19/05/2026
π«π·REMISE DES DIPLΓMES DU DELF SCOLAIRE 2025
Tarikh: 15 Mei 2026
Tempat: LycΓ©e FranΓ§ais de Kuala Lumpur & Alliance FranΓ§aise de Kuala Lumpur
Pada 15 Mei yang lalu, dua murid SUPERB, Wan Zara Sofea Binti Wan Zunaidi dan Amni Hafiyya binti Ahmad Zairazi, telah menghadiri CΓ©rΓ©monie de Remise des DiplΓ΄mes DELF Scolaire 2025 bagi menerima penghargaan sebagai salah seorang daripada calon terbaik Peperiksaan DELF Scolaire di Malaysia.
Bagi sesi pagi di LycΓ©e FranΓ§ais de Kuala Lumpur, mereka telah menghadiri satu sesi forum perkongsian daripada alumni universiti-universiti Perancis dimana diantara panel yang terlibat ialah , Prof. Dato' Ts. Dr. Mazliham Mohd Su'ud, CEO Multimedia University. Murid juga berpeluang menyertai aktiviti Immersion France bersama wakil guru dari Perancis.
Bagi sesi petang, penyampaian anugerah telah diadakan untuk 51 murid terbaik Malaysia dalam Peperiksaan DELF Scolaire 2025 untuk 3 peringkat : A1, A2 dan B1. Wan Zara Sofea dan Amni Hafiyya merupakan dikalangan 3 calon terbaik A1 di Pahang dan 30 calon terbaik di Malaysia bagi A1.
Sijil dan hadiah penghargaan telah disampaikan oleh wakil Kedutaan Perancis di Malaysia, Monsieur Thierry d'Anna, Conseiller de coopΓ©ration et dβaction culturelle (Penasihat Kerjasama dan Hal Ehwal Kebudayaan), dan YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Presiden Alliance FranΓ§aise de Kuala Lumpur. Majlis turut dihadiri oleh wakil dari Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada Wan Zara Sofea dan Amni Hafiyya dan semoga pembelajaran bahasa asing di SUPERB dapat membuka peluang kepada kejayaan murid-murid di masa hadapan.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pengetua, Ustaz Joha, barisan pentadbir, GKMP Bahasa cikgu Mazuem, SUP Peperiksaan Bahasa Antarabangsa cikgu Hidayah, ibu bapa, serta semua warga SUPERB yang telah terlibat dan memberi sokongan dalam pengendalian Peperiksaan DELF pada tahun 2025. Merci beaucoup !