Silat Seni Gayong Malaysia - GHHB INDUK

Silat Seni Gayong Malaysia - GHHB INDUK Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Gelanggang Hassan Harimau Berantai (GHHB INDUK), Melaka Tengah. Penyertaan:
-Lelaki dan Wanita.
-Dewasa dan Kanak-kanak.

Hubungi:
+6018 3910936
+6011 12762897

SERUAN 53 NGO MELAYU ISLAM NEGERI MELAKA KEPADA AHLI-AHLI PARLIMEN DAN UMAT ISLAM MALAYSIA UNTUK MENJUNJUNG TITAH DYMM S...
08/07/2024

SERUAN 53 NGO MELAYU ISLAM NEGERI MELAKA KEPADA AHLI-AHLI PARLIMEN DAN UMAT ISLAM MALAYSIA UNTUK MENJUNJUNG TITAH DYMM SULTAN SELANGOR DAN RAJA-RAJA MELAYU.

1. Kami 53 NGO Melayu Islam (Ahlus Sunnah Wal Jama’ah), daripada pelbagai latar belakang pertubuhan, sama ada Pertubuhan dan Persatuan Silat, atau Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah, menyeru AHLI PARLIMEN MALAYSIA dan UMAT ISLAM Malaysia untuk menjunjung Titah DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) yang di anggotai oleh Majlis Raja-raja Melayu pada 6 MAC 2023 sempena Mesyuarat MKI kali ke-69, yang telah menegaskan bahawa sejak kejatuhan secara politik Kesultanan Melayu Melaka lagi, Institusi Raja-raja Melayu telah mewarisi aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah dengan berakidah Imam al-Asy’ari, feqah bermazhab dengan Imam al-Syafi’e dan tasawuf bertarekat Imam al-Ghazali ra.

2. MKI juga telah bermuzakarah dan mengeluarkan keputusan muzakarah MKI kali ke-106 pada tahun 2014 pada tarikh 21 hingga 22 Oktober 2024, telah memberi Indikasi jelas bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah itu adalah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiah. Selain itu, perkara ini juga ditegaskan sekali lagi dalam keputusan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-56, pada 20 MEI 2022 dan Mesyuarat Majlis Raja-raja kali ke-265 pada 21 hingga 22 FEBRUARI 2024 telah bersetuju dan memperkenan keputusan tersebut. Sebagai Rakyat Malaysia sudah semestinya akan menjunjung dan menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Raja dan Negara kerana ianya merupakan Prinsip Rukun Negara yang ke 2.

3. Maka kami 53 NGO Melayu Islam Negeri Melaka menyeru kepada semua Ahli Parlimen dan Rakyat Malaysia untuk bersama menyokong Usaha Murni Y.A.B Dato’ Setia Dr. Naim bin Mokhtar (Menteri di JAB. Perdana Menteri Hal Ehwal Agama) yang akan mengusulkan RUU M***I WILAYAH-WILAYAH PERSEKTUAN pada 9 JULAI 2024 ini di Dewan Rakyat. RUU M***i Wilayah Persekutuan ini telah mendefinisikan secara terperinci Ahlus Sunnah Wal Jamaah di dalam Perkara 4 (a), (b), dan (c) bahawa: “Ahlus Sunnah wal Jamaah ertinya mana-mana orang yang berpegang dengan al-Quran dan Sunah, berakidah mengikut pegangan akidah yang bersumberkan kepada aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah. Ber-syariah mengikut Mazhab Syafi’e atau dalam keadaan tertentu mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali atau Ijtihad hukum yang telah di putuskan oleh Jawatankuasa Fatwa. Manakala berkenaan dengan Tasawuf, mengikut pegangan yang dibawa oleh Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

4. Hampir keseluruhan Negeri-negeri di Malaysia telah mewartakan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri dan Agama Islam masing-masing berkenaan perkara ini, di antaranya; Negeri Melaka yang telah mewartakan Enakmen Ahlus Sunnah Wal Jamaah (al-Asyairah dan al-Maturidiyah) ini pada tahun 2021 di Dewan Undangan Negeri Melaka yang di usulkan oleh Mantan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Dr. Hj. Sulaiman bin Md. Ali, usul ini juga telah mendapat sokongan penuh oleh semua Anggota Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka tanpa mengira Agama dan Kaum. Di antara negeri-negeri lain yang mewartakannya juga ialah: Negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan lain-lain lagi.

