Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Perpustakaan Awam Negeri Perlis Perlis Public Library

MAKLUMAN PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAANPerkhidmatan Perpustakaan Awam Negeri Perlis ditutup pada 16 September 2026 ...
15/09/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

Perkhidmatan Perpustakaan Awam Negeri Perlis ditutup pada 16 September 2026 (RABU) sempena cuti umum HARI MALAYSIA 2006.

Perkhidmatan akan dibuka semula pada 17 September 2026 (KHAMIS).

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026.



TERIMA KASIH.

Taklimat Literasi Media dan Maklumat (E-LMM) Serta Promosi Perpustakaan Digital PNM uPustaka 2026.Tarikh : 9 September 2...
15/09/2026

Taklimat Literasi Media dan Maklumat (E-LMM) Serta Promosi Perpustakaan Digital PNM uPustaka 2026.

Tarikh : 9 September 2026 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tghari
Tempat : Bilik Komputer ADTEC JTM Kampus Kangar.

Aktiviti
1. Pengenalan uPustaka dan pendaftaran keahlian
2. Taklimat Pangkalan Data OVERDRIVE, BLIS, ALKEM.
3. INFO HUNT LITERASI MAKLUMAT
4. Penyampaian hadiah.

Seramai 25 peserta yang terlibat dalam taklimat ini. Diharapkan para pelajar dapat mengambil peluang dan menggunakan kemudahan perpustakaan yang ditawarkan secara optimum.


Pameran dan kempen daftar ahli perpistakaan sempena Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Syed Ahmad.  Turut diadakan pelbagai...
14/09/2026

Pameran dan kempen daftar ahli perpistakaan sempena Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Syed Ahmad. Turut diadakan pelbagai aktiviti antaranya pameran buku, jelajah literasi kemerdekaan, kuiz, dialek perlis, u-Pustaka, permainan dan sebagai.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PPKI SK SANGLANG
11/09/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PPKI SK SANGLANG

PERTANDINGAN PENGISAHAN SEJARAH NEGERI PERLIS 2026Tema : Perlis Indera Kayangan, Sejarah Pembentukan Negeri BerdaulatKEP...
07/09/2026

PERTANDINGAN PENGISAHAN SEJARAH NEGERI PERLIS 2026

Tema : Perlis Indera Kayangan, Sejarah Pembentukan Negeri Berdaulat

KEPUTUSAN PERTANDINGAN
a. KATEGORI SEKOLAH RENDAH
i. Johan – SK Long Boh (D’Lobo)
ii. Naib Johan – Sekolah Agama Al-Islahiyah Rendah (Gema Kayangan)
iii. Ketiga - Sekolah Agama Al-Islahiyah Rendah (Satria Sejarah)

b. KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
i. Johan – SMK Guar Nangka (Lantera Kayangan)
ii. Naib Johan – SMK Tuanku Lailatul Shareen (Sinar Perlis)
iii. Ketiga – SMK Sanglang ( Lang Seni Production)
iv. Saguhati
1. SMK Dato’ Sheikh Ahmad (Sang Pewaris)
2. SMK Dato’ Sheikh Ahmad (Satria Negara)
3. SMK Agama Arau ( Pendekar Sejati)
4. SMK Dato’ Sheikh Ahmad (Anak Malaysia)
5. SMK Dato’ Sheikh Ahmad (Gen-M)

c. HADIAH KHAS
i. Skrip Terbaik - SMK Guar Nangka
ii. Kostum dan tatarias - SMK Guar Nangka
iii. Pelakon Terbaik - Alif Al-Jazari (SMK Sanglang)

07/09/2026
Siapa kata perpustakaan membosankan? Inilah wajah perpustakaan hari ini — bukan sekadar tempat membaca, tetapi ruang unt...
06/09/2026

Siapa kata perpustakaan membosankan? Inilah wajah perpustakaan hari ini — bukan sekadar tempat membaca, tetapi ruang untuk belajar, bermain, berkarya dan berkongsi pengalaman bersama dan sudah tentunya ramai yang menyukai perpustakaan… kerana perpustakaan bukan sekadar tempat mencari ilmu, tetapi tempat yang sentiasa dekat di hati.
Pada 5 dan 6 September yang lalu, reruai perpustakaan turut memeriahkan Karnival Semarak Perpaduan anjuran Yayasan Angkasa pada 5&6 September 2026 dengan pelbagai aktiviti yang santai, menyeronokkan dan pastinya penuh ilmu!
Pengunjung bukan sahaja berpeluang membaca dan meneroka bahan bacaan, malah boleh bermain sambil belajar melalui aktiviti Dialek Perlis, Kuiz Literasi Kemerdekaan, kraftangan lollipop, mewarna, permainan bahasa dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.

Pengunjung daripada kanak-kanak hinggalah ibu bapa, semuanya turut mengambil bahagian.

