Pejabat Pendidikan Daerah Kapit

Pejabat Pendidikan Daerah Kapit Page rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Kapit

10/07/2026

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2027 kini dibuka bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Permohonan boleh dibuat mulai 10 Julai hingga 14 Ogos 2026 melalui pautan berikut:

1. Murid dari sekolah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

Tarikh Penting:
๐Ÿ“Œ Semakan pusat PKSK: 11 September โ€“ 22 Oktober 2026
๐Ÿ“Œ PKSK Tingkatan 4: 21 September โ€“ 1 Oktober 2026
๐Ÿ“Œ PKSK Tingkatan 1: 12 โ€“ 22 Oktober 2026




09/07/2026

09 JULAI 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM)

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KPM PERUNTUKKAN RM14,401,950 BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) KEPADA MURID TINGKATAN 6 TAHUN 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) meneruskan pelaksanaan agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid Tingkatan 6 baharu yang telah mendaftar pada 8 Jun 2026, selaras dengan kelulusan peluasan pemberian
BAP kepada murid Tingkatan 6 pada tahun 2025.

Tahun Ini, Tahun Kita
โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€







9 Julai 2026 - MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP : Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif di Negeri Sarawak di Bawah Perun...
09/07/2026

9 Julai 2026 - MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP : Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif di Negeri Sarawak di Bawah Peruntukan RM1 Bilion (Fasa 1) di SK Kampong Baru Kapit

Majlis penyerahan projek telah disempurnakan oleh Puan Agatha anak Ngawang, Pegawai Jurutera, Unit Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak; Encik Jarit anak Jarmit, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kapit; serta Ir. Ts. Christopher Donovan, Penolong Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Bahagian Kapit.

Majlis turut dihadiri dan disaksikan oleh Pasukan Teknikal ICT Sekolah Daerah Kapit, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak; Penolong Jurutera, Unit Kewangan, Infrastruktur dan Perolehan, Pejabat Pendidikan Daerah Kapit serta warga SK Kampong Baru Kapit.

Dalam ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Kapit, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan projek pembangunan semula ini. Beliau menekankan kepentingan pemantauan yang lebih menyeluruh dan proaktif oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) terhadap projek-projek pembangunan pada masa hadapan agar kemudahan pendidikan dapat disiapkan mengikut perancangan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh generasi akan datang dan tidak

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat empat (4) lagi projek pembangunan berskala besar yang akan dilaksanakan di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Kapit sebagai usaha berterusan memperkasakan kemudahan pendidikan di daerah ini.

Selain itu, pihak sekolah turut disaran agar menjaga serta menyelenggara bangunan, kemudahan dan infrastruktur yang telah disediakan, termasuk perabot dan kelengkapan sekolah, supaya dapat dikekalkan dalam keadaan baik sekurang-kurangnya untuk tempoh lima (5) tahun akan datang.

Dalam ucapannya juga, beliau menyatakan bahawa SK Kampong Baru merupakan antara sekolah yang istimewa dimana telah mendapat perhatian khusus daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Omar bin Haji Mahli, serta Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selaras dengan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan kemudahan pembelajaran di kawasan pedalaman.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh warga SK Kampong Baru atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan projek ini. Pada masa yang sama, beliau menyeru seluruh warga sekolah agar terus berganding bahu dalam membina generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing demi masa depan negara.

"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera"

KampongBaru

8 Julai 2026 - MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP : Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif di Negeri Sarawak di Bawah Perun...
09/07/2026

8 Julai 2026 - MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP : Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif di Negeri Sarawak di Bawah Peruntukan RM1 Bilion (Fasa 2) di SK Lepong Balleh, Kapit

Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif di Negeri Sarawak di Bawah Peruntukan RM1 Bilion (Fasa 2) telah berlangsung dengan jayanya di SK Lepong Balleh, Kapit.

Penyerahan projek telah disempurnakan oleh Puan Agatha anak Ngawang, Pegawai Jurutera, Unit Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak; Puan Jissiker Anak Injak, Penolong Jurutera, Unit Kewangan, Infrastruktur dan Perolehan, Pejabat Pendidikan Daerah Kapit; serta Puan Nur Farihaniza Binti Bujang, Jurutera Kanan, Jabatan Kerja Raya Bahagian Kapit. Majlis penyerahan tersebut turut disaksikan oleh warga SK Lepong Balleh.

Projek pembangunan semula bilik kelas ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam memastikan murid-murid di kawasan pedalaman menikmati kemudahan pendidikan yang lebih kondusif, selamat dan selesa. Bilik kelas baharu yang disiapkan dilengkapi dengan sistem pengudaraan yang baik serta setiap bilik darjah dilengkapi dengan enam (6) unit kipas, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.

Dalam sesi penyerahan tersebut, pihak sekolah turut diingatkan agar sentiasa menjaga dan menyelenggara kemudahan yang telah disediakan, khususnya dari aspek kebersihan, keselamatan dan penyelenggaraan struktur bangunan supaya dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah untuk tempoh yang lebih lama.