5. RUU M***I WILAYAH ini juga mampu mengekang fahaman-fahaman yang sesat dan bercanggah yang sering mengatas namakan “Ahlus Sunnah Wal Jama’ah”, serta aliran-aliran dan ideologi ekstrimisme dan mampu membersihkan nama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dari terpalit dengan ideologi keganasan. Kesahihan Aqidah ialah sesuatu yang perlu di pandang penting bagi memastikan generasi yang akan datang tidak terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang sesat dan menimbulkan perpecahan serta kucar-kacir dikalangan umat Islam di dalam Negara Malaysia. Dan merupakan suatu kerugian besar bagi Umat Islam di Malaysia sekiranya RUU M***I WILAYAH PERSEKUTUAN ini tidak mendapat Sokongan Majoriti.

Oleh yang demikian, sebagai Menjunjung Titah DYMM Sultan Selangor dan keputusan Muzakarah MKI yang di anggotai oleh Majlis Raja-raja Melayu, kami 53 NGO MELAYU ISLAM NEGERI MELAKA sekali lagi menyatakan SOLIDARITI & SOKONGAN PENUH terhadap RUU M***I Wilayah Persekutuan. Kami juga menyeru setiap umat Islam dan Ngo-ngo Melayu Islam yang ada untuk menyokong RUU ini. Kami juga menegaskan kepada AHLI-AHLI PARLIMEN NEGERI MELAKA khususnya dan Malaysia umumnya, untuk berpegang teguh dan menyokong RUU M***i Wilayah Persekutuan ini.


Kenyataan Bersama Oleh:

1. Pertubuhan Kebajikan Majlis Ar Rasyafat Melaka.
2. Pesaka Negeri Melaka.
3. Persatuan Guru-guru Silat Negeri Melaka (SiGMA).
4. Pekida Daerah Melaka Tengah.
5. Pertubuhan Gabungan Generasi Toleransi (Gagento).
6. Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Melaka.
7. Persatuan Seni Silat Harimau Bentara Garang Melaka.
8. Belia 4B Alor Gajah.
9. Akedemi Seni Beladiri & Kebudayaan Perantara.
10. Perguruan Gerak Insan Seni Malaysia.
11. Perguruan Seni Silat Seligi Putera Negeri Melaka.
12. Pertubuhan Silat Samudera Melaka.
13. Pertubuhan Seni Silat Gayong Panji Alam Malaysia.
14. Pertubuhan Amal Bersatu Tiga Enam Empayar Melaka.
15. Pertubuhan Sejagat Amal Yakin Permuafakatan (PERSAYAP)
16. Pertubuhan Amal Dakwah Infaq (P.A.D.I)
17. Badan Amal Dakwah Insan (BADAI)
18. Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Negeri Melaka.
19. Persatuan Warisan Seni Silat Sendeng Negeri Melaka.
20. Persatuan Seni Silat Perguruan 3 Serangkai Negeri Melaka.
21. Pertubuhan Seni Gayong Naga Sakti Malaysia Negeri Melaka.
22. Persatuan Seni Silat Panca Laksamana Melaka.
23. Persatuan Seni Silat Gerak Tuah.
24. Perguruan Panca Gerak Sejati Malaysia
25. Pertubuhan Pengamal Seni Gayung Fatani Negeri Melaka.
26. Persatuan Seni Silat Setiabakti Melaka.
27. Pertubuhan Tarbiyah Ukhwah Islamiah Se-Malaysia (T.A.U.H.I.D)
28. Majlis Ayahanda Melaka (M.A.M)
29. Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah An-Nur Melaka
30. Maahad Nur Taqwa Melaka
31. Pertubuhan Muafakat Ummah Melaka
32. Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia Cawangan Melaka
33. Koperasi Wanita Malaysia Berhad Cawangan Melaka
34. Pertubuhan Seni Gayong Bersatu (PSGB) Negeri Melaka
35. Akademi Seni Gayang Lima Negeri Melaka
36. Perguruan Seni Silat Harimau Melaka (Persiha Melaka.)
37. Pertubuhan Silat Seni Spelet Gunung Jati Melaka.
38. Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu (Pernilam) Melaka
39. Akademi Silat Gajah Depo.
40. Akademi Naga Tempur.
41. Pertubuhan Pasak Malaysia dan Serantau (PASAKMAS)
42. Pertubuhan Kebajikan Al Muhibbin Melaka
43. Pertubuhan Muafakat Komuniti Ihsan Melaka
44. Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) Negeri Melaka
45. Majlis Dakwah Negeri Melaka
46. Persatuan Seni Silat Seri Bakawali Negeri Melaka
47. Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka
48. Persatuan Seni Silat Hulubalang Negeri Melaka
49. Persatuan Seni Silat Kunci Melayu Melaka - SIKUME
50. Persatuan Seni Silat Gerak Pusaka (GERSAKA) Melaka
51. Kelab Memanah Tradisional GERSAKA Melaka
52. Persatuan Seni Gerak Warisan Lian Melaka
53. Pertubuhan Ikatan Sahabat-sahabat Perjuangan Nusantara Malaysia (INSAN)

