SERI BONGSU

12/08/2025

DOA & MUNAJAT UNTUK ADIK ZARA

Hati mana yang tidak tersentuh dengan kejadian yang menimpa adik Zara. Ia adalah musibah besar, bukan sahaja dirasai keluarga mangsa, bahkan melebar ke seluruh negara.

Justeru keadilan untuk adik Zara adalah tuntutan bersama dan ianya merentasi sempadan serta perbezaan.

Marilah bersama kita berdoa dan bermunajat kepada Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil untuk memudahkan urusan siasatan.
Juga terus mendesak pihak berkuasa untuk membuat siasatan secara telus dan menyeluruh agar keadilan dapat ditegakkan buat adik Zara dan seluruh ahli keluarganya.

Di sisi Allah, kita yakin bahawa ganjaran kebaikan serta syurga bagi adik Zara Qairina. InsyaAllah, kesakitan amat sangat yang dirasainya, akan diganti dengan kenikmatan di alam sana.

امين يا رب العالمين

EDARAN BUBUR LAMBUK PAS CAWANGAN Free gift buah kurma 😄 sikit tanda ingat, banyak tanda ada🌹✨💫PAS Cawangan Seri Bongsu t...
15/03/2025

EDARAN BUBUR LAMBUK PAS CAWANGAN

Free gift buah kurma 😄 sikit tanda ingat, banyak tanda ada🌹✨💫

PAS Cawangan Seri Bongsu telah mengedarkan bubur lambuk kepada masyarakat kampung dan sekitarnya yang lalu lalang di hadapan Markaz PAS Cawangan sebagai juadah berbuka puasa.

Sebagaimana setiap tahun, program ini menjadi acara rutin dalam bulan Ramadan. Bertepatan dengan saranan dan seruan dalam Islam untuk merebut sebanyak-banyak ganjaran dalam memberikan makan kepada orang yang berpuasa.

Terima kasih kepada semua yang turut menyumbang. Bubur lambuk edisi kali ini telah disediakan oleh team Muslimat PAS Cawangan.

PAS CAWANGAN SERI BONGSU

Alhamdulillah dan Tahniah kepada semua Ahli PAS Cawangan Seri Bongsu kerana berjaya hadir Mesyuarat Agung Tahunan PAS Ca...
23/02/2025

Alhamdulillah dan Tahniah kepada semua Ahli PAS Cawangan Seri Bongsu kerana berjaya hadir Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Seri Bongsu bagi sesi 2025

Tahniahh juga kepada kepimpinan baru yang telah dipilih dan dilantik untuk sesi 2025 - 2027...Selamat menjalankan tugas... Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pahimi selaku Setiausaha PAS Kawasan jugak sebagai jawatankuasa pemilihan PAS Kawasan sesi ini bersama Tuan Fuzi Embi yang sudi hadir dalam Mesyuarat Agung kali ini.

Terima Kasih juga diucapkan kepada kepimpinan sesi yang lepas diatas jasa bakti tuan2/puan2... semoga segala kerja buat kita dinilai di sisi Allah SWT

IN THE MAKING... NANTIKAN PROGRAM SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2025 DI PERKARANGAN MARKAZ PAS CAWANGAN SERI BONGSU..PELBAG...
05/12/2024

IN THE MAKING... NANTIKAN PROGRAM SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2025 DI PERKARANGAN MARKAZ PAS CAWANGAN SERI BONGSU..

PELBAGAI ACARA MENARIK BAKAL DIADAKAN

Address

KAMPUNG GUNUNG BONGSU
Karangan
09700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Cawangan Seri Bongsu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Cawangan Seri Bongsu:

Share