Warga SK Lepong Balleh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah Kapit serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan projek pembangunan semula ini. Semoga kemudahan baharu yang disediakan akan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan dan kesejahteraan warga sekolah.

"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera."

PROGRAM PERMUAFAKATAN BERSAMA IBU BAPA & PENJAGA SMK KAPIT NO. 24 Julai 2026 | Dewan SMK Kapit No. 2 - Program Permuafak...
04/07/2026

PROGRAM PERMUAFAKATAN BERSAMA IBU BAPA & PENJAGA SMK KAPIT NO. 2

4 Julai 2026 | Dewan SMK Kapit No. 2 - Program Permuafakatan Bersama Ibu Bapa & Penjaga SMK Kapit No. 2 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Julai 2026 di Dewan SMK Kapit No. 2. Program ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kapit, Encik Jarit Anak Jarmit.

Turut hadir memeriahkan program ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kapit, Sektor Perancangan, Encik Philip Anak Keling, serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kapit, Sektor Pembangunan Murid, Encik Kumbong Anak Garit.

Penganjuran program ini berjaya mendapat sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa dan penjaga murid SMK Kapit No. 2. Kehadiran dan komitmen yang ditunjukkan mencerminkan semangat permuafakatan yang utuh antara pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Kapit serta ibu bapa dalam usaha memperkasakan kecemerlangan pendidikan dan pembangunan sahsiah murid.

Program turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Penari T**i Andau SMK Kapit No. 2, yang telah mengharumkan nama sekolah dan Negeri Sarawak apabila muncul Johan Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Malaysia (TASEEM) Generasi MADANI Peringkat Kebangsaan 2026. Persembahan yang dipamerkan bukan sahaja mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin, malah menjadi simbol kecemerlangan bakat dan potensi murid di daerah Kapit.

Semoga jalinan kerjasama erat antara sekolah, ibu bapa dan komuniti akan terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pendidikan negara.






BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI GURU PEMULIHAN KHAS DAN PEMANTAPAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS PERINGKAT KAPIT 202...
04/07/2026

BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI GURU PEMULIHAN KHAS DAN PEMANTAPAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS PERINGKAT KAPIT 2026

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 1โ€“3 Julai 2026 (Rabuโ€“Jumaat)
๐Ÿ“ Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Pendidikan Daerah Kapit

Bengkel Peningkatan Kompetensi Guru Pemulihan Khas dan Pemantapan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Peringkat Kapit 2026 telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari, melibatkan Guru-Guru Pemulihan Khas dari seluruh daerah Kapit. Penganjuran bengkel ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi guru dalam merancang serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, di samping memperkukuh pemahaman terhadap dasar serta pelaksanaan Program Pemulihan Khas.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta turut didedahkan dengan strategi, pendekatan dan amalan terbaik dalam pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar yang inovatif, serta kaedah pentaksiran dan pemantauan perkembangan murid secara sistematik. Program ini juga menjadi platform perkongsian profesional yang menggalakkan kolaborasi, pertukaran idea dan jaringan antara Guru Pemulihan Khas dalam usaha memperkasa kualiti penyampaian perkhidmatan di sekolah.

Semoga ilmu, pengalaman dan amalan terbaik yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat diaplikasikan secara berkesan di sekolah masing-masing, sekali gus memperkukuh pelaksanaan Program Pemulihan Khas di daerah Kapit serta membantu lebih ramai murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dengan lebih cemerlang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sa...
02/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Encik Omar Bin Haji Mahli, atas kesudian memilih Daerah Kapit sebagai lokasi lawatan serta menyampaikan amanat kepada seluruh warga pendidikan. Semoga amanat dan perkongsian yang disampaikan menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh kecemerlangan pendidikan di Daerah Kapit.



UCAPAN TAHNIAH DAN SYABASSekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Penari T**i Andau, SMK Kapit No. 2 atas ke...
01/07/2026

UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Penari T**i Andau, SMK Kapit No. 2 atas kejayaan cemerlang mewakili Negeri Sarawak ke TASEEM Peringkat Kebangsaan.

Pasukan ini telah berjaya mengharumkan nama sekolah, daerah Kapit dan Negeri Sarawak dengan meraih pencapaian membanggakan seperti berikut:

๐Ÿ† Johan โ€“ Tarian Rampaian Tradisional Melayu (Sekolah Menengah)

Anugerah Khas:
๐ŸŒŸ Busana Tatarias Terbaik
๐ŸŒŸ Penari Wanita Terbaik
๐ŸŒŸ Koreografi Terbaik

Kejayaan ini merupakan hasil dedikasi, komitmen dan kerja keras para penari, jurulatih, guru pembimbing serta sokongan padu daripada semua pihak.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas! Teruskan mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia di persada seni budaya.

**iAndau


Address

Tingkat 1 & 2, Wisma Persekutuan, Jalan Penghulu Nyanggau
Kapit
96800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Kapit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share