Dicatatkan Oleh:

Ust. Ahmad Syarifudin Bin Samsudin Al Fahani
(Jurucakap Solidariti RUU M***i WP Negeri Melaka)

SOKONGAN & SOLIDARITI 27 NGO-NGO MELAYU ISLAM NEGERI MELAKA TERHADAP RUU M***I WILAYAH PERSEKUTUAN SERTA NOTIS BUAT AHLI...
04/07/2024

SOKONGAN & SOLIDARITI 27 NGO-NGO MELAYU ISLAM NEGERI MELAKA TERHADAP RUU M***I WILAYAH PERSEKUTUAN SERTA NOTIS BUAT AHLI-AHLI PARLIMEN NEGERI MELAKA: “MESTI SOKONG RUU M***I WP”.

1. Kami sebagai NGO & Organisasi Melayu Islam (Ahlus Sunnah Wal Jama’ah), daripada pelbagai latar belakang pertubuhan, sama ada Pertubuhan dan Persatuan Silat, atau Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah menyatakan SOKONGAN & SOLIDARITI PENUH terhadap RUU M***I WILAYAH PERSEKUTUAN yang bakal di bentangkan hari ini (4 JULAI 2024) oleh Y.A.B Dato’ Setia Dr. Naim Bin Mokhtar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama). RUU M***i Wilayah Persekutuan yang akan dibentangkan akan mentakrifkan secara terperinci apakah sebenarnya Aliran Ahlus Sunnah Wal Jama’ah iaitu aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah daripada sudut Aqidah, manakala daripada sudut Fiqh bermazhab dengan Mazhab Asy-Syafie dan di benarkan bertaqlid kepada Mazhab Hanafi, Maliki, dan Hanbali di dalam permasalahan tertentu dan pada keadaan tertentu. Manakala daripada sudut Tasawuf p**a mengikuti Tasawuf Imam Al-Ghazhali dan Imam Junaid Al-Baghdadi.

2. Aliran Ahlus Sunnah Wal Jama’ah (al-Asya’irah dan al-Maturidiyah) ini merupakan Aqidah Rasmi bagi Umat Islam di Negara Malaysia sejak zaman berzaman, malah ianya juga telah di tegaskan Oleh DYMM Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI). MKI juga telah mengeluarkan keputusan Muzakarah kali ke 106 pada tahun 2014 yang menjelaskan bahawa Aliran Ahlus Sunnah Wal Jama’ah ialah Aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah serta mendapat perkenan Majlis Raja-raja Melayu. Malah, perkara ini juga telah menjadi pewartaan di dalam hampir keseluruhan negeri-negeri di Malaysia antaranya; Negeri Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Perak dan lain-lain lagi.

