Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi

Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi Laman Facebook Rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis mulai tahun 2024

DAULAT TUANKUMerafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almar...
06/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis, sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 6 Jun 2026 bersamaan 20 Zulhijjah 1447H.

Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta limpahan rahmat, dan terus bersemayam memayungi Negeri Perlis dengan penuh kedaulatan, kebijaksanaan dan kasih sayang kepada rakyat jelata.

Sembah takzim daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis

📢 NOTIS KERJA UNDI MARRIS NEGERI PERLIS TAHUN 2026Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis mempelawa kontraktor-kontraktor yang ...
05/06/2026

📢 NOTIS KERJA UNDI MARRIS NEGERI PERLIS TAHUN 2026

Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis mempelawa kontraktor-kontraktor yang berdaftar dan memenuhi syarat kelayakan untuk menyertai Kerja Undi Perdana MARRIS Negeri Perlis Tahun 2026.

✅ Kelayakan Permohonan:
• Berdaftar dengan CIDB di Negeri Perlis
• Memiliki Sijil Taraf Bumiputera (STB)
• Memiliki Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang sah
• Gred G1, Kategori CE, Pengkhususan CE21
• Tempoh sah sijil tidak kurang daripada 90 hari dari tarikh tutup iklan

📋 Maklumat Kerja Undi
• Bilangan Projek: 44 Projek
(JKR: 13 | JPS: 16 | BPD: 15)

🗓 Tempoh Pendaftaran Dalam Talian
05 Jun 2026 hingga 11 Jun 2026
⏰ 8.00 pagi – 2.00 petang

🔗 Pautan Pendaftaran
https://s3pk.jkr.gov.my/pc2/IklanDetails.aspx?refNo=PRO260526144821337

📍 Cabutan Kerja Undi
🗓 18 Jun 2026 (Khamis)
⏰ 3.00 petang
📡 Disiarkan secara langsung melalui Facebook Live Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis

⚠️ Perhatian
Kontraktor yang berminat hendaklah memastikan profil syarikat telah didaftarkan dan disahkan dalam Sistem Pengurusan Projek dan Pemantauan Kerja (S3PK) Negeri Perlis sebelum tarikh tutup pendaftaran. Hanya kontraktor yang memenuhi syarat dan tidak dikenakan penggantungan atau tindakan tatatertib oleh CIDB/PKK layak menyertai kerja undi ini.

📞 Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Unit Berkaitan, Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis.

MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAHYANG AMAT MULIA DATO' SERI DIRAJA DATIN PADUKA HAJAH SHARIFAH FAZIRA BINTI ...
05/06/2026

MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH

YANG AMAT MULIA DATO' SERI DIRAJA DATIN PADUKA HAJAH SHARIFAH FAZIRA BINTI DYMM TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL

TENGKU PUTERI MAHKOTA PERLIS

Sempena

SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN

Pada

5 JUN 2026

Sembah Takzim dan Kasih Sayang Daripada :
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis

DAULAT TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawa...
31/05/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan, keadilan serta kedaulatan.

Menjunjung kasih Tuanku atas segala jasa, kepimpinan dan pengorbanan dalam memartabatkan institusi Raja Berperlembagaan demi kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia.

Ingatan tulus ikhlas daripada

Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis



Address

K. M, 3, Jalan Raja Syed Alwi
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:15 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share