Armada Bersatu Bahagian Kangar - Rasmi

Armada Bersatu Bahagian Kangar - Rasmi Angkatan Bersatu Anak Muda atau nama singkatnya ARMADA BERSATU adalah sayap belia bagi Parti BERSATU

Salam Aidilfitri, Minal Aa’idin Wal Faa’iziin, Ramadhan barakah pasti dirindui,Moga amalan diterima Ilahi,Syawal menjelm...
30/03/2025

Salam Aidilfitri,
Minal Aa’idin Wal Faa’iziin,
Ramadhan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Ilahi,
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri.”

𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝟏𝟒𝟒6 𝐇/𝟐𝟎𝟐5 𝐌.
𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐳𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐭𝐢𝐧.

Ikhlas daripada seluruh kepimpinan Armada Bahagian Kangar

25/02/2025

SERTAI BENGKEL PENULISAN & KOMUNIKASI MEDIA SOSIAL!

🗓️ 26 Februari 2025 (Rabu)
🕒 3.00PM - 6.00PM
🏢 Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Tingkat 8, Yayasan Selangor Tower, 18A, Persiaran Barat, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor)

Tenaga pengajar:
1. En. Rozaman Ismail, Bekas Editor Kanan Utusan Malaysia
2. Na’im Brundage Pengarah Jabatan Komunikasi & Media Baru ARMADA Bersatu Malaysia

Terbuka kepada semua, daftar kehadiran anda sekarang di: https://forms.gle/3kXxG36vDGc9dKKJA

06/01/2025

KENYATAAN MEDIA KETUA ARMADA BERSATU MALAYSIA

Titah Adendum : ARMADA BERSATU Sedia Bekerjasama Dengan Semua Sayap Pemuda, Pengkhianat Raja-Raja Melayu Mesti Diheret Ke Muka Pengadilan

Berdasarkan surat bertarikh 4 Januari 2025 yang dikeluarkan oleh Dato’ Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang diutuskan kepada YB Dato’ Mohamad Nizar Bin Dato’ Sri Mohamad Najib, maka telah terbukti bahawa ada ‘pengkhianat’ yang telah menyembunyikan Titah Addendum bertarikh 29 Januari 2024.

ARMADA BERSATU ingin menegaskan bahawa setiap warganegara mempunyai hak yang sama sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Semua banduan yang dihukum boleh memohon pengampunan atau pengurangan hukuman untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang Di-Pertuan Agong menurut Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, ARMADA BERSATU ingin mencadangkan dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan semua sayap pemuda parti-parti politik bagi memastikan semua pengkhianat ini segera disiasat dan diheret ke muka keadilan demi menpertahankan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.

HILMAN IDHAM
6 Januari 2025
1.30 petang

Maka, diberi ketahui akan sekalian alam bahawa siapakah yang sebenarnya ‘pengkhianat’ Raja-Raja Melayu. Setiap warganega...
06/01/2025

Maka, diberi ketahui akan sekalian alam bahawa siapakah yang sebenarnya ‘pengkhianat’ Raja-Raja Melayu.

Setiap warganegara punya hak yang sama sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Daulat Tuanku !

Hari: JumaatTarikh: 29 November 2024Masa : 3.00 petangTempat : IDCC Shah Alam,Selangor'PERKUKUH KESATUAN,MENJANA KEMENAN...
29/11/2024

Hari: Jumaat
Tarikh: 29 November 2024
Masa : 3.00 petang
Tempat : IDCC Shah Alam,Selangor

'PERKUKUH KESATUAN,MENJANA KEMENANGAN'

Armada Bersatu Bahagian Kangar hadir di Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu Malaysia 2024



https://www.utusan.com.my/analisis/2024/11/kerajaan-pn-perlis-kembali-rapatkan-saf/AnalisisKerajaan PN Perlis kembali ra...
27/11/2024

https://www.utusan.com.my/analisis/2024/11/kerajaan-pn-perlis-kembali-rapatkan-saf/

Analisis

Kerajaan PN Perlis kembali rapatkan saf

MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
[email protected]

TIDAK seperti tahun lalu, rombakan dan penyusunan semula barisan exco kerajaan negeri kelmarin cukup tenang. Tidak ada lagi ‘ribut’ atau rasa tidak puas hati, semuanya berjalan lancar.

