Merupakan salah satu balai di bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Utara. Balai Taman Universiti adalah satu balai yang terletak di Jalan Kebudayaan 24, Taman Universiti. Antara tugas yang dilakukan oleh anggota balai taman universiti ialah:-
1.) Mencegah jenayah dengan cara melakukan rondaan dikawasan hotspot atau tempat kerapnya berlaku jenayah.
2.) Menjalankan risikan tentang kegi
atan jenayah di sekitar kawasan pentadbiran balai taman universiti.
3.) Melaksanakan tangkapan keatas orang kena tahan untuk dihadapkan dan dituduh ke mahkamah. Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:-
1.Menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;
2. Menjalankan pendakwaan;
4. Memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
5. Memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;
6. Melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;
7. Mempamerkan maklumat;
8. Melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;
menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;
9. Memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;
10. Melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;
11. Menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan
12. Menjaga ketenteraman didalamnya dan
13. Mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis. Seksyen 21 p**a ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.