26/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
KANGAR, 26 OGOS 2026 โ Hospital Tuanku Fauziah (HTF) melangkah seiring komitmen meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan menerusi penganjuran Bengkel Audit Klinikal 2026 bertempat di Dewan CME, HTF. Program anjuran bersama Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal serta Jawatankuasa Audit Klinikal HTF ini berlangsung selama sehari.
Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Hj. Amin Sah bin Hj. Ahmad, Pengarah Hospital Tuanku Fauziah. Turut hadir bersama ialah Dr. Ahmad Asyraf bin Zulkefeli, Ketua Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal, serta Dr. Siti Norhazlin binti Mohd Said, Penyelaras Jawatankuasa Audit Klinikal HTF. Dalam ucapan perasmiannya, YBrs. Dr. Hj. Amin Sah menegaskan bahawa amalan klinikal berteraskan kualiti dan bukti (evidence-based practice) perlulah dihayati dan dijadikan budaya kerja seharian oleh setiap warga HTF. Hasil dan impak daripada projek audit klinikal ini dijangka memberi manfaat terus kepada keselesaan dan keselamatan pesakit di wad mahupun di klinik.
Audit klinikal bukan sekadar rutin pentadbiran, sebaliknya merupakan teras utama Clinical Governance dalam menilai kepatuhan perkhidmatan kepada Clinical Practice Guidelines (CPG) dan standard kebangsaan. Melalui penyertaan seramai 42 pegawai dan anggota kesihatan daripada pelbagai jabatan, bengkel ini bertujuan memantapkan kefahaman terhadap pelaksanaan audit klinikal yang proaktif, sekali gus mengurangkan risiko keselamatan pesakit (patient safety) serta meningkatkan kualiti perawatan secara berterusan.
Pihak hospital amat bertuah kerana mendapat bimbingan pakar daripada Dr. Mohd Nazrin bin Jamhari, Pakar Perubatan Epidemiology, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kesihatan primer) di Bahagian Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, yang berkongsi metodologi, penyediaan projek, hingga pembentangan dapatan audit.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa penganjur serta para peserta yang hadir memberikan komitmen padu!