Hospital Kanowit - Rasmi

Hospital Kanowit - Rasmi Halaman Rasmi Bagi Hebahan Di Hospital Daerah Kanowit, Sarawak

🌙 **SALAM MAULIDUR RASUL 1448H** 🌙✨ **25 Ogos 2026 | Selasa** ✨“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat conto...
24/08/2026

🌙 **SALAM MAULIDUR RASUL 1448H** 🌙

✨ **25 Ogos 2026 | Selasa** ✨

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu.”
— Surah Al-Ahzab: 21

Selamat menyambut **Maulidur Rasul 1448H** kepada seluruh warga **Hospital Kanowit** dan umat Islam di seluruh negara.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan sunnah junjungan besar **Nabi Muhammad SAW**, serta menjadikan sifat kasih sayang, amanah, kesabaran dan ihsan Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan dan perkhidmatan kita.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW dan mendorong kita untuk terus memperkukuhkan ukhuwah serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. 🤍

**“Rasulullah SAW: Uswah Hasanah, Inspirasi Ummah.”**

🌹 **Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H** 🌹






Hospital Kanowit telah berjaya menganjurkan Kursus Kawalan Infeksi Bilangan 2/2026 untuk Link Nurse Dan Link Personal ya...
20/08/2026

Hospital Kanowit telah berjaya menganjurkan Kursus Kawalan Infeksi Bilangan 2/2026 untuk Link Nurse Dan Link Personal yang berlangsung pada 18 Ogos 2026 di Bilik Konferen Hospital Kanowit.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesedaran warga Hospital Kanowit terhadap amalan kawalan infeksi yang berkesan bagi memastikan persekitaran hospital yang selamat untuk pesakit, pelawat dan anggota kesihatan.

Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai topik penting seperti:
📑Audit persekitaran
🧑‍🧑‍🧒‍🧒Pembentangan audit
👔Linen and laundry services (LLS)
☣️Health care waste services (HCWS)
🧹Cleansing (CLS)
💉 Pengurusan Needle Stick Injury
💊🦠 Taking AMS Off The Ground (Antimicrobial Stewardship)
🏥 Outbreak management serta sesi soal jawab.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah jemputan, urus setia serta seluruh peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang kursus berlangsung.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dipraktikkan dalam tugasan harian demi memperkukuhkan budaya keselamatan pesakit dan mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di Hospital Kanowit.

🩸 SETITIK DARAH, SEJUTA HARAPAN 🩸Derma darah bukan sekadar memberi darah, tetapi memberi peluang untuk seseorang terus h...
17/08/2026

🩸 SETITIK DARAH, SEJUTA HARAPAN 🩸

Derma darah bukan sekadar memberi darah, tetapi memberi peluang untuk seseorang terus hidup. ❤️

Ayuh bersama-sama menyumbang darah di Unit Tabung Darah, Hospital Kanowit. Setiap pendermaan anda amat bermakna kepada pesakit yang memerlukan.

🤝 Jadilah insan yang menyelamatkan nyawa. Derma darah hari ini!

Kursus Pemantapan Incident Reporting dan Root Cause Analysis (RCA) Bil. 2/2026Pada 11 Ogos 2026, Hospital Kanowit telah ...
13/08/2026

Kursus Pemantapan Incident Reporting dan Root Cause Analysis (RCA) Bil. 2/2026

Pada 11 Ogos 2026, Hospital Kanowit telah berjaya menganjurkan Kursus Pemantapan Incident Reporting dan Root Cause Analysis (RCA) Bil. 2/2026 sebagai usaha berterusan untuk memperkukuhkan budaya keselamatan pesakit dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Kursus ini memberi penekanan kepada kepentingan pelaporan insiden secara tepat, analisis punca akar (Root Cause Analysis) yang sistematik serta pelaksanaan tindakan penambahbaikan yang berkesan bagi mengelakkan insiden berulang. Melalui perkongsian ilmu dan perbincangan kes, para peserta dapat memperkukuhkan kefahaman serta meningkatkan kompetensi dalam mengurus insiden secara profesional.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, fasilitator, urus setia serta para peserta atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang kursus ini.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat diterjemahkan ke dalam amalan harian demi memperkukuhkan budaya keselamatan, meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan penyampaian penjagaan kesihatan yang lebih selamat serta berkualiti kepada masyarakat.

Seluruh warga Hospital Kanowit ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan rasa bangga kepada Encik Arthur Tiong Ing Ji...
13/08/2026

Seluruh warga Hospital Kanowit ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan rasa bangga kepada Encik Arthur Tiong Ing Jie, Pegawai Farmasi UF10 Hospital Kanowit, atas kejayaan beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Master in Pharmacy Practice di International Medical University (IMU) selama setahun di bawah CBBP tanpa HLP.

Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bukan sahaja buat diri beliau, malah turut mengharumkan nama Hospital Kanowit. Semoga peluang ini menjadi platform terbaik untuk memperkukuhkan lagi ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam bidang farmasi demi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

Kami di Hospital Kanowit sentiasa mendoakan agar Encik Arthur dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan sepanjang pengajian, serta berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh nanti dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kecemerlangan perkhidmatan kesihatan dan kemajuan Hospital Kanowit.

Selamat maju jaya dan teruskan kecemerlangan! Kami bangga dengan anda! Agi Idup Agi Ngelaban! Ooohhhaaaa!

📸 BENGKEL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN12 Ogos 2026 | Hospital KanowitBengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ...
13/08/2026

📸 BENGKEL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

12 Ogos 2026 | Hospital Kanowit

Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Hospital Kanowit telah dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga kerja mengenai aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Semoga perkongsian ilmu sepanjang bengkel ini dapat terus memperkukuhkan amalan kerja yang selamat, sihat dan kondusif dalam kalangan warga Hospital Kanowit.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberikan kerjasama sepanjang bengkel berlangsung. 💪🏻✨

“Bekerja Selamat, Hidup Sihat, Organisasi Hebat”

🏆 Setinggi-tinggi Tahniah kepada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Hospital Kanowit 🏆Pengurusan Tertinggi s...
06/08/2026

🏆 Setinggi-tinggi Tahniah kepada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Hospital Kanowit 🏆

Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Hospital Kanowit merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Hospital Kanowit atas kejayaan merangkul:

🥇 Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Jenis 4

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang amat membanggakan apabila Hospital Kanowit berjaya muncul sebagai pemenang selepas bersaing dengan seluruh Hospital Jenis 4 dari seluruh Malaysia, sekali gus membuktikan kecemerlangan hospital dalam membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Kejayaan ini telah diumumkan sempena Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia (World OSH Day – WOD) 2026 Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada:

Tarikh: 5 Ogos 2026 (Rabu)
Tempat: Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Kuching, Sarawak

Anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pencapaian ini adalah hasil komitmen, dedikasi dan usaha berterusan seluruh warga Hospital Kanowit dalam memastikan budaya kerja yang selamat, sihat dan kondusif sentiasa menjadi keutamaan.

Kejayaan ini bukan sahaja milik Unit KKP, malah merupakan hasil kerjasama erat setiap warga hospital yang sentiasa mengamalkan budaya keselamatan dalam setiap aspek penyampaian perkhidmatan.

Semoga pengiktirafan berprestij ini menjadi pemangkin untuk Hospital Kanowit terus melakar kecemerlangan serta menjadi penanda aras kepada hospital-hospital lain dalam memperkasakan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Hospital Kanowit. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.






🎉 TAHNIAH DAN SYABAS 🎉Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Hospital Kanowit merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepadaP...
04/08/2026

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS 🎉

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Hospital Kanowit merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada

PJOHN Teddy Tay Yu Hock

atas penganugerahan Sijil Pengiktirafan Kompetensi Healthcare Engineering Services Competency Standard – Healthcare Facility Management (HESCS-HFM).

Pengiktirafan berprestij ini telah disampaikan sempena Majlis Pengiktirafan Kompetensi Healthcare Facility Management (HFM) yang berlangsung pada 4 Ogos 2026 (Selasa) di Dewan Damar Sari 3, Parcel F, Putrajaya, dan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KSU KKM).

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan terhadap tahap kompetensi, profesionalisme dan komitmen tinggi dalam bidang Healthcare Facility Management (HFM), selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia memperkukuh standard pengurusan fasiliti kesihatan melalui Healthcare Engineering Services Competency Standard (HESCS-HFM). 57.5.1 Jld.22(39) Undangan Majlis Pengiktirafan Kompetensi HFM Sebagai Penerima Sijil Kompetensi.pdf

Semoga pencapaian yang membanggakan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Hospital Kanowit untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat.

Tahniah dan syabas atas kejayaan yang amat bermakna ini. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama Hospital Kanowit serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

🚨 [KEMPEN DERMA DARAH HOSPITAL KANOWIT] 🚨Derma Darah, Cinta Sejati Menyatukan Kita. ❤️ Ayuh luangkan sedikit masa hujung...
31/07/2026

🚨 [KEMPEN DERMA DARAH HOSPITAL KANOWIT] 🚨

Derma Darah, Cinta Sejati Menyatukan Kita. ❤️ Ayuh luangkan sedikit masa hujung minggu ini untuk menderma darah sambil berkunjung ke Ekspo Pendidikan FTES & Karnival Pendidikan Madani Kanowit!

📌 Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
📌 Masa: 7.30 Pagi - 4.00 Petang
📌 Lokasi: Dewan Serbaguna, SJKC Yee Ting

Setiap titisan darah anda sangat bermakna dan mampu menyelamatkan nyawa. Mohon kongsikan hantaran ini supaya lebih ramai yang tahu! 🩸👇

Address

Hospital Kanowit, Jalan Durin/Kanowit
Kanowit
96700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Kanowit - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share