Pejabat Menteri Besar Perlis

Pejabat Menteri Besar Perlis Pejabat Menteri Besar Perlis, Kompleks Seri Putra, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis

13 September 20261 Rabiulakhir 1448HYAB Tuan Abu Bakar Hamzah, Menteri Besar Perlis dan isteri, YABhg. Puan Paridah Ibra...
14/09/2026

13 September 2026
1 Rabiulakhir 1448H

YAB Tuan Abu Bakar Hamzah, Menteri Besar Perlis dan isteri, YABhg. Puan Paridah Ibrahim mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis berangkat ke Majlis Makan Malam Penutupan Sidang NEXT-D dan Pelancaran MARNIA Connect For Charity pada jam 7.00 malam(Waktu Indonesia) bertempat di Restoran Bumbu Nusantara, Kota Medan, Indonesia.

Turut berangkat bersama , YAM Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Pelancaran inisiatif ‘Marnia Connect for Charity’ menggabungkan bidang kecantikan dan kebajikan di Kota Medan, Indonesia yang mengangkat pendekatan keusahawanan sosial dengan memanfaatkan jaringan delegasi antarabangsa bagi memperkukuh usaha kebajikan.

Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah YB Dato' Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Profesor Adjunct Dr. Marniati yang merupakan Pengasas bagi jenama kosmetik dan inisiatif kemanusiaan Marnia, Ketua Yayasan Ubudiyah Indonesia, Dedi Zefrizal dan Pengerusi Eksekutif Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE), Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin.

13 September 20261 Rabiulakhir 1448HYAB Tuan Abu Bakar Hamzah, Menteri Besar Perlis dan isteri, YABhg. Puan Paridah Ibra...
14/09/2026

13 September 2026
1 Rabiulakhir 1448H

YAB Tuan Abu Bakar Hamzah, Menteri Besar Perlis dan isteri, YABhg. Puan Paridah Ibrahim mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Persidangan International Comference On Next-Generation Digital Technologies 2026 (NEXT-D) pada jam 3.00 petang bertempat di Auditorium Universitas Muhammadiyah Sumatra Utara (UMSU), Kota Medan, Indonesia.

Turut berangkat bersama , YAM Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

NEXT-D 2026 yang berlangsung selama tiga hari dianjurkan secara kolaboratif oleh Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) dari Perlis, Malaysia, dan pihak UMSU Indonesia dengan tema "Transforming The Digital Landscape With Emerging Technologies" yang menghimpunkan lebih 200 pakar global, ahli akademik dan penggiat industri dari pelbagai negara.

Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah YB Dato' Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Rektor UMSU Prof Dr Akrim, M.Pd dan Pengerusi Eksekutif Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE), Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin.

8 September 202626 Rabiulawal 1448HYAB Tuan Abu Bakar Hamzah, Menteri Besar Perlis dan isteri, YABhg. Puan Paridah bt Ib...
09/09/2026

8 September 2026
26 Rabiulawal 1448H

YAB Tuan Abu Bakar Hamzah, Menteri Besar Perlis dan isteri, YABhg. Puan Paridah bt Ibrahim hadir ke Welcome Dinner sempena 32nd IMT-GT Ministerial Meeting North Sumatra 2026 pada jam 7.30 petang yang berlangsung di JW Marriott Medan, Indonesia.

Turut hadir bersama dalam sesi ini ialah YB Dato' Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

8 September 202626 Rabiulawal 1448HYAB Tuan Abu Bakar Hamzah, Menteri Besar Perlis dan isteri, YABhg. Puan Paridah bt Ib...
09/09/2026

8 September 2026
26 Rabiulawal 1448H

YAB Tuan Abu Bakar Hamzah, Menteri Besar Perlis dan isteri, YABhg. Puan Paridah bt Ibrahim hadir ke Sesi Pemadanan Perniagaan IMT-GT Ke-32 (32nd IMT-GT Business Matching 2026) yang berlangsung di JW Marriott Medan, Indonesia.

Sesi ini menghimpunkan lebih 250 organisasi dan entiti perniagaan dari rantau Indonesia-Malaysia-Thailand serta beberapa negara lain yang terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan berimpak tinggi.

Turut hadir bersama dalam sesi ini ialah YB Dato' Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

2 September 2026 20 Rabiulawal 1448HYAB Tuan Abu Bakar Hamzah, Menteri Besar Perlis mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mes...
02/09/2026

2 September 2026
20 Rabiulawal 1448H

YAB Tuan Abu Bakar Hamzah, Menteri Besar Perlis mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (EXCO) Bil. 24/2026 pada jam 11.00 pagi ini.

Semoga segala urusan melibatkan agenda pertemuan hari ini dipermudah dan diberkati
Allah SWT. In shaa Allah

Address

Pejabat Menteri Besar Perlis, Kompleks Seri Putra
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049708614

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Menteri Besar Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Menteri Besar Perlis:

Shortcuts

Share