JSPT Perlis

JSPT Perlis JSPT

15/09/2026

SALAM TAKZIAH

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), YDH CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah bin Ali serta seluruh warga JSPT menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga SJN 139096 Mohd Irfan bin Khalid, Cawangan Pengurusan Saman JSPT Bukit Aman, atas pemergian Allahyarham.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal ibadah serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

13/09/2026

DUA PENUNGGANG DITAHAN DALAM OP SAMSENG JALANAN SKUAD 42 JSPT IPK PERLIS









DUA PENUNGGANG DITAHAN DALAM OP SAMSENG JALANAN SKUAD 42 JSPT IPK PERLISKangar, 13 September 2026.Aktiviti lumba haram d...
13/09/2026

DUA PENUNGGANG DITAHAN DALAM OP SAMSENG JALANAN SKUAD 42 JSPT IPK PERLIS

Kangar, 13 September 2026.

Aktiviti lumba haram dan aksi tunggangan secara melulu serta membahayakan terus menjadi sasaran Skuad 42 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Perlis menerusi Op Motosikal (Samseng Jalanan).

Dalam operasi yang dijalankan sekitar Jalan Kangar–Perlis–Changlun, pasukan risikan dan operasi telah mengesan dua penunggang motosikal yang dipercayai sedang melakukan aksi tunggangan secara melulu dan berbahaya.

Pasukan Skuad 42 berjaya menahan dua penunggang lelaki berusia 17 dan 19 tahun di hadapan sebuah bengkel motosikal. Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua penunggang tidak memiliki lesen memandu.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada nombor pendaftaran, Lesen Kenderaan Motor (LKM), aksesori, cermin sisi, ekzos, ubah suai, lesen memandu, brek dan insurans.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

JSPT IPK Perlis menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan khususnya di lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan aktiviti lumba haram dan samseng jalanan.

⚠️ Jangan jadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan.
⚠️ Aksi berbahaya bukan keberanian, tetapi mengundang padah.

Jadilah pengguna jalan raya yang berhemah dan utamakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

“SELAMAT BERSAMA JSPT”









11/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Pemangku Ketua Polis Perlis, YDH SAC Zaihairul bin Idrus serta seluruh warga PDRM Kontinjen Perlis merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH SAC Hamzah bin Hashim atas kenaikan pangkat Deputy Commissioner of Police (DCP), dan akan menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Perlis yang baharu.

09/09/2026

04/09/2026
02/09/2026

MERDEKA BUKAN LESEN UNTUK MEMBAHAYAKAN NYAWA !!! 2 SAMSENG JALANAN DICEKUP SKUAD 42KUALA PERLIS, 31 Ogos 2026 – Sambutan...
31/08/2026

MERDEKA BUKAN LESEN UNTUK MEMBAHAYAKAN NYAWA !!! 2 SAMSENG JALANAN DICEKUP SKUAD 42

KUALA PERLIS, 31 Ogos 2026 – Sambutan Malam Merdeka tidak menghalang JSPT IPK Perlis daripada terus melaksanakan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan lumba haram.

Melalui Op Motosikal (Samseng Jalanan) Skuad 42, dua (2) lelaki tempatan berusia 20 dan 21 tahun telah ditahan selepas dikesan melakukan aksi lumba haram dan menunggang secara melulu serta berbahaya di sekitar Pesisir Pantai Kuala Perlis pada awal pagi 31 Ogos 2026.

Kedua-dua suspek dikesan berlumba sesama sendiri, melakukan aksi zig-zag, memotong antara satu sama lain serta menunggang pada kelajuan tinggi di jalan awam.

Hasil operasi, pasukan telah membuat dua (2) tangkapan, menyita dua (2) buah motosikal serta mengeluarkan 17 keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JSPT Perlis akan terus mempergiatkan operasi dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

JSPT PERLIS | PDRM PERLIS

27/08/2026

Address

Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+49872222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JSPT Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JSPT Perlis:

Shortcuts

Share

Category