Terima kasih kepada semua yang singgah dan memeriahkan reruai perpustakaan!
Jumpa lagi di program perpustakaan yang seterusnya! 🌟

RANGGA MUSTIKA SERLAHKAN WARISAN DAN ILMU DI PESTA AIR ANTARABANGSA KUALA PERLIS 2026KUALA PERLIS, 4 September 2026 – Pe...
05/09/2026

RANGGA MUSTIKA SERLAHKAN WARISAN DAN ILMU DI PESTA AIR ANTARABANGSA KUALA PERLIS 2026

KUALA PERLIS, 4 September 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) bersama Kampung Wai Permai tampil memeriahkan Pertandingan Bot Berhias sempena Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026 menerusi bot berhias yang diberi nama “Rangga Mustika”.

Mengangkat tema “Laut dan Tradisional”, Rangga Mustika dihiasi elemen ombak, ikan, kerang-kerangan serta hidupan marin yang menggambarkan kekayaan khazanah perairan Kuala Perlis. Keunikan bot turut diserikan dengan replika rumah tradisional Perlis dan ukiran kerawang yang menyerlahkan kehalusan seni serta warisan masyarakat tempatan.

Gemerlapan cahaya yang menghiasi bot membawa simbol harapan dan masa hadapan, manakala Perpustakaan Awam Negeri Perlis diibaratkan sebagai pelita ilmu yang menerangi masyarakat melalui pembudayaan membaca. Laut yang luas p**a melambangkan ilmu yang tiada penghujung.

Berteraskan semangat “Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya”, penyertaan Rangga Mustika menjadi manifestasi kerjasama antara PPANPs selaku Jabatan Angkat dengan komuniti Kampung Wai Permai dalam menggabungkan elemen warisan, budaya dan ilmu.

Orang ramai turut berpeluang melihat dengan lebih dekat keunikan dan keindahan Rangga Mustika yang dipamerkan sehingga 6 September 2026 sempena berlangsungnya Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026.

Penganjuran pesta ini turut menjadi platform memperkenalkan identiti, budaya masyarakat pesisir dan keunikan Kuala Perlis sebagai destinasi pelancongan negeri Perlis.

KEM PEMBANGUNAN INSAN NADI KECEMERLANGAN 2026 (KEM PINK 2026)HARI KETIGA============================EKSPLORASI RASA: DAP...
04/09/2026

KEM PEMBANGUNAN INSAN NADI KECEMERLANGAN 2026 (KEM PINK 2026)

HARI KETIGA

============================
EKSPLORASI RASA: DAPUR PANAS
============================

Hari ketiga KEM PINK 2026 diteruskan dengan aktiviti Eksplorasi Rasa: Dapur Panas yang membawa para peserta ke Pasar Besar Sena. Aktiviti ini memberi pengalaman secara langsung kepada peserta dalam merancang, memilih dan menyediakan bahan mentah untuk hidangan masakan kampung.

Sebelum aktiviti bermula, setiap kump**an telah membuat undian tugasan yang merangkumi penyediaan nasi, sayur manis, ikan goreng, minuman dan sambal belacan. Wakil daripada setiap kump**an kemudiannya dibawa ke pasar bagi mendapatkan sendiri bahan-bahan mentah yang diperlukan seperti ikan, sayur-sayuran, beras dan bahan minuman.

Sementara menunggu bahan-bahan basah tiba, sebahagian peserta turut diberikan tugasan awal seperti mengupas bawang dan menyediakan labu. Aktiviti ini bukan sahaja menguji kemahiran peserta, malah memberi pendedahan tentang proses penyediaan makanan bermula daripada pemilihan bahan sehingga hidangan siap untuk dinikmati.

Setibanya bahan-bahan yang dibeli, para peserta mula menyiang ikan, memotong sayur-sayuran dan menyediakan masakan dengan bimbingan serta bantuan urus setia. Pelbagai gelagat menarik turut dapat disaksikan. Ada peserta yang pertama kali menyiang ikan, ada yang begitu teruja sehingga berebut-rebut untuk memasukkan sayur ke dalam kuali, malah ada risau raga jaras yang di basuh akan bocor!

Selain menu utama, peserta turut disediakan ayam masak kicap, sayur goreng, ulam -ulaman dan serawa labu sebagai pencuci mulut. Kesemua hidangan tersebut kemudiannya dinikmati bersama sebagai menu makan tengah hari hasil usaha dan kerjasama para peserta sendiri.

Aktiviti ini berjaya menerapkan nilai kerjasama, komunikasi, pembahagian tugas, kreativiti, pengurusan masa dan tanggungjawab di samping memperkenalkan peserta kepada warisan masakan kampung serta pengalaman mengurus penyediaan makanan secara berkump**an.

============
KUASAI DUNIA
============

Sesi Kuasai Dunia merupakan aktiviti pembentangan yang memberi peluang kepada peserta mengetengahkan hasil tugasan dan pengalaman sepanjang tiga hari mengikuti KEM PINK 2026.

