Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis

Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis Laman Rasmi Facebook Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis

21/06/2026
Selamat menyambut Awal Muharram 1448H! Semoga tahun baharu ini membawa limpahan rahmat, keamanan, dan kesejahteraan buat...
16/06/2026

Selamat menyambut Awal Muharram 1448H!

Semoga tahun baharu ini membawa limpahan rahmat, keamanan, dan kesejahteraan buat seluruh masyarakat.

Marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, persefahaman dan saling menghormati bagi membina komuniti yang harmoni dan bersatu padu serta dijauhkan dari persengketaan yang akan meruntuhkan umat Islam.





16/06/2026

💔 “DIA KATA SAYANG… RUPANYA IA ADALAH PERANGKAP”
Mula dari kenalan biasa di laman sosial… Setiap hari mesej tak putus asa…Ambil berat, manis kata, janji masa depan…semuanya MANIS 💬
👉 Lama-lama… mangsa mula percaya. Itu lah Perangkap Cinta Alam Maya..
Ingat!! Bukan semua “I love you” itu Ikhlas.

“Cinta” tiba-tiba bertukar jadi alasan:
💸 Kemalangan, ✈️ Tiket penerbangan,📦 Parcel sangkut, 📉 Bisnes bermasalah
👉 Ujungnya: BILA DAH ‘CINTA’ DAN PERCAYA, DUIT MULA DIMINTA.

Dan bila dah hantar…❌ Scammer hilang tanpa jejak. Menyesal pun dah tidak berguna.

🔐 Lindungi diri: Sentiasa amalkan Konsep 3S:
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

💔 “Jangan biar cinta palsu musnahkan hidup anda.” 💔

Sources: JSJK Selangor


Jangan dinafikan hak kanak-kanak. Mereka merupakan salah satu aset utama dalam membentuk sebuah masyarakat yang harmani ...
16/06/2026

Jangan dinafikan hak kanak-kanak. Mereka merupakan salah satu aset utama dalam membentuk sebuah masyarakat yang harmani dan negara yang aman pada masa hadapan.






Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] berperanan melindungi kanak-kanak daripada penderaan, pengabaian dan eksploitasi serta menjamin hak mereka untuk membesar dengan sejahtera.

Sayangi dan lindungi kanak-kanak kerana mereka adalah aset masa depan negara.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak





16/06/2026

✨ Khabar baik untuk pengguna bank!

Pengeluaran wang tunai di ATM dan SRM seluruh negara kini percuma tanpa had bermula 1 Julai 2026. 🏧💰




DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PE...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada seluruh warga Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis mendoakan agar Seri Paduka Baginda terus dikurniakan kesihatan yang terbaik dan dirahmati Allah SWT.





📣📣Mohon war-warkan
29/05/2026

📣📣Mohon war-warkan

Semua kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) termasuk di Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan ditutup pada Isnin dan Selasa ini.

JIM dalam hantaran di media sosial memaklumkan bahawa penutupan itu susulan hari kelepasan am bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang jatuh pada Isnin dan perayaan Hari Wesak pada Selasa.

Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2562723

📌📌📌Masih berbaki dua hari lagi. Mana tau kot ada idea yang ringkas boleh lagi hantar penyertaan na. Yang penting ikut te...
29/05/2026

📌📌📌Masih berbaki dua hari lagi.

Mana tau kot ada idea yang ringkas boleh lagi hantar penyertaan na. Yang penting ikut tema ✌. Sebarang pertanyaan hubungi 017- 5544558 (urusetia)




🔊🔊 Berbaki 2 minggu lagi. Cepat²‼️

🎬🎼🎭 PERTANDINGAN VIDEO KREATIF 2026 SEMPENA SAMBUTAN BULAN KESELAMATAN NEGARA🇲🇾

Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis sedang mencari bakat dalam Pertandingan Video Kreatif 2026 Sempena Sambutan Bulan Keselamatan Negara.

📢 Tema:
KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

📌 SYARAT PENYERTAAN:
✅ Terbuka kepada Warganegara Malaysia (13 tahun ke atas)
✅ Penyertaan secara individu
✅ Tiada yuran penyertaan
✅ Terhad kepada satu (1) penyertaan sahaja
✅ Dibenarkan menggunakan Loghat Perlis
✅ Tidak dibenarkan 🚫 menggunakan AI
✅ Mengikut tema yang telah ditetapkan

🎥 SPESIFIKASI VIDEO:
📌 Durasi: 60 – 90 saat
📌 Format: MP4 (HD 1920x1080)
📌 Bahasa: Bahasa Melayu sepenuhnya
📌 Kandungan tidak menyentuh isu sensitif
📌 Hantar melalui Google Drive / Dropbox

📅 TARIKH PENYERTAAN:
🗓️ 1 Mei 2026 – 31 Mei 2026

🏆 HADIAH MENARIK MENANTI SETIAP PEMENANG:
🥇 Tempat Pertama: RM1,700
🥈 Tempat Kedua: RM1,100
🥉 Tempat Ketiga: RM500
🎖️ Tempat ke-4 hingga ke-10: Saguhati

♥🔔PEMENANG UTAMA akan layak bertanding ke PERINGKAT KEBANGSAAN

👉 Klik untuk maklumat lanjut & penyertaan:
🔗 [https://sites.google.com/view/pvkmknperlis2026/home]

Sebarang pertanyaan:
📞04-9791000 (Pejabat)
📞017-5544558 (Pn. Nor Aida)

📢 Jom sertai sekarang & rebut peluang ini❗️

Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.










Pohon sena teguh berdiri,Tempat burung berehat tenang,Selamat bertugas di tempat baharu,Semoga kerjaya terus cemerlang.S...
26/05/2026

Pohon sena teguh berdiri,
Tempat burung berehat tenang,
Selamat bertugas di tempat baharu,
Semoga kerjaya terus cemerlang.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Ku Shazwani binti Ku Azizan kerana akan bertugas di Jabatan Kastam Negeri Perlis. Semoga segala pengalaman dan kemahiran yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya di jabatan baharu untuk terus cemerlang pada masa akan datang.

Seluruh warga kerja Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis mendoakan semoga puan diberikan kesihatan yang baik dan beroleh kegembiraan serta diberikan kelancaran dalam setiap urusan. Terima kasih atas segala memori dan kerjasama yang baik selama ini dalam memastikan kelancaran pentadbiran di MKN.

Selamat maju jaya💪🥰







Address

Tingkat 1, Bangunan Persekutuan Lama
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049791000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis:

Share