Ironinya, pelantikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah selepas dua kali diketepikan sebelum ini, dilihat mampu mengharmonikan semula keadaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perlis
pimpinan Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

Malah, pelantikan Abu Bakar itu juga bertepatan dengan hierarki memandangkan beliau adalah orang nombor satu Bersatu di Perlis selain Timbalan Pengerusi PN negeri yang sepatutnya sudah lama mendapat tempat dalam pentadbiran atau menjadi Exco kanan.

Keputusan Mohd. Shukri memilih Abu Bakar kali ini yang juga sebagai Exco kanan turut dilihat sebagai langkah tepat,merapatkan semula saf di dalam PN negeri khususnya bagi mempertahankan kerajaan negeri dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Sebagai Pengerusi PN negeri dan juga Menteri Besar, Mohd. Shukri yang berkarakter lebih tenang boleh menumpukan terhadap kerja-kerja pentadbiran kerajaan negeri, mencari pelaburan dan sebagainya.

Abu Bakar, sosok tubuh yang lantang antara lain p**a boleh menjadi benteng dalam mempertahankan kerajaan negeri dan PN sekiranya diserang pihak lawan.

Situasi itu mengingatkan saya semasa bertugas di Kelantan dahulu di mana Menteri Besar pada masa itu, Datuk Ahmad Yakob yang tenang, lebih memfokuskan kepada negeri manakala timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ibarat panglima perang yang menangkis serangan pihak lawan atau sering menjadi jurucakap kepada kerajaan.

Dari segi susunan portfolio kali ini dilihat antara paling sempurna dengan Exco-Exco diberi peranan memegang portfolio yang dilihat bertepatan dengan kelebihan masing-masing.

Gandingan Exco yang kekal dan mereka yang baharu dilantik termasuk ADUN Sena, Datin
Marzita Mansor dan ADUN Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim diharap akan lebih agresif demi
kemajuan negeri dan rakyat Perlis.

Mohd. Shukri juga memberi jaminan barisan Exco kerajaan negeri termasuk yang baru dilantik itu akan dikekalkan sehingga berakhirnya penggal pentadbiran kerajaan PN di Perlis.

Malah, bekas-bekas Exco yang digugurkan sebelum ini juga tidak akan dipinggirkan kerana pengalaman mereka masih diperlukan khususnya dalam jawatankuasa-jawatankuasa dibentuk kerajaan negeri.

Rombakan kelmarin menyaksikan dua Exco dari Bersatu iaitu Megat Hashirat Hassan yang juga ADUN Pauh dan Wan Zikri Afhtar Ishak juga merupakan ADUN Tambun Tulang digugurkan.

Exco yang kekal p**a masing-masing Izizam Ibrahim, Muhammad Azmir Azizan, Asrul Aimran Abd. Jalil, Razali Saad dan Wan Badariah Wan Saad yang menyaksikan komposisi lima wakil dari Pas dan tiga Bersatu.

Dalam tempoh berbaki dua atau tiga tahun sebelum pilihan raya, barisan Exco yang diberi amanah ini perlulah bekerja dengan lebih mantap dan agresif sebagai mana titah Raja
Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.-UTUSAN

SUMBER: https://www.utusan.com.my/analisis/2024/11/kerajaan-pn-perlis-kembali-rapatkan-saf/

TIDAK seperti tahun lalu, rombakan dan penyusunan semula barisan exco kerajaan negeri kelmarin cukup tenang. Tidak ada lagi ‘ribut’ atau rasa tidak puas hati, semuanya berjalan lancar. Ironinya, pelantikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Ne...

Tahniah YB Tuan Abu Bakar Hamzah  Adun Kuala Perlis dan YB Datin Marzita Mansor Adun Sena di atas pelantikan Exco Keraja...
25/11/2024

Tahniah YB Tuan Abu Bakar Hamzah Adun Kuala Perlis dan YB Datin Marzita Mansor Adun Sena di atas pelantikan Exco Kerajaan Negeri Perlis.

Selamat Menjalankan Tugas!

10/11/2024

KANGAR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Abu Bakar Hamzah mencipta sejarah tersendiri menjadi satu-satunya wakil dari Perlis yang memenangi pemilihan parti itu di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Menerusi pemilihan bagi jawatan MPT tersebut baru-baru ini, Abu Baka...

TAHNIAH kepada YB Abu Bakar Hamzah dipilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia 'Selamat Menjalankan ...
05/11/2024

TAHNIAH kepada YB Abu Bakar Hamzah dipilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia

'Selamat Menjalankan Tugas'

Address

Kangar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armada Bersatu Bahagian Kangar - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share