15/05/2026
14 Mei 2026 | Khamis
πππππ πππππ ππππ π.π | πππππ ππππππ πππ πππππππ ππππππ
Alhamdulillah, program USRAH VIBES Siri 4.0 anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar telah berlangsung dengan baik dan lancar semalam dalam suasana penuh ukhwah, santai serta pengisian ilmu yang bermanfaat.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar dan para sahabat yang hadir memeriahkan program ini. Kehadiran dan komitmen semua amat dihargai dalam usaha memperkukuhkan saf perjuangan serta menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan pemuda.
Semoga segala perkongsian dan pertemuan ini menjadi asbab kepada bertambahnya kefahaman, kesatuan hati dan semangat untuk terus istiqamah dalam gerak kerja dakwah serta kebajikan masyarakat.
Insya-Allah, semoga kita dipertemukan lagi dalam siri program yang akan datang.