Jabatan Pengairan dan Saliran - JPS Negeri Perlis

Jabatan Pengairan dan Saliran - JPS Negeri Perlis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Pengairan dan Saliran - JPS Negeri Perlis, Government Organization, Kangar.

DAULAT TUANKUMerafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan TahniahDuli Yang Maha MuliaTuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengk...
06/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid

Sempena
Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Raja Perempuan Perlis

06 Jun 2026 Bersamaan 20 Zulhijjah 1447H

Sembah Takzim Daripada
Pengarah & Seluruh Warga Kerja Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perlis

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS


04/06/2026

KERJA-KERJA RUTIN MINGGUAN PASUKAN SELENGGARA (BKEJ) JPS PERLIS DI SEKITAR PERLIS

TARIKH & LOKASI PELAKSANAAN:

๐Ÿ“… 04 JUN 2026 (KHAMIS)

๐Ÿ“KOLAM TAKUNGAN TAMAN HIJRAH

DEMI MEMASTIKAN KOLAM TAKUNGAN KEKAL BERFUNGSI DENGAN BAIK SERTA MENJAMIN KESELESAAN PENDUDUK SETEMPAT, KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN PEMOTONGAN RUMPUT SEDANG GIAT DIJALANKAN.

JABATAN INI SENTIASA KOMITED UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA MASYARAKAT, RAKYAT DAN NEGARA.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PERLISKU BESTARI BERKAT LESTARI"

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS


Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026MSemoga sambutan Aidiladha yang penuh makna ini mengingatkan kita akan nilai kei...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

Semoga sambutan Aidiladha yang penuh makna ini mengingatkan kita akan nilai keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga segala ibadah dan amalan yang dilaksanakan diterima serta dikurniakan keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan bersama keluarga dan insan tersayang.

Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada
Pengarah dan Warga Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS


MESYUARAT MAJLIS SUMBER AIR NEGERI PERLIS BILANGAN 1 TAHUN 2026Mesyuarat Majlis Sumber Air Negeri Bilangan 1 Tahun 2026 ...
19/05/2026

MESYUARAT MAJLIS SUMBER AIR NEGERI PERLIS BILANGAN 1 TAHUN 2026

Mesyuarat Majlis Sumber Air Negeri Bilangan 1 Tahun 2026 telah bersidang dengan jayanya pada 19 Mei 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Gerakan 1, Aras 3, Kompleks Seri Putra, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis merangkap Pengerusi Majlis Sumber Air Negeri. Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Tuan Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi portfolio Pertanian, Kesihatan, Keusahawanan dan Koperasi dan Alam Sekitar, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Kerajaan Negeri Perlis, serta Ketua-Ketua Jabatan selaku Ahli Majlis Sumber Air Negeri.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk merangka dasar, strategi, dan pelan pengurusan sumber air secara mampan. Selain itu, perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memastikan penyelarasan yang mantap antara entiti kerajaan bagi menjamin peruntukan sumber air yang adil dan berfaedah untuk seluruh rakyat negeri Perlis.

Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan, sekali gus menjadi asas penting dalam memperkukuhkan perancangan dan pelaksanaan tugas Majlis bagi menghadapi cabaran serta keperluan pengurusan sumber air negeri yang lestari bagi tahun 2026.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS


๐˜ฟ๐‘จ๐™๐‘ณ๐˜ผ๐‘ป ๐‘ป๐™๐‘จ๐™‰๐‘ฒ๐™๐‘€๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘“๐‘Ž๐‘˜ ๐‘†๐‘’๐‘š๐‘๐‘Žโ„Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘†๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘”๐‘”๐‘–-๐‘‡๐‘–๐‘›๐‘”๐‘”๐‘– Ucapan ๐‘‡๐‘Žโ„Ž๐‘›๐‘–๐‘Žโ„Ž๐ท๐‘ข๐‘™๐‘– ๐‘Œ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘€๐‘Žโ„Ž๐‘Ž ๐‘€๐‘ข๐‘™๐‘–๐‘Ž ๐‘‡๐‘ข๐‘Ž๐‘›๐‘˜๐‘ข ๐‘†๐‘ฆ๐‘’๐‘‘ ๐‘†๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘—๐‘ข๐‘‘๐‘‘๐‘–๐‘› ๐ผ๐‘๐‘›๐‘– ๐ด๐‘™๐‘š๐‘Ž๐‘Ÿโ„Ž๐‘ข๐‘š ...
16/05/2026

