Balai Bomba Dan Penyelamat Karak Official

Balai Bomba Dan Penyelamat Karak Official Laman Facebook Rasmi Balai Bomba Dan Penyelamat Karak

‎.بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSalam...
08/06/2026

‎.بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

07 JUN 2026 (AHAD)

Telah Dilaksanakan Task Force Urusetia Aset JBPM Pahang di Balai Bomba dan Penyelamat Karak.Sehubungan dengan itu, dokumentasi dan aset berkaitan berada dalam keadaan kemas, teratur dan sedia untuk semakan.
Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai bagi memastikan pengurusan aset dilaksanakan dengan cekap, teratur dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.


‎.بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSalam...
05/06/2026

‎.بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

04 JUN 2026 (KHAMIS)

🚒 LAWATAN RASMI YAS DATO' OTHMAN BIN ABDULLAH KE BBP KARAK 🚒

Balai Bomba dan Penyelamat Karak berbesar hati menerima kunjungan rasmi YAS Dato' Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ketibaan beliau disambut oleh PgKB I Mohd Salahuddin bin Isa, PPON JBPM Negeri Pahang, PgKB II Mohd Sobree bin Mohamed Salleh, Ketua Zon 2, PPgB Mohd Shahairy bin Rahadi, Ketua BBP Karak serta pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Pahang.

Lawatan ini turut menyaksikan perasmian Gazebo BBP Karak serta penyampaian amanat kepada warga balai sebagai suntikan semangat dalam memperkukuhkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

Seluruh warga BBP Karak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian YAS Dato' meluangkan masa untuk hadir.




🏅 UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS 🏅Seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Karak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada...
04/06/2026

🏅 UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS 🏅

Seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Karak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Perkhidmatan Terpuji Bomba Bantuan JBPM Negeri Pahang Tahun 2025 atas pengiktirafan yang diberikan hasil komitmen, dedikasi dan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas.

🌟 Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)•
- PBK II Mohd Faiz
- PB Mohamad Ahzam

🌟 Penerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji Bomba Bantuan•
- PBB Ahmad Asyaraf

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja BBP Karak untuk terus mengekalkan budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti dan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat serta negara.

Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini.

*‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ**‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* 14...
14/05/2026

*‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
*‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

14 MEI 2026( KHAMIS )

Pada jam 14:23:00, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Karak telah menerima satu panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku kebakaran di Surau Kuarters UKK, Jalan Manchis, Karak.
Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah surau separuh kekal berkeluasan 40 x 40 kaki. Ketika ketibaan pasukan bomba, api sedang marak dan telah memusnahkan hampir 90% struktur bangunan tersebut.
Komander Operasi telah menjalankan size up di lokasi dengan mengutamakan konsep RECEO sebelum mengarahkan anggota bomba melaksanakan kerja-kerja pemadaman menggunakan 1 aliran salur bantu mula serta 1 aliran hos sepanjang 200 kaki lengkap dengan 1 dividing breaching, 2 nozel, pam jentera dan bekalan air daripada 1 unit pili bomba yang terletak kira-kira 200 kaki dari lokasi kejadian sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.
Setelah pemeriksaan dijalankan dan dipastikan tiada lagi punca yang boleh menyebabkan kebakaran berulang, operasi ditamatkan sepenuhnya. Komander Operasi turut menghubungi pihak Forensik Zon 2 bagi memaklumkan kejadian untuk tindakan lanjut.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini. Peratusan kemusnahan keseluruhan akibat kebakaran dianggarkan sebanyak 95%.
Sekian, terima kasih.



‎.بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSalam...
04/05/2026

‎.بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

4 MEI 2026 (ISNIN)

Balai Bomba dan Penyelamat Karak telah mengadakan sambutan hari anggota bomba sedunia bertarikh 4 mei 2026

Aktiviti

* Menyanyikan 3 buah lagu Negaraku,lagu negeri Pahang dan lagu Bomba dan penyelamat malaysia
*membaca yassin
*menziarahi pesara bomba Abu bin yid


‎.بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSalam...
26/04/2026

‎.بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

26 APRIL 2026 (Ahad)

Telah dilaksanakan Pemeriksaan Audit Aset Alih Kerajaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang bagi Tahun 2026 oleh pegawai pemeriksa iaitu TPgB II Mohd Azwan bin Mat Nor dan PBK II Zulkifli bin Hamzah. Turut hadir Pegawai Aset Balai bagi memastikan proses pemeriksaan berjalan lancar dan teratur.


‎.بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSalam...
26/04/2026

‎.بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

24 APRIL 2026 (Selasa)

Balai Bomba dan Penyelamat Karak telah mengadakan Mesyuarat Balai Bil. 02/2026 bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan dan operasi semasa.


10/04/2026

Assalamualaikum makluman kepada semua penduduk karak dan setempat dengan nya balai bomba karak mengalami gangguan talian telefon 09 231 1444..Sebarang panggilan kecemasan boleh hubungi..
Telefon Binbit Balai:
019-6986774

Sekian Terima Kasih..




*‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ**‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* 07...
07/04/2026

*‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
*‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

07 APRIL 2026( SELASA )

Pada Jam 17:45:48 Balai Bomba dan Penyelamat Karak Menerima Panggilan Kecemasan Kebakaran Lori Di Alamat Jalan Mempaga Berhampiran Kilang Sawit Mempaga, Kebakaran Melibatkan Sebuah Jentera Berat Backhoe Yang Masih Berada Di Atas Lori Loader, Anggota Bomba Bertindak Memadam Kebakaran Dengan Menggunakan 2 Aliran Hose Reel Air Tangki Pam Jentera Sehingga Api Berjaya Dipadamkan Sepenuhnya, Anggaran Kebakaran Backhoe Melibatkan 80%. Kerja Kerja Seterusnya Menyerahkan Kepada Pihak PDRM Untuk Tindakan Selanjutnya, Operasi Tamat Sepenuhnya Jentera Bersama Anggota Bertolak Balik Ke Balai.




‎.بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSalam...
07/04/2026

‎.بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi,Cepat dan Mesra.

07 APRIL 2026

Program Gotong-Royong Perdana Bil. 2/2026. Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Karak telah berjaya Mengadakan Gotong-Royong Perdana Dengan Jayanya Hasil Kerjasama Dan Komitmen Semua.Setinggi-tinggi Penghargaan Dan Terima kasih Di Ucapkan Kepada Semua Yang Terlibat Dalam Menjayakan Program Ini Ke Arah Mewujudkan Persekitaran Kerja Yang Bersih,Kemas,Selamat.Semoga Semangat Kerjasama Ini Dapat Diteruskan Demi Kecemerlangan Organisasi



Address

Karak
28600

Telephone

+6092311444

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Karak Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba Dan Penyelamat Karak Official:

Share