Setiap kump**an dikehendaki menyediakan pembentangan menggunakan aplikasi Canva dengan hanya lima slaid dan tempoh pembentangan selama lima minit. Peserta perlu menyusun maklumat secara kreatif, ringkas dan berkesan bagi menyampaikan hasil tugasan mereka kepada para penilai.

Selain pembentangan, setiap kump**an turut dikehendaki menghantar dokumentasi Eksplorasi Muzium untuk tujuan pemarkahan. Tugasan ini menguji keupayaan peserta dalam menghasilkan kandungan digital, membuat penyusunan maklumat serta menyampaikan idea secara sistematik dan menarik.

Tugasan mengendalikan sesi Kuasai Dunia

Sebagai elemen pengukuhan kemahiran insaniah, para peserta turut diberikan tugasan untuk mengendalikan sesi Kuasai Dunia.

Melalui tugasan ini, peserta diberikan peluang untuk mengasah kemahiran pengucapan awam, pengendalian majlis, komunikasi, kerja berpasukan dan kepimpinan. Mereka perlu memainkan peranan sebagai pengacara serta memastikan sesi penutupan dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

Tugasan ini selaras dengan matlamat KEM PINK 2026 dalam membentuk generasi yang berkeyakinan, berketerampilan, kreatif, berkomunikasi dengan baik dan berdaya saing. Pengalaman mengendalikan majlis secara langsung juga menjadi platform kepada peserta untuk membina keberanian, meningkatkan keyakinan diri dan mempraktikkan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang kem.

KEM PEMBANGUNAN INSAN NADI KECEMERLANGAN 2026(KEM PINK 2026)HARI KEDUA=====================================Eksplorasi Ku...
04/09/2026

KEM PEMBANGUNAN INSAN NADI KECEMERLANGAN 2026
(KEM PINK 2026)

HARI KEDUA

=====================================
Eksplorasi Kutub Kanah @ Perpustakaan Desa Paya Kelubi
=====================================

Hari kedua KEM PINK 2026 diteruskan dengan Eksplorasi Kutub Kanah @ Perpustakaan Desa Paya Kelubi yang berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dan semangat patriotik.

Ketibaan rombongan peserta disambut meriah oleh penduduk kampung dengan kibaran Jalur Gemilang serta iringan basikal, sekali gus menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan peserta.

Sepanjang eksplorasi, peserta dibahagikan kepada beberapa kump**an dan diberikan tugasan menyediakan kuih buah Melaka, merangkumi aktiviti menggelentel buah Melaka, merebus serta mengaul buah Melaka dengan kelapa muda. Dua kump**an lain p**a diberikan tanggungjawab mengendalikan Pertandingan Ejaan Bahasa Melayu dan Pertandingan Baca Jawi Lama.

Menariknya, sebahagian buah Melaka yang dihasilkan disusun membentuk Jalur Gemilang, sebagai simbolik kepada sambutan
Hari Kebangsaan Malaysia ke-69. Aktiviti ini bukan sahaja mencungkil kreativiti dan kemahiran bekerja dalam kump**an, malah menyemai nilai patriotisme serta penghargaan terhadap warisan makanan tradisional.

Program ini mendapat kerjasama erat daripada KRT Kampung Paya Kelubi dan Jawatankuasa Perpustakaan Desa Kampung Paya Kelubi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas sambutan mesra, komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan aktiviti KEM PINK 2026.

============================
Eksplorasi Survival @ Kem 504 AW
============================

Pengembaraan peserta diteruskan dengan Eksplorasi Survival @ Kem 504 AW, yang menguji keberanian, ketahanan fizikal dan semangat juang para peserta.

Peserta terlebih dahulu diberikan taklimat keselamatan serta teknik merempuh halangan yang diketuai oleh Mejar Mohd Haslan bin Ahmad. Seterusnya, peserta diberi peluang untuk mencuba sendiri pelbagai halangan yang terdapat di litar tersebut.

Antara cabaran yang ditempuhi termasuklah tembok enam kaki, lompat parit, merangkak di bawah kawad duri serta pelbagai halangan lain yang menguji kekuatan fizikal, keberanian dan ketahanan mental peserta.

Rata-rata peserta menunjukkan semangat yang tinggi dan begitu teruja menyahut cabaran yang diberikan. Aktiviti ini bukan sahaja mencetuskan pengalaman yang menyeronokkan, malah membina keyakinan diri, disiplin, kerjasama berpasukan dan semangat tidak mudah berputus asa dalam kalangan peserta.

Tugasan Penutupan di Setiap Lokasi

Sebagai elemen pengukuhan kemahiran insaniah, peserta turut diberikan tugasan mengendalikan sesi penutupan majlis di setiap lokasi eksplorasi

Tugasan ini memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran pengucapan awam, pengendalian majlis, komunikasi dan kepimpinan, selaras dengan matlamat KEM PINK 2026 dalam membentuk generasi yang berkeyakinan, berketerampilan dan berdaya saing.

Address

Jalan Penjara
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 08:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 08:00 - 12:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+604-9764436

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Awam Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Awam Negeri Perlis:

Shortcuts

Share

Category