๐˜ฟ๐‘จ๐™๐‘ณ๐˜ผ๐‘ป ๐‘ป๐™๐‘จ๐™‰๐‘ฒ๐™

๐‘€๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘“๐‘Ž๐‘˜ ๐‘†๐‘’๐‘š๐‘๐‘Žโ„Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘†๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘”๐‘”๐‘–-๐‘‡๐‘–๐‘›๐‘”๐‘”๐‘– Ucapan ๐‘‡๐‘Žโ„Ž๐‘›๐‘–๐‘Žโ„Ž
๐ท๐‘ข๐‘™๐‘– ๐‘Œ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘€๐‘Žโ„Ž๐‘Ž ๐‘€๐‘ข๐‘™๐‘–๐‘Ž ๐‘‡๐‘ข๐‘Ž๐‘›๐‘˜๐‘ข ๐‘†๐‘ฆ๐‘’๐‘‘ ๐‘†๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘—๐‘ข๐‘‘๐‘‘๐‘–๐‘› ๐ผ๐‘๐‘›๐‘– ๐ด๐‘™๐‘š๐‘Ž๐‘Ÿโ„Ž๐‘ข๐‘š ๐‘‡๐‘ข๐‘Ž๐‘›๐‘˜๐‘ข ๐‘†๐‘ฆ๐‘’๐‘‘ ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ก๐‘Ÿ๐‘Ž ๐ฝ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘™๐‘ข๐‘™๐‘™๐‘Ž๐‘–๐‘™, ๐‘…๐‘Ž๐‘—๐‘Ž ๐‘๐‘’๐‘”๐‘’๐‘Ÿ๐‘– ๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿ๐‘™๐‘–๐‘  ๐‘†๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘›๐‘Ž ๐‘†๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘ข๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐‘ˆ๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘‡๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘› ๐พ๐‘’๐‘๐‘ข๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘’-83 ๐ท๐‘Œ๐‘€๐‘€ ๐‘‡๐‘ข๐‘Ž๐‘›๐‘˜๐‘ข ๐‘…๐‘Ž๐‘—๐‘Ž ๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿ๐‘™๐‘–๐‘  ๐‘ƒ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž 17 ๐‘€๐‘’๐‘– 2026 ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘Ž๐‘› 29 ๐‘๐‘ข๐‘™๐‘˜๐‘Ž๐‘’๐‘‘๐‘Žโ„Ž 1447๐ป

๐™Ž๐’†๐™ข๐’ƒ๐™–๐’‰ ๐‘ป๐™–๐’Œ๐™ฏ๐’Š๐™ข ๐˜ฟ๐’‚๐™ง๐’Š๐™ฅ๐’‚๐™™๐’‚:
๐™‹๐’†๐™ฃ๐’ˆ๐™–๐’“๐™–๐’‰ ๐‘บ๐™š๐’“๐™ฉ๐’‚ ๐‘บ๐™š๐’๐™ช๐’“๐™ช๐’‰ Warga Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS


Fenomena Air Pasang (Mei 2026)Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS
16/05/2026

Fenomena Air Pasang (Mei 2026)

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS


Laporan Operasi Pembenihan Awan Negeri PerlisJabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS
16/05/2026

Laporan Operasi Pembenihan Awan Negeri Perlis

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS


๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐‘๐“๐ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐‚๐€๐Š๐๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ Satu lawatan kerja telah diadakan oleh Ketua Setiausaha Kementeria...
12/05/2026

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐‘๐“๐ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐‚๐€๐Š๐๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ

Satu lawatan kerja telah diadakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Datoโ€™ Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli pada 11 Mei 2026 bagi meninjau Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Perlis serta memantau pelaksanaan Projek Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir di Sungai Abi, Kampung Raja Chongah, Santan, Padang Besar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis atas kesudian beliau hadir bersama-sama dalam sesi lawatan ke Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Perlis ini. Sokongan padu daripada pihak Kerajaan Negeri amatlah dihargai dalam memastikan kelestarian pengurusan sumber air dan tebatan banjir di Negeri Perlis.

Lawatan ini turut diiringi oleh YBhg. Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah JPS Malaysia, YBrs. En. Amisam bin ismail, Setiausaha Bahagian Pembangunan PETRA, YBrs. Ir. Marenawati binti Abd Malek Bahagian Pengurusan Banjir, JPS Malaysia, YBrs. Kol Bersekutu Ir. Ts. Hajah Norlida Binti Mamad @ Samad Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, JPS Malaysia, YBrs. Ir. Asnol Adzhan bin Abd. Manap, Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia; YBrs. Tuan Amir Budiman bin Abdullah, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis, pegawai-pegawai dari PETRA serta pegawai-pegawai dari JPS Perlis dan Pejabat Projek Persekutuan Perlis.

Dalam lawatan tersebut, Ybhg. Datoโ€™ Sri KSU PETRA diberikan taklimat oleh Pengarah JPS Perlis berkaitan status pelaksanaa Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Perlis serta memantau pelaksanaan Projek Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir di Sungai Abi, Kampung Raja Chongah, Santan, Padang Besar.

Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen dan sokongan yang amat signifikan dari Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran dalam memperkukuh langkah-langkah mitigasi banjir demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat.
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS


Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Perkahwinan Diraja Ke-32 kepada Duli Yang Teramat Muli...
09/05/2026

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Perkahwinan Diraja Ke-32 kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

Semoga Duli-Duli Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta terus bersemayam memayungi Negeri Perlis dengan penuh kedaulatan dan kebijaksanaan.

Sembah takzim daripada :
Pengarah
&
Warga Kerja Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perlis

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS


Address

Kangar

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6049769975

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan dan Saliran - JPS Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share