3. RUU ini juga mampu mengekang fahaman-fahaman yang sesat dan bercanggah dengan Ahlus Sunnah Wal Jam’ah serta aliran-aliran dan ideologi ekstrimisme serta mampu membersihkan nama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dari terpalit dengan ideologi keganasan. Kesahihan Aqidah ialah sesuatu yang perlu di pandang penting bagi memastikan generasi yang akan datang tidak terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang sesat dan menimbulkan perpecahan serta kucar-kacir dikalangan umat Islam di dalam Negara Malaysia ini.

Oleh yang demikian, kami sekali lagi menyatakan SOLIDARITI & SOKONGAN PENUH terhadap RUU M***I Wilayah Persekutuan serta menyeru setiap umat Islam dan Ngo-ngo Melayu Islam yang ada untuk menyokong RUU ini. Kami juga menegaskan kepada AHLI-AHLI PARLIMEN NEGERI MELAKA khususnya, untuk berpegang teguh dan menyokong RUU M***i Wilayah Persekutuan ini.

Kenyataan Bersama Oleh:

1. Pertubuhan Kebajikan Majlis Ar Rasyafat Melaka.
2. Pesaka Negeri Melaka.
3. Persatuan Guru-guru Silat Negeri Melaka (SiGMA).
4. Pekida Daerah Melaka Tengah.
5. Pertubuhan Gabungan Generasi Toleransi (Gagento).
6. Pertubuhan Silat Seni Gayong Negeri Melaka.
7. Persatuan Seni Silat Harimau Bentara Garang Melaka.
8. Belia 4B Alor Gajah.
9. Akedemi Seni Beladiri & Kebudayaan Perantara.
10. Perguruan Gerak Insan Seni Malaysia.
11. Perguruan Seni Silat Seligi Putera Negeri Melaka.
12. Pertubuhan Silat Samudera Melaka.
13. Pertubuhan Seni Silat Gayong Panji Alam Malaysia.
14. Pertubuhan Amal Bersatu Tiga Enam Empayar Melaka.
15. Pertubuhan Sejagat Amal Yakin Permuafakatan.
16. Pertubuhan Amal Dakwah Infaq.
17. Badan Amal Dakwah Insan (BADAI)
18. Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Negeri Melaka.
19. Persatuan Warisan Seni Silat Sendeng Negeri Melaka.
20. Persatuan Seni Silat Perguruan 3 Serangkai Negeri Melaka.
21. Pertubuhan Seni Gayong Naga Sakti Malaysia Negeri Melaka.
22. Persatuan Seni Silat Panca Laksamana Melaka.
23. Persatuan Seni Silat Gerak Tuah.
24. Perguruan Panca Gerak Sejati Malaysia
25. Pertubuhan Pengamal Seni Gayung Fatani Negeri Melaka.
26. Persatuan Seni Silat Setiabakti Melaka.
27. Pertubuhan Tarbiyah Ukhwah Islamiah Se-Malaysia (T.A.U.H.I.D)

Dicatatkan Oleh:
Ust. Ahmad Syarifudin Bin Samsudin Al Fahani
(Khadim Solidariti RUU M***i WP Negeri Melaka)

13/05/22Alhamdulillah...Majlis jamuan raya,doa selamat dan tahlil ringkas yg diadakan di rumah cikgu Hassan...Insya-Alla...
15/05/2022

13/05/22
Alhamdulillah...
Majlis jamuan raya,doa selamat dan tahlil ringkas yg diadakan di rumah cikgu Hassan...
Insya-Allah berkat' pahalanya kita sedekahkan kepada Nabi Muhammad sallallahu Alaihi wasalam, keluarga beliau,para sahabat, wali-wali Allah,para pejuang terdahulu,arwah Dato' Meor Abdul Rahman,ibu bapa kita, guru-guru dan semua guru-guru gayong.
Dimohon juga doa kesejahteraan,kesihatan yg baik dan panjang umur untuk cikgu hassan...
Dibuat juga sambutan hari lahir untuk 2 orang pesilat yg sama tarikh hari lahir 13 mei .
Terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat dalam menjayakan majlis ni...

26/03/22Alhamdulillah...GHHB telah menghantar seorang pesilat ke pertandingan Full Contact Silat Championship (FCSC) yg ...
30/03/2022

26/03/22
Alhamdulillah...
GHHB telah menghantar seorang pesilat ke pertandingan Full Contact Silat Championship (FCSC) yg bertempat di bandar puncak alam Selangor.
Satu percubaan dan pengalaman yang berharga...
Tahniah diucapkan kepada pesilat Noor Amri yang berani dan cekal bertarung walaupun mendapat tempat ke 2...
insya-Allah Ghhb akan terus melatih dan menghantar pesilat - pesilat ke pertandingan seterusnya.
Terima kasih kepada gurulatih, AJK Ghhb dan semua yang terlibat memberi sokongan dalam pertandingan ini.




Maklumat tentang latihan silat di Gelanggang Ghhb Induk dan cawangan....Ghhb Kg.Kandang(Induk)hari Sabtu 05/02/22jam 8.3...
05/02/2022

Maklumat tentang latihan silat di Gelanggang Ghhb Induk dan cawangan....

Ghhb Kg.Kandang(Induk)
hari Sabtu 05/02/22
jam 8.30pm - 11.00pm

Ghhb Taman Paya Emas
hari Sabtu 05/02/22
jam 9.00pm - 11.00pm

Ghhb Rijalullah(Limbongan Permai)
hari Ahad 06/02/22
jam 9.00pm - 11.00pm




30/01/22Majlis suaikenal dan penerangan sempena pembukaan gelanggang baru di Taman Paya Emas.Alhamdulillah, berlangsung ...
02/02/2022

30/01/22
Majlis suaikenal dan penerangan sempena pembukaan gelanggang baru di Taman Paya Emas.
Alhamdulillah, berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik....

19/10/2021

insya-Allah....
Gelanggang GHHB akan beroperasi kembali...

24/05/2021

Kami daripada GHHB,
Mendoakan semua anak-anak Gayong di lindungi oleh Allah swt dan sentiasa berada di dalam keadaan sihat selalu

"Jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan.”-HAMKA- !!! !!
19/05/2021

"Jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan.”

-HAMKA-

!!!
!!

10/04/21Majlis bacaan Yassin, tahlil arwah dan doa selamat untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan dan penangguhan latih...
12/04/2021

10/04/21
Majlis bacaan Yassin, tahlil arwah dan doa selamat untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan dan penangguhan latihan di gelanggang GHHB,kandang Melaka.

lnsya-Allah berkat pahala dan fadilatnya kita sedekahkan kepada Nabi Muhammad saw, keluarga nabi,4 sahabat,para wali-wali Allah,ADMAR, keluarga beliau,guru - guru Gayong, ibubapa, semua guru-guru,ahli Fisabilillah dan kepada semua muslimin dan muslimat yg mati lama dan baru...

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan dengan jayanya...
Terima kasih kepada semua AJK,ahli,ibubapa dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dlm menjayakan majlis ini.

Dibuat juga acara perlimau tapak gayong bagi murid - murid baru gelanggang GHHB.

Turut hadir ke majlis ini rombongan dari pihak USGF Melaka.Terima kasih kami ucapkan kerana sudi hadir ke majlis kami.
InshaAllah majlis seperti ini akan menjadi acara tahunan di gelanggang GHHB,kandang Melaka.

insya-Allah....GHHB akan menghasilkan pesilat- pesilat-pesilat yg berbakat dan berkebolehan dimasa akan datang...Ramai p...
10/04/2021

insya-Allah....
GHHB akan menghasilkan pesilat- pesilat-pesilat yg berbakat dan berkebolehan dimasa akan datang...
Ramai pelapis - pelapis muda di gelanggang.
srikandi muda pun ada.

Alhamdulillah...Pembukaan gelanggang baru.Gelanggang GHHB Rijalullah Limbongan & Tengkera bertempat di padang jalan utam...
09/04/2021

Alhamdulillah...
Pembukaan gelanggang baru.
Gelanggang GHHB Rijalullah Limbongan & Tengkera bertempat di padang jalan utama taman Limbongan permai fasa 3, Melaka.

Address

Kandang
75460

Telephone

+60183910936

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Silat Seni Gayong Malaysia - GHHB INDUK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Silat Seni Gayong Malaysia - GHHB INDUK:

Share