25/06/2026
24 JUN 2026 I SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH PROF. IR. DR. RIZALAFANDE CHE ISMAIL
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail atas segala jasa, komitmen dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menyandang amanah sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniMAP bagi dari tempoh 24 Jun 2024 – 23 Jun 2026.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, pelbagai usaha strategik telah diterajui dalam memperkukuh budaya penyelidikan, memperkasa inovasi, meningkatkan jaringan kolaborasi bersama industri dan komuniti, serta mengangkat kecemerlangan penyelidikan UniMAP ke peringkat nasional dan antarabangsa.
Segala sumbangan, dedikasi dan iltizam yang telah diberikan akan sentiasa menjadi legasi bermakna serta inspirasi kepada seluruh warga universiti dalam meneruskan agenda kecemerlangan penyelidikan dan inovasi.
Semoga Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus mencapai kejayaan dalam setiap amanah dan tanggungjawab yang bakal digalas.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Selamat maju jaya.