18/08/2026
LAWATAN TAPAK PROGRAM KARNIVAL SUKAN KOMUNITI BELAGA DI SEKOLAH KEBANGSAAN LONG URUN
Disediakan Oleh: MCG,PBSBKPT
LONG URUN, 17 Ogos 2026 β Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah mengadakan lawatan tapak bagi persiapan Program Karnival Sukan Komuniti Belaga yang akan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Long Urun. Ketibaan rombongan pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah disambut baik oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Long Urun, Encik Adam Awek, bersama barisan guru sekolah berkenaan. Lawatan tersebut turut disusuli dengan sesi perbincangan antara pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dengan pihak sekolah bagi membincangkan persiapan serta keperluan pelaksanaan program. Perbincangan menjurus kepada aspek kerjasama, penyelarasan aktiviti, penggunaan kemudahan sekolah serta persiapan logistik bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar.
Kerjasama erat antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dengan pihak Sekolah Kebangsaan Long Urun amat penting dalam menjayakan program berkenaan, khususnya dalam usaha menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti sukan dan gaya hidup aktif.
Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak serta memastikan segala persiapan bagi Karnival Sukan Komuniti Belaga dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.