Pergerakan Wanita PBS N.02 Bengkoka

Pergerakan Wanita PBS N.02 Bengkoka Selamat Datang ke Laman Facebook Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah N2 Bengkoka

05/09/2026

SUKAN WANITA PBS N.2 BENGKOKA | 2 SEPTEMBER 2026 πŸ†πŸŽ‰

Syukur, program Sukan Wanita PBS N.2 Bengkoka telah berlangsung dengan lancar dan meriah. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Veryson Kohiya atas kesudian merasmikan pembukaan, serta Ketua Pemuda PBS N.2 Bengkoka dan Ahli Majlis Daerah Pitas atas sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kepada YBhg. Dr. Samuel Mopun, Ketua Bahagian PBS N.2 Bengkoka, yang turut hadir merasmikan penutupan.

Tidak dilupakan, terima kasih kepada Ketua Wanita dan AJK Pergerakan Wanita PBS N.2 Bengkoka yang banyak menyumbangkan tenaga dan masa untuk menjayakan sukan ini.

Paling penting, terima kasih kepada semua peserta yang hadir dengan semangat, sporting dan menceriakan suasana. Menang kalah itu biasa, yang penting kita dapat bersukan, bergembira dan mengeratkan silaturahim. ❀️

Lebih meriah lagi dengan cabutan bertuah πŸŽπŸŽ‰. Ada yang rezeki bawa pulang hadiah, ada yang bawa pulang kenangan. Yang penting, semua happy!

Tahniah semua! Jumpa lagi di program akan datang. Teruskan semangat dan teruskan kebersamaan! πŸ’ͺπŸ†

Wanita PBS N.02 Bengkoka β€” Bersatu, Berani, BerbaktiSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat hari lahir buat Puan ...
17/08/2026

Wanita PBS N.02 Bengkoka β€” Bersatu, Berani, Berbakti

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat hari lahir buat Puan Mariana Majinau, Timbalan Ketua Wanita PBS. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta terus diberi kekuatan dalam memimpin dan berbakti kepada masyarakat.

Daripada Pergerakan Wanita PBS N.02 Bengkoka, kami mendoakan agar setiap langkah perjuangan terus dipermudahkan dan setiap usaha membuahkan kejayaan. Semangat kepimpinan, kesatuan dan keprihatinan menjadi inspirasi kepada seluruh wanita PBS untuk terus melangkah ke hadapan.

Wanita PBS N.02 Bengkoka β€” terus bersatu, terus melangkah, terus berjuang! πŸ’œπŸŒΊ

πŸŽ‰ SELAMAT HARI JADI, TAN SRI! πŸŽ‰Pergerakan Wanita PBS N.2 Bengkoka dengan penuh rasa hormat dan kasih mengucapkan Selamat...
17/08/2026

πŸŽ‰ SELAMAT HARI JADI, TAN SRI! πŸŽ‰

Pergerakan Wanita PBS N.2 Bengkoka dengan penuh rasa hormat dan kasih mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Yang Berbahagia Huguan Siou, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan. 🌹

Semoga Tan Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang, ketenangan serta kekuatan untuk terus berbakti kepada rakyat dan negeri Sabah tercinta.

Segala jasa, kepimpinan, perjuangan dan pengorbanan Tan Sri menjadi inspirasi kepada kami untuk terus bersatu, berjuang dan melangkah bersama demi masa depan Sabah.

Selamat Hari Jadi, Tan Sri! πŸŽ‚πŸ’
Ikhlas daripada Pergerakan Wanita PBS N.2 Bengkoka, Sesi 2026–2029.

BERSATU β€’ BERJUANG β€’ MAJU BERSAMA! πŸ’™

Mantap
09/08/2026

Mantap

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN

Saya, Veryson Kohiya, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan oleh ketua-ketua Pemuda daripada 15 Bahagian PBS.

Kepercayaan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar untuk saya terus berkhidmat, memperjuangkan suara anak muda serta memperkukuhkan gerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah.

Veryson Kohiya
Calon Exco Ketua Pemuda PBS (Kuota Biru)
Ketua Pemuda PBS N.02 Bengkoka


πŸ’™ WANITA PBS N.02 BENGKOKA TERUS MELANGKAH KE HADAPAN! πŸ’™Pergerakan Wanita PBS N.02 Bengkoka berpeluang menghadiri Bengke...
03/08/2026

πŸ’™ WANITA PBS N.02 BENGKOKA TERUS MELANGKAH KE HADAPAN! πŸ’™

Pergerakan Wanita PBS N.02 Bengkoka berpeluang menghadiri Bengkel Memperkasakan Kepimpinan Wanita yang berlangsung di Menara Farmstay, Kota Belud pada 2 Ogos 2026. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Penyelaras Wanita Zon 1, Puan Mariana Majinau, serta turut dihadiri barisan EXCO Wanita dan ketua-ketua bahagian.

Bengkel ini menghimpunkan Ketua Wanita Setiausaha dan Ketua Penerangan bagi memperkukuh kepimpinan serta meningkatkan kemahiran komunikasi. Pengisian daripada Cik Sandra Sokial mengenai media sosial dan AI, serta Tuan Effandy Eldy Lim, membuka dimensi baharu dalam menghadapi cabaran semasa.

Ilmu yang diperoleh bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi akan dibawa pulang demi memperkasakan wanita PBS di akar umbi.
Bersatu, berilmu, berani memimpin! πŸ’ͺπŸ’™

03/08/2026

mantapπŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

🌸 UCAPAN TAHNIAH KEPADA AJK LANTIKAN PERGERAKAN WANITA PBS N.02 BENGKOKA 🌸Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan k...
01/08/2026

🌸 UCAPAN TAHNIAH KEPADA AJK LANTIKAN PERGERAKAN WANITA PBS N.02 BENGKOKA 🌸

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Lantikan Pergerakan Wanita PBS N.02 Bengkoka bagi sesi 2026–2029.

Senarai AJK Lantikan:

πŸ“Œ AJK
β€’ Tinda Bintin Ayu
β€’ Sima Binti Galip

πŸ“Œ Setiausaha
β€’ Zaimah Ismail

πŸ“Œ Penolong Setiausaha
β€’ Noorliza Jilan

πŸ“Œ Bendahari
β€’ Chang Yen Lee @ Merry Chang

πŸ“Œ Penolong Bendahari
β€’ Nismah Taipok

πŸ“Œ Ketua Penerangan
β€’ Platina Johnes

πŸ“Œ Juruaudit
β€’ Alice Voon Vui Ching

Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan semangat perjuangan. Marilah kita berganding bahu memperkukuhkan Pergerakan Wanita PBS N.02 Bengkoka, mengeratkan perpaduan serta terus berbakti kepada rakyat dan parti.

Semoga kepimpinan yang baharu ini membawa Pergerakan Wanita PBS N.02 Bengkoka ke arah yang lebih cemerlang, berwibawa dan berjaya.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah!

πŸ’™ Bersatu β€’ Berkhidmat β€’ Berjaya

*UCAPAN TAHNIAH KEPADA PERGERAKAN WANITA PBS BAHAGIAN N.02 BENGKOKA*Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Lailah...
31/07/2026

*UCAPAN TAHNIAH KEPADA PERGERAKAN WANITA PBS BAHAGIAN N.02 BENGKOKA*

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Lailah @ Laida binti Tepin atas kemenangan tanpa bertanding sebagai Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian N.02 Bengkoka bagi sesi 2026–2029.

Tahniah juga kepada seluruh barisan kepimpinan dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita PBS N.02 Bengkoka atas kemenangan tanpa bertanding,yang telah diberikan kepercayaan untuk memikul amanah ini.

Semoga kepimpinan baharu ini sentiasa diberi kekuatan, kebijaksanaan dan semangat perpaduan dalam memperkasakan wanita, memperjuangkan kebajikan rakyat serta memperkukuhkan perjuangan Parti Bersatu Sabah di N.02 Bengkoka.

Marilah kita berganding bahu, bersatu hati dan terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan demi kemajuan masyarakat serta masa depan Bengkoka yang lebih cemerlang.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah. Bersatu, Berkhidmat dan Berjaya!

*"Wanita Berwibawa, Parti Kukuh, Rakyat Sejahtera. Tahniah Pergerakan Wanita PBS N.02 Bengkoka Sesi 2026–2029!"*

28/07/2026

πŸ’™ MESYUARAT PERTAMA WANITA PBS N.2 BENGKOKA πŸ’™

πŸ“ Pantai Ria, Kota Marudu
πŸ“… 25 Julai 2026
πŸ•™ 10.00 pagi hingga selesai

Syukur ke hadrat Tuhan kerana Mesyuarat Pertama Wanita PBS N.2 Bengkoka telah berlangsung dengan lancar dan jayanya dalam suasana penuh semangat, muafakat serta komitmen daripada semua ahli yang hadir.

Dalam mesyuarat ini, ahli-ahli turut mengesahkan pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Lantikan serta mengesahkan Takwim Aktiviti Wanita PBS N.2 Bengkoka bagi Tahun 2026 sebagai panduan pelaksanaan program dan gerak kerja sepanjang tahun.

Turut Hadir bersama Dr. Samuil Mopun, Ketua Bahagian PBS N.02 Bengkoka sebagai pemerhati. Terima kasih atas kesempatan untuk memberikan taklimat halatuju Pergerakan Wanita PBS N.02 Bengkoka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta memberikan kerjasama dan pandangan yang membina. Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuhkan demi kemajuan Wanita PBS N.2 Bengkoka dan kesejahteraan masyarakat.

β€œBersatu Hati, Berganding Bahu, Wanita N.2 Bengkoka Melakar Perubahan Demi Masa Depan Yang Lebih Gemilang.” πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’™



30/11/2025

Terima Kasih Semua

Salam Sejahtera kepada seluruh warga N.02 Bengkoka

Saya mengakui dan akur sepenuhnya dengan keputusan Pilihan Raya Negeri hari ini. Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Harun Durabi atas kemenangan. Proses demokrasi telah berjalan dengan lancar dan saya menghormati pilihan yang telah dibuat oleh majoriti pengundi khususnya

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Joachim Gunsalam Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah dan kepimpinan tertinggi PBS atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya serta warga bengkoka secara amnya.
Saya juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK Bahagian PBS N2 Bengkoka dan Ketua bahagian PGRS Datuk Mohamad Tasan & seluruh kepimpinan PGRS N2 Bengkoka atas sokongan padu dan kerja keras sepanjang kempen piliharaya ini

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat seluruh jentera GRS N2 Bengkoka dan terutamanya, pengundi yang telah memberikan undi kepada saya. Semangat anda sepanjang kempen, kesanggupan dan pengorbanan anda serta semangat juang amat saya hargai.

Saya juga merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kpd Tn. Sotijin juhui, Norsalim Salam, Tn. Pransol, Dr. Ahkian Ahkiew dan individu individu tertentu yg memberikan sokongan selama kempen ini.

Dr Samuil Mopun
PBS - GRS
29/11/2025.

Address

Kanibongan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergerakan Wanita PBS N.02 Bengkoka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share