14/08/2026
๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ญ๐๐ฎ ๐๐๐๐ฆ๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐ข๐ง๐๐ซ๐๐ง ๐๐ฅ๐ญ๐ซ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ฎ (๐๐) ๐๐ฎ๐ซ๐ข๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ข ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐ง๐๐๐ค๐ฌ ๐๐ฅ๐ญ๐ซ๐ ๐๐ง๐ ๐ฎ (๐๐๐)
โจ๏ธ Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berperanan memantau keamatan sinaran ultraungu (UV) suria melalui pengukuran Indeks Ultra Ungu (UVI) setiap jam dari 11 pagi hingga 4 petang.
โจ๏ธ Lapisan ozon memainkan peranan penting sebagai pelindung semula jadi Bumi daripada sinaran ultraungu (UV) Matahari, khususnya di stratosfera pada kira-kira 15โ35 km dari permukaan Bumi.
11 pagi ke 4 petang bukan masa nak buat ๐ก๐๐๐๐๐๐ percuma ๐ซฃ
โ๏ธ Jom semak tips perlindungan UV dulu!
โ๏ธ Mengurangkan aktiviti luar, khususnya antara 11.00 pagi hingga 4.00 petang apabila sinaran UV lazimnya mencapai tahap maksimum.
โ๏ธ Menggunakan pelindung matahari (sunscreen) dengan SPF 30 atau lebih, serta mengulang sapuan mengikut saranan pengeluar.
โ๏ธMemakai pakaian berlengan panjang, seluar panjang, topi bertepi lebar dan cermin mata hitam yang mempunyai perlindungan UV.
โ๏ธMendapatkan perlindungan di kawasan berbumbung atau teduh sekiranya berada di luar.
โ๏ธMemastikan pengambilan air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi, terutama ketika cuaca panas.
โ๏ธGolongan yang lebih berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang bekerja di luar bangunan disaran mengambil langkah perlindungan yang